Friday, July 30, 2010

  DOA TAUBAT




Selesai solat Maghrib. mata mengantok saat menunggu azan Isyak berkumandang. folder nasyid dibuka. mata berminat untuk mendengar lagu ini. 

Sayu....hati ini sungguh sayu apabila lagu ini didengar. sebak. sebak hingga ingin menitiskan air mata. rasa seperti sungguh banyak dosa yang telah dilakukan. MasyaAllah.....

YaAllah Tuhan Yang Maha Esa....sesungguhnya Dia tidak pernah melupakan kita. tetapi kita seringkali lalai dan melupakanNya. segala rasa hidup ini datangnya dari Dia. segala kebaekan yang kita perolehi datangnya dari Dia. segala kegembiraan yang kita perolehi datangnya dari Dia. segala kesenangan yang kita perolehi datangnya dari Dia. Alhamdulillah....syukurku kepadaMu YaAllah....Tuhan sekalian alam..... 

  emosi NEGATIF!


Sibuk. letih. kurang tidur. sakit pinggang kembali menyerang. ouch! mood tersentap kerana menerima soalan yang tidak sepatotnya. kau baca. kau mempertikaikan. aku semakin tidak paham akan semua ini. mungkin aku tiada hak untuk menentukan jalan hidup aku sendiri. barangkali kau lebih berhak untuk menyatakan perkara apa yang boleh aku lakukan dan perkara apa yang tidak boleh aku lakukan. terima kaseh kerana kau TERLALU mengambil berat tentang aku. TERLALU sehingga aku sendiri tidak mengerti apakah semua ini. apa yang aku mengerti adalah aku sedang R I M A S. yaaa....ini perkataan yang paling tepat.
R I M A S!





nota kaki : selagi aku mampu berdiam diri....aku akan terus berdiam. kerana berdiam itu lebih baek dari berkata-kata. biarlah semua ini terjadi. 



Wednesday, July 28, 2010

  KINI....rasa macam nak nyanyi lagu feminin.


G I G I H! ini yang dinamakan G I G I H! bersengkang mata menukar layout dan background blog! padahal esok kelas adalah pada pukul 9 pagi! huh! ini adalah saya. diri saya yang kini. terima kaseh kepada kamu yang sudi membaca walaupun semalam saya mendapat beberapa keluhan kerana tiba-tiba mengprivate blog buat seketika. maaf ya para peminat saya.^-^ T A H I K kambing!(rasa comey bila sebut tahik. yaaa...ini memang sesuatu yang aneh). kini, saya sudah mampu tersenyum walaupun masih sukar untuk melalui semua ini. yang penting segala-galanya sudah saya uraikan. termasuklah pertanyaan tersebut. terima kaseh.:) saya, AZRIYANI BUNAIM genetik daripada Uncle Bun dan MakPah akan kembali tersenyum seperti dahulu walau apapun yang terjadi. buat aku tersenyum.:) 

jeeha reratu & yani jelita.:p

saya tak paham naper dea nak jugak peluk saya. aish....

farha chantek & eyda besh! mereka memang suka syok sendiri.

ini adalah si penaip blog yang sangat suka makan! khusyuk yang amat bila berhadapan dengan makanan. tetapi keshopanan masih terserlah di situ.:p





nota kaki : buat pertama kali saya malas mau mengedit gambar! akhirnya kemerengekkan nak makan pizza terlaksana walaupun selera makan kurang kerana beberapa faktor. ceit! tiba-tiba saya rasa rindu pada si kucing memancing. mungkin kucing memancing sudah tidak membaca blog ini. barangkali sibuk memancing ikan agaknya. hihihi....wah! kau hingat senang aku nak mengaku aku rindu orang??? OMG!!!!! oh! saya tak paham kenapa saya buat entry sebegini!

Tuesday, July 27, 2010

  mengERTI




Kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa kehidupan yang kita lalui begitu ketetapannya. kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa kita yang perlu melalui kehidupan yang sebegitu sedangkan kita cuba sedaya upaya untuk mencipta sebuah kehidupan yang bahagia. kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa ada saja manusia yang tidak boleh melihat kesenangan kita hingga sanggup melakukan perkara yang tidak sepatotnya. kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa kita perlu menerima semua yang berlaku dalam kehidupan kita. tetapi yang pasti Allah lebih mengetahui dan mengerti apa yang terbaek untuk kita walaupun kita sering saja cuba untuk tidak mengerti apa yang berlaku dan sering menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku. pengalaman membuatkan kita menjadi matang. matang membuatkan kita berfikir segala kebaekan walaupun sebenarnya kepahitan yang sedang kita lalui. segala kekaburan sudah aku ungkaikan. tetapi cuma ada satu pertanyaan yang aku masih belum ada jawapannya. jika ada kesempatan.....akan aku ungkaikan pertanyaan itu. nanti aku bagitau kau ok.:p






nota kaki : arini tak terlepas subuh. tapi aku nak sambung tidur. kelas pukul 2 PETANG. yahoooo.....

Monday, July 26, 2010

  suka CERITA


Pagi-pagi sudah post entry. ini adalah kerana rasa bengang yang amat sama ini babunband! pakai babunband tapi lombab sama macam pakai wifi kolej yang pree! yaaa...babun memang lombab. tapi kalau panggil bijakband adakah dea akan laju seperti tuannya yang bijak? wah! kau memang bongok! kalaula sampai tahap nak buka email dan website unimas pun lombab....ape kesss ni jang oiiii??? adakah aku perlu terminate babunband ini buat sementara waktu supaya tidak membazir segala pelaburan aku sedangkan untung yang didapati adalah sama seperti guna wifi kolej yang pree??? yaaa....kita tunggu dan lihat. agak-agak lama aku tak update blog tu maknanya babunband aku suda aku hantar pulang ke taman negara bako! ahaks!

Semalam ada benda yang aku terlupa buat. yaaa....sudah berjanji dengan MakPah mau menelefon beliau. tetapi oleh kerana aku terlalu teruja melayan kerenah junior-junior rumah ini yang buat aku nak ketawa terguling-guling sebab kepelikan kerenah mereka....maka aku terlupa! anak lupa daratan ini! adeh! hari ini akan aku laksanakan. adakah perlu aku buat reminder dalam hp??? mungkin.:p mesti MakPah menunggu seharian semalam. nanti bila bercakap di telefon mesti ayat-ayat beliau juga buat aku rasa aku memang anak durhaka! YaAllah....sungguh berdosa diri ini. aku jarang menelefon beliau. sumpah aku memang anak yang kelihatannnya seperti tak sayang pada beliau. bukan tidak mau menelefon.....tetapi suara beliau buat aku sayu. alasan macam T A H I K kambing! huhuhu....  lagi sayu bila aku mula buang tebiat cakap rindu dan sayang pada beliau setiap kali mau meletak telefon. perkara pelik yang buat MakPah geli ginjal mau mendengar. tetapi aku tau beliau pasti suka....wakaka....ini juga adalah kerana MakPah kaya dengan kredit. kalau MakPah yang tak menelefon saya....nanti kredit beliau tak abes pulek. wah! boleh gitu??? lagipun soalan-soalan yang akan ditanya oleh MakPah adalah berbentuk psikologi yang agak-agak aku nak jawab pun sedih-sedih singa. ada singa sedih??? akula singa itu....(gaya seperti ibu singa yang amat garang) wah! banyak sangat title. dulu di rumah ibu ayam. sekarang ibu singa pulek. pasni ibu....ibu.....engkaulah ratu hatiku!>.< ekspresi muka yang aku masih tak paham!

Wah....amazing! azriyani membebel begini di pagi hari. yaaa....ini kerana azriyani terlajak subuh pagi tadi! kau memang seorang yang jujur tulis dalam blog!:p gara-gara mata tidak mau lelap malam tadi. ape kesss??? sampai terpaksa makan kek secret recipe untuk membuatkan mata ini terpejam dengan pantas selepas beberapa minit selesai makan. rasa macam makanan itu adalah ubat tidur. yaaa.....penemuan terbaru azriyani! kalau mau tidur makan bagi kenyang. pastu kau bangun lambat sampai terlajak subuh sebab kekenyangan yang memberi keselesaan pada perut untuk tidur lebih lama. macam baby-baby.....(gaya kunun2 comey mintak pelempang)






nota kaki : weh.....aku nak membebel lagi panjang.....tapi xsampai hati nak biar kau baca sampai ngantok. kau rasa caner? aku nak buat video pulak la pasni. video aku bercerita seperti aku bercerita kepada anak-anak ayam aku di rumah. huuuaaarrrgghhhh!!!! tiba-tiba rindu pada mereka....sob3~~~