Sunday, January 30, 2011

  hujan yang turun.....



Oh ! hujan .


Sudah beberapa hari hujan tanpa henti .


Sejuk yang amat !


Sejuk giler ! 


Tangan terasa sejuk seperti duduk di dalam aircond .


Jari jemari kaki pun tiba tiba rasa nak pakai stokin .


Tapi macam orang lepas bersalin pulak kan . ngeh !


Tahap kemalasan pun sama peratusannya seperti hujan .


Semakin lama hujan turun . 


Semakin lamala tahap kemalasan akan bertapa di dalam diri .


Malas mandi . malas bangun dari katil . dan paling teruk . malas nak bukak mata ! 


Dahsyat !


Tapi kalau di bumi kenyalang .


Ya ampun . . . . panas sampai taknak keluar bilik !


Segala krim protection dan lotion dilumur .


Kalau boleh rasa nak pakai topeng bila keluar sebab guna payung pun macam dah takde function !


Tapi .


Hujan . panas .


Itu semua nikmat Allah pada kita sebagai manusia untuk menyedari kekuasaanNya .


Bersyukur . . . .


Senyum .


:)



Saturday, January 29, 2011

  memang bukan kelakar !

Assalamualaikum .


hye kawan kawan . . . .


sekarang lokasi saya adalah di rumah MakPah dan Uncle Bun yang heaven . segala kesakitan sudah berlalu pergi . tapi masih ada sikit sikit batuk dan suara garau yang sexy ! aauuuww ! hari ini saya nak cerita tentang hari semalam yang memang bukan kelakar . diulang . memang bukan kelakar .


pertama . semalam dengan muka tak bersalah saya TERbangun lambat ! sampai abang khai memberi perlian keras terhadap saya . its ok . saya kan kebal . :p naseb baek tak kena tinggal flight .  kalau tidak mungkin akan berlaku tangisan dalam kerinduan ! eh . eh . tangisan dalam kerinduan ? ya . rindu MakPah . rindu Uncle Bun . rindu baby . dan rindu . . . . rindu . . . . rindu pada dea ! T___T teheee .


kedua . flight pada hari semalam adalah flight paling menakotkan yang saya pernah naek . cuaca yang kurang baek . goyang goyang di awan biru . dan paling menakotkan adalah saat flight tiba di johor . hujan lebat . bertemankan seorang lelaki di kanan saya yang muka alahai . . . . nice la awak ni. ngeh ! dan seorang perempuan india di kiri saya yang sikit sikit tengok saya sebab dea pun takot . saya terpaksa berlagak kunun kunun tak takot dan tak cuak langsung bagi membuatkan perempuan india itu yakin dengan flight yang kami naiki . ayat agak poyo . tapi di saat saya memandang wajah lelaki itu . saya rasa nak gelak kuat sebab muka dea memang sangat cuak bila flight mula nak landing . har . har . har . bro ! relax ok . saya ada . hiks . Alhamdulillah flight landing dengan baek walaupun saya rasa dea berpusing hampir dua tiga kali untuk membuat landing dengan baek . dan dalam masa yang sama saya rasa amat terharu bila lelaki itu menunggu saya dan memberi jalan kepada saya di saat orang laen semua berpusu pusu nak keluar dari flight . terima kaseh ya wahai lelaki walaupun saya telah membuatkan kamu tidak selesa kerana batuk batuk bising . ngeh ! tapi kamu memang nice senice wajahmu . cuba bayangkan kalau dea ada blog . entah entah dea pun mengumpat saya sebab saya bising asek batuk batuk sampai dea terpaksa tutup telinga dengan hooded . kejam kan dea . barangkali kesian tengok saya . ceh ! kita kena pikir positif pada orang laen ya kawan kawan . . . .


ketiga . saya rasa hari semalam adalah hari untuk hati saya ada taman bunga + taman permaenan + taman pasir putih sebab . . . . ah ! malu nak cakap . *sambil tutup muka* dan hari untuk saya kembali hyperactive juga . ada ke dengan bengong dan gila saya pergi tiup telinga dea sampai dea terkejut dan membesarkan mata kepada saya masa dea tengah khusyuk tangkap gambar ? maaf . itu tindakan spontan saya yang saya sendiri rasa nak tutup muka bila teringat apa yang saya buat semalam . demmm ! rasa nak terjun tasek yang ada di sebelah itu selepas terlampau malu yang amat ! oh ! saya taknak jumpa dea lagi ! *tipu* aku mula jatuh hati kepadamu . la . la . la ~ ~ ~


abaikan kaki saya yang hitam itu . fokus pada button ok . kiut tau awak ni . kah . kah . kah .




notakaki : bila tengok blog ini saya rasa macam tengok blackboard ! papan hitam ! masih nak edit . tapi malas . kadang kadang rupa blog yang huru hara pun macam ada nilai estetika juga kan . eeeyyuuu ~ ~ ~ saja sedapkan hati .  



Thursday, January 27, 2011

  kelip kelip mata

blog bertukar wajah .


warna lebih matang .


ya . saya perlu lebih matang . :p


header blog dibuat oleh dea .


dea yang hobinya tangkap gambar . edit gambar . tapi resize gambar tak tahu . har . har . har . *mati saya kalau dea tahu saya kutuk dea*


esok naek flight .


ehem . ehem .


dup dap . dup dap .


tadi pagi jual mahal takyah susah susah ambil saya di airport.


tapi bertemankan angin petang yang mendamaikan .


tiba tiba excited nak jumpa dea .


aaauuuuuwwww !


R I N D U !


kah . kah . kah


alahai . . . .


suwit nya awak ni . *sambil kelip kelip mata*


ngeh !


Wednesday, January 26, 2011

  kuching - jb ---> hug MakPah

Sabar ye azriyani bunaim .


Kuatkan semangat !


Satu hari saja lagi .


Oh ! sesungguhnya saya sudah tidak mampu bertahan dengan kesakitan ini .


Mulut berdarah lagi .


Kali ini sudah tidak mampu menjerit kerana batuk saja sudah buat tekak menjadi sakit yang amat .


Tolong . . . . 


Tolong saya buat esimen computer security yang kena hantar pada esok hari please . . . .


Sakit penghapus dosa .


Senyum .


:)


Tuesday, January 25, 2011

  bahagia....kurasa.....

Seharian terperap di dalam bilik . terbaring kelemahan . rasa suhu di dalam badan sama macam kepanasan cuaca di luar . mata merah seperti naga . mulut berdarah seperti dracula . muka pucat seperti mayat hidup . rasa nak pakai blusher bagi meriah sikit . tapi tang mulut berdarah itu saya menjadi takot . menjerit depan cermin kau bila melihat dalam mulut berdarah banyak . ketuk ketuk gigi . baek baek saja . picit picit gusi . sihat dan tiada ulser . tapi tiba tiba mulut berdarah banyak . lepas itu hilang darah . lepas itu darah lagi . lepas itu hilang darah . lepas itu darah lagi . maknanya setiap kali keluar darah saya akan menjerit . lama lama letih menjerit . har . har . har . 


Dan hari ini saya telah menyatakan babai kepada kuliah . lab . dan perjumpaan kolej . oh ! sudah lama tidak sihat begini . kebiasaannya terlalu hyperactive . tetapi hari ini menjadi luar biasa pendiam dan terlalu pasif . pelik juga bila diri menjadi pasif . boleh dihitung perkataan yang keluar dari mulut . boleh dihitung juga pergerakan yang dibuat . macamana la orang orang yang boleh jadi pendiam itu kan ? aish . amazing orang itu . hiks . dari siang tadi pekerjaan asek rewind cerita die hard 4 sampai tertido ! die hard 4 pulak tengok saya . esimen yang mencabar kecekapan dan ketangkasan saya untuk menangkap apakah jenis computer security yang digunakan dalam cerita tersebut . tengok cerita itu memang besh . tapi tang nak mengkaji computer security yang digunakan itu yang eerrrmmmm . YaAllah . . . . berilah saya petunjuk untuk membuat esimen yang aneh aneh itu . amin .


memandang bulan terang .


menyaksi bintang bintang .


senyum .


:)