Sunday, October 16, 2011

  perempuan



Jadi perempuan kalau takde sifat kecik hati bukan perempuan namanya . jadi perempuan kalau takde sifat cemburu bukan perempuan namanya . jadi perempuan kalau takde sifat nak sangat kawan sayang dea banyak banyak dan ketat ketat bukan perempuan namanya . tapi jadi perempuan yang takde rasa rasa begini agak agaknya dea memang betul betul perempuan ke ? barangkali peremTuan agaknya . 



Thursday, October 13, 2011

  131011

Pagi tadi :

Anak : Happy Birthday mak ! ! ! !*nada ceria*
Mak : Terima kaseh . . . mak lupa arini bfday mak .
Anak : Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baek selalu .
Mak : Terima kaseh sebab doakan mak . mak dapat hadiah apa ?
Anak : Adik bagi kaseh sayang banyak banyak yang adik takde bagi pada orang laen . suka tak ?
Mak : Wah . . . terima kaseh . suka sangat . hadiah paling best mak dapat . tapi lagi best kalau dapat hadiah baju .*sambil ketawa ceria*
Anak : *tersenyum sendiri sambil rasa nak peluk makpah kuat kuat walaupun jaoh*


Suwit kan MakPah saya . har . har . har . hari ini hari terubat rindu dan rasa hambar di hati bila mendengar suara MakPah yang semakin ceria . lagi ceria bila semua orang tak sabar nak balik raya haji dan berkumpul bila MakPah dah sihat . barula huru hara rumah Uncle Bun .*sambil menari shuffle* 


Sunday, October 09, 2011

  91011

Perkara yang paling menggembirakan dan melegakan adalah bilamana orang yang kita sayang semakin sihat dan gembira walaupun jaoh di sudut hati tahu bahawa beliau melalui saat saat yang sukar dan kadang kadang kesedihannya tidak diketahui oleh sesiapa . yang penting kita sentiasa mendoakannya . dengar suara makPah saja sudah cukup buat saya lega dan rasa beliau sudah sihat . tidak seperti sebelum sebelum ini . kali ini suara itu lebih ceria dan banyak pertanyaannya . boleh tak saya over tak sabar nak balik raya haji . padahal tak sampai sebulan lagi saya di sarawak ni . ini bukan sebab manja atau mengada ngada . tapi ini sebab feel yang kau nak jumpa semua orang yang kau rindu secara meriah . saya kecik hati sikit je . tapi rindu itu lebih banyak . kalau tak sabar nak balik raya haji maknanya tak sabar nak midterm jugak la kan . ok . lemah longlai kembali . rasa nak jadi xmen boleh terbang pakai sayap . tak payah tunggu raya haji baru dapat balik kan . @_@   



Saturday, October 08, 2011

  sabtu

Sabtu . rasa dah lama tak bercerita tentang kehidupan sendiri dalam blog . bukan sebab taknak . tapi rasa macam tak perlu . tapi hari ini rasa perlu bercerita . sebab dalam kepala saya dah macam vaakum yang banyak habuk . hari hari busy sampai takde masa nak buang habuk . lagi busy bila sem ini kebanyakan kelas saya habes pada pukul 7 malam dan ada lab yang habes pukul 9.30 malam . bila balik rumah dah penat dan mengantok dan tidur sesukati tak hingat esimen apatah lagi tutorial . orang cakap bila makin senior makin relax . tapi saya rasa bila dah jadi senior saya asek menggelabah entah apa apa . dalam kelas mata bukan maen fokus pada lecturer . siap angguk angguk bila lecturer cakap dan merenung ke mata . tapi dalam kepala dah sampai england . bila tak paham baru nak menggelabah sana sini tanya orang . kunun kunun azam sem ni nak 3 pointer and above tapi kita tengok nanti hasilnya . kalau dulu tak suka buat esimen last minute . tapi kali ni macam banyak esimen yang buat last minute . tak paham kan apa yang dikatakan busy kalau dah esimen pun buat last minute . bila nak insaf ? memang macam takde aura aura insaf even lecturer yang mengajar garang dan strict siap bebel bebel bila start kuliah . ok . sekian . ni update perempuan yang sekarang tengah menggelabah lagi menggelepor baru nak start buat esimen project management yang soalan esimennya macam putar belit . belum lagi soalan esimen system programming . subjek killer untuk sem ini . bila tajuk subjek ada perkataan programming je rasa nak tepuk dahi banyak banyak kali .*pengsan*





notakaki : air dicincang takkan putus .

Tuesday, October 04, 2011

  akhir akhir

Sejak akhir akhir ini hati rasa tidak sedap .

Sejak akhir akhir ini perasaan rasa hambar .

Sejak akhir akhir ini kepala asyik pikir bukan bukan .

Sejak akhir akhir ini diri seperti tercari cari apa yang tidak kena .

Sejak akhir akhir ini saya berharap apa yang sejak akhir akhir ini akan berganti dengan sesuatu yang menggembirakan .

Sangat berharap .

Harapan itu perlu supaya hidup lebih bersemangat .

Cukup sekadar saya percaya .

Suatu hari nanti .

Akan ada keajaiban itu jika diizinkan .

=)