Tuesday, September 28, 2010

  eh! saya tengah MARAH ke?




oh ! sungguh marah sama itu ms word . gedik sungguh ! degil ! tidak mau mendengar kata ! sengaja mau membazirkan masa saya hanya mengadap word buat resume . huh ! 


ditambah dengan hati yang sedang bergelodak marah . segala kerja yang dilakukan pun dalam keadaan marah . ish ! tak paham . tak pahamla kenapa orang sibuk sangat pasal saya . ada saya kesah pasal kamu ? ada ??? adakah saya masih kecil ? adakah saya masih budak perempuan yang tidak pandai membuat keputusan ? OMG !  


terima kaseh kerana mengambil berat . terima kaseh kerana terlalu mengambil tahu . thank you for being my S T A L K E R !


kepada kamu . keputusan saya akan sentiasa begitu . sekali button E N T E R ditekan . maka tidak akan berpatah balik . maaf . kerana kamu menjadi mangsa keadaan . biar semua orang berpuasati . biar semua orang lega . biar semua orang tidak akan sibuk lagi akan hal saya . saya memang budak perempuan yang masih tidak sesuai untuk melalui perjalanan hidup yang sedang dilalui oleh kawan-kawan perempuan saya .


menyerahkan segala-galanya kepada takdir memang seperti manusia yang tidak pernah berusaha untuk mengubah nasebnya . tetapi dalam hal ini . biar takdir yang menentukan segala-galanya . biar masa yang menentukan apa yang bakal berlaku pada masa nanti . 



Monday, September 27, 2010

  tanya sama pokok


tanya pada pokok . apa sebab goyang . nanti jawab pokok . angin yang goncang . tanya sama langit . apa sebab hujan . nanti jawab langit . tanyalah awan . awan nanti kata . aku kandung air . sampai tempat sejuk . aku pun cair . tengok dalam air . nampak bayang-bayang . campak satu batu . bayang pun hilang . 


tanya sama hati . apa rasa sayang . adakah tandanya . nampak dipandang . kumbang rayu bunga . bulan dan bintangnya . punya tanda-tanda . hubungan mesra . tanya sama hati . pernahkah merindu . tiba masa lena . apa mimpimu . masa berjauhan . apa nan dikenang . bila difahamkan . itulah sayang . jikalau tidak kerana sayang . kuntuman kasih . tak mungkin kembang . andainya jemu . mengganti rindu . jambangan mesra tentulah layu .


tanya sama saya . apa rasa sayang . nanti saya jawab . tanyalah hati . tanya hati saya . siapa yang punya . nanti jawab hati . itu rahsia . hak . hak . hak . haktuih ! geli tau ! oh ! tidak ! lagu ini sungguh seronok untuk dinyanyikan ketika sedang mengalami tekanan perasaan bila esimen datang berpusu-pusu tanpa henti . tak percaya ? cuba la . cuba sekarang ! cepat ! saya paksa kamu ! >.<






i love u . i miss u . la . la . la . la . la .
sengal !



Sunday, September 26, 2010

  MANISnyeeee.....



kenangan . kamu tau apa itu kenangan ? kadang-kadang ada kenangan pahit . kadang-kadang ada kenangan manis . boleh rasa pakai lidah ke ? boleh . boleh jalan ! 


bagaimana kenangan itu boleh diingati ? tulis dalam blog ? tulis dalam buku ? tulis dalam kotak fikiran ? atau ingin lebih menarik tulis dalam gambar ? laen orang laen caranya . kalau kenangan itu manis . semestinya ia akan dilakarkan dengan gambar . kalau kenangan itu pahit . semestinya hati yang menjadi luka tidak berdarah . tapi meninggalkan parut dan kesan yang mendalam . eh . eh . entah . saya pun taktau . 


kenapa cerita pasal kenangan ? sebab kenangan buat manusia gembira dalam hidup . tetapi kadang-kadang kenangan buat manusia berduka dalam hidup . tetapi setiap manusia layak mencipta kenangannya sendiri . pahit atau manis . itulah namanya kenangan . kenangan yang boleh mendewasakan pemikiran . 


wah ! sedikit sengal entry pada hari ini . padahal hanya mau berkongsi tentang kenangan semalam . walaupun pada mulanya berasa sangat busan akan apa yang dilakukan . sungguh tak ikhlas ! sungguh hipokrito ! sungguh terpaksa ! tetapi akhirnya menjadi sungguh seronok ! sungguh besh ! sungguh ! sungguh saya gembira dengan hari semalam walaupun serangan sakit kepala menyerang secara tiba-tiba !


kenangan pada hari semalam lebih suka saya lakarkan dalam bentuk grafik . atau ayat biasanya adalah gambar . ini adalah kerana kotak memori saya sudah tidak dapat berfungsi dengan baek untuk menyimpan segala kenangan yang tercipta . oleh itu bantuan grafik amat diperlukan untuk memastikan saya dapat mengingati segala kenangan yang pernah tercipta . ceh ! takpe . ini adalah sejenis usaha gigih untuk saya bercerita kepada bakal anak , cucu mahupun cicit pada suatu hari nanti tentang kenangan indah yang pernah terjadi dalam hidup saya . kenangan pahit ? biar saja ia menjadi benteng ketabahan dan kekuatan di dalam hati . 


ok . sedikit kagum dan teruja bila menulis entry sebegini . seperti seorang ahli falsafah . ada juga seperti seorang pakar psikologi . tapi ada juga seperti seorang gadis poyo geli-geli buat ayat ! ah ! persetankan semua itu ! ha . ha . ha . sila abaikan ayat-ayat ini . ini bukan saya ! sumpah ! hanya terpengaruh dengan bahan bacaan . :p


di bawah ini baru saya . saya yang kamu kenal . atau mungkin saya yang kamu ingin kenal . ahaks ! 1MALAYSIA ! rakyat didahulukan . pencapaian diutamakan . pertama kali melibatkan diri dengan event sebegini . sila percaya . saya suka . suka sebab dapat makan free ! dapat sijil ! dapat batch ! dapat pashmina ada logo unimas lagi ! jeles tak ? jeles tak ? ^-^

















ok . sekian saja entry kenangan pada hari ini . kenangan manis yang tercipta bukan untuk dilupakan . kenangan pahit yang tercipta bukan untuk ditangiskan . renung-renungkan . selamat beramal . insan yang cemerlang . lahir dari akal yang mantap . pemikiran yang waras . badan yang sihat ! ya....ya.....



Friday, September 24, 2010

  saya sayang MAK saya


hari jumaat . hari yang penuh keberkatan . tetapi sedikit huru-hara dengan kejadian-kejadian yang menyayat hati . bengang .geram .sedih . 


pertama . jam besi putus . besi . bukan kulit . bukan plastik ! keganasan azriyani bunaim telah terbukti dengan kejadian jam besinya putus . putus yang tidak boleh dibaiki ! ok ! fine ! aku memang nak beli jam baru ! banyak sangat duet ! oh ! sesungguhnya jam adalah benda paling penting berbanding telefon bimbit kerana azriyani bunaim sangat menghargai masanya . kalau taknak percaya memang kamu dengki . kalau percaya memang kamu sengal ! ha . ha . ha .  


kedua . di pagi jumaat yang mulia . sedang azriyani bunaim berjalan kaki untuk ke kelas . telefon bimbit berbunyi . gerangan yang menelefon adalah MakPah . tetapi dengan nada sedikit marah . ataupun mungkin sangat marah . oh ! sungguh sedih . terpaku . terpakis . terhakis semangat untuk ke kelas . gelang hilang . gelang emas . bukan ular emas ! gelang hilang saya kena marah . apa kesss ??? sebab gelang yang hilang itu adalah gelang saya ! sudahlah gelang itu putus . sudah kena marah suatu ketika dulu . kini kena marah lagi akibat hilang pula . oh ! emosi menjadi kacau-bilau ok bila pagi-pagi sudah kena membebel gara-gara benda yang kau dah tak hingat akan kewujudannya ! baru ingin mengadu akan kejadian jam putus . hilang terus mood untuk mengadu. lebih baek takyah mengadu . mungkin akan kena lagi terok bila mengadu jam putus ! sob . sob . sob .


ketiga . telefon bimbit semakin membuat aksi-aksi gedik sehingga membuatkan saya berasa menyampah untuk menggunakannya . memang macam jimbit ! semua rosak . haaaa.....semua kasi rosak ! saya memang tengah banyak duet ! sangat banyak duet ! duet syiling ! 


di sini saya ingin meraih belas ehsan dari sesiapa yang rasa-rasa terlebih duet nak bagi hadiah jam tangan . jam tangan ok . bukan jam loceng . bukan jam B A N ! ayat meraih belas ehsan itu memang sengaja nak mintak kaki ! mulai sekarang perlu mengumpul duet sebanyak rm10 hengget sehari supaya saya boleh beli jam fossil . kan khai kan . eh . eh . ada nama khai . yaaaa.....abang khai ensem ! bff saya yang kacak ! tapi pekak ! hak . hak . hak . ops !


sungguh macho jam abg khai ensem . jam yani jelita yang anggun suda tamat riwayat ! sedih ! sadis sungguh cara riwayatnya tamat .






tekatekitekatekoularmatidalamsenduk : saya memang ganas ke ? memang garang ke ? memang ke ? memang ke ??? baek kamu jangan jawab jujur . susah kamu kalau saya kecik hati . :p


Thursday, September 23, 2010

  jaoh di MATA dekat di HATI


ku akan selalu menjadi bintangmu . menerangi gelap dan mimpimu . aku setia di sini mengusap tangismu . menemani sunyi di hatimu . bila kau jauh . aku selalu rindu . bila kau ada . hati kan berbunga .


eh eh . telefon bimbit saya ada garisan khatulistiwa . dulu pendek . tapi sekarang suda panjang . pasni mesti akan ada garisan kutub utara , kutub selatan atau garisan penamat ! theeetttt!!!!! garisan penamat itu tandanya saya akan ke kedai membeli telefon bimbit touch pad ! touch pad ??? touch p a d a n  m u k a saya sebab hanya membiarkan jijah membalingnya dengan sesuka hati pada hari raya lalu . ucu s a a a a a yang jijah ! s a a a yang juga pada umi jijah ! :p


atuk ! atuk ! atuk ! (nada pelat) budak yang dulu takot dengan atok tetapi telah menjadi kamcing dengan atoknya sejak raya lalu . ucu ? kamcing hanya untuk mencari gadoh ! aksi budak ini bukan dibuat-buat . tapi dea memang begini ! mungkin genetik ganas dari uminya aka akak kepada abang saya . ha . ha . ha .