Saturday, September 04, 2010

  hooorraaayyy


hati berdebar-debar. mata masih tidak mengantok. laen macam rasanya perasaan untuk pulang beraya pada kali ini. seperti ada sesuatu. berdebar yang gembira atau berdebar untuk bersedih? sangat berharap perjalanan untuk pulang pada esok hari akan selamat dan diberkati oleh Yang Maha Esa. 


Sila bayangkan saya sedang membuat ucapan di kaca televisyen. 


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang berhari raya kepada adik beradik saya yang berada di Sabah dan Kuala Lumpur, sanak saudara yang berada di johor bahru dan sahabat handai yang berada di seluruh pelusuk tanah air semenanjung dan juga sabah sarawak. berhati-hati di jalan raya. semoga raya pada tahun ini akan memberi seribu makna kepada kalian semua. MakPah, Uncle Bun!!!!! tunggu kepulangan saya pada esok hari. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN.







hakhakhakhak....menyampah tau dengan ucapan ni. raya lambat lagi ok!




Friday, September 03, 2010

  saya KUAT!(sambil angkat tangan tunjuk muscle)


Gigi masih belum bergosok. muka masih belum dibasuh. buka buku muka. tiba-tiba seorang sahabat memberitahu esimen perlu dihantar sebelum pukul 12tengahari. jam pada ketika itu sudah menunjukkan 11.45pagi! terus menyarung tudung. tanpa menggosok gigi. tanpa membasuh muka. masa yang diambil untuk sampai ke fakulti sains komputer & teknologi maklumat adalah 15minit! berjalan laju. tapi mata masih sempat meliar melihat kiri kanan. jika ada orang yang berselisih jalan....pasti aku akan tunduk! hahahaha.... 


Sampai saja di fakulti. terus masuk ke dalam ofis. selamat. tiada orang yang perlu melihat keadaan diri ini. tetapi tiba-tiba aku mendapat berita esimen tersebut perlu dihantar sebelum pukul 4petang! ok! kebengangan di situ! huh. letih berjalan laju seperti sedang marathon! muka basi malu nak berdepan dengan orang belum kira lagi. 


Semasa perjalanan pulang ke kolej tiba-tiba terserempak dengan sekumpulan lelaki yang mau pergi menunaikan solat jumaat. MasyaAllah.....nak taknak kau terpaksa lalu di depan mereka semua! hanya itu jalan yang ada untuk sampai ke kolej. kalau ada payung boleh tutup muka dengan payung! naseb la labu.....kau bukan kenal aku pun kan? seumur hidup di dunia fana ini....belum pernah aku berbuat begini! sumpah! aku taknak buat lagi! 


Semangat untuk ke kelas pada pukul 2petang tadi tiba-tiba terbantut setelah mendapat pesanan ringkas dari seorang sahabat yang mengatakan kelas dibatalkan. sedikit gembira di situ. tetapi hati tetap risau kerana naek cuti nanti akan ada test midterm untuk subjek yang buat saya mau berhenti belajar dan kawen sekarang. T A H I K tau awak ni azriyani bunaim


Tiba-tiba selepas mandi seorang sahabat laen memberi pesanan ringkas mengatakan bahawa kelas tersebut ada. tidak dibatalkan. oh! jam sudah menunjukkan pukul 2.30petang. selamat jalanla kelas....tetapi hanya 4orang yang hadir ke kelas tersebut. kalau termasuk aku boleh jadi 5. tapi masalahnya aku tak termasuk. aku termasuk dalam golongan kunun-kunun da balik cuti beraya! padahal masih terperuk di dalam bilik yang indah ini. ceit!


Barang untuk dibawa pulang masih belum dikemas. dan mungkin malam ini azriyani bunaim akan mengalami sakit kepala otak sebab azriyani bunaim sudah lupa di mana dea meletakkan buku biru yang wajib ada semasa mau terbang menaiki belon. lupa ingatan yang semakin menjadi-jadi. jangan lupa untuk ambil kek sarawak pada esok pagi sudahla. merajuk MakPah nanti. huhuhu....


Sungguh banyak aku menaip hari ini. ini adalah kerana ingin kepo-kepo nak bercerita perkara yang tak pernah jadi dalam hidup ini. saja nak mengadu pada kamu. gedik sangat! sudah lama tidak menyebut perkataan ini. sebab sekarang da ada T A H I K! ha.ha.ha.ha.ha......ops! shopan!





"Sesungguhnya besarnya pahala terletak pada besarnya dugaan. Sesiapa yang redha menghadapi dugaan itu,  tentu dia memperoleh redha Allah. Dan sesiapa yang kecewa, tentu dia dimurkai oleh Allah."
(hadis riwayat Al-Tarmizi)  





Thursday, September 02, 2010

  salahkah aku.....


airport. hujan. seorang sahabat sudah pulang menemui keluarga tersayang. sayu melihat kapal terbang. tapi hati tidak teruja. tidak melonjak ingin pulang seperti selalu. aku takot. takot untuk berdepan dengan MakPah. takot beliau dapat membaca hati ini. riak wajah ini. aku pulang untuk melihat beliau gembira. bukan pulang dengan membuat beliau melihat diri aku yang begini. aku perlu menyelesaikan semua ini. walau apapun terjadi aku perlu menyelesaikan semua ini dengan diri aku sendiri. semoga aku dipermudahkan dengan semua ini. jika aku perlu berlutut untuk memohon maaf dengan semua ini.....aku akan lakukan. agar semua hati menjadi senang. tiada lagi perasaan tidak enak seperti itu. hanya kekuatan yang aku perlukan. aku bukan menagih apa-apa. tetapi aku hanya ingin semua ini berakhir dengan suatu kebaekan. semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku. amin......




maaf. aku emosi lagi. tapi jika memang aku yang bersalah dengan semua ini.....aku mohon maaf. ini hutang yang perlu aku bayar. tidak mahu melihat orang laen menitiskan airmata kerana aku. aku sudah tidak pernah berperasaan lagi. sudah aku redhakan apa yang terjadi. sudah aku pulangkan semuanya....maaf dari aku untuk kamu. 


Wednesday, September 01, 2010

  lagi lagi KAU!



ini adalah sebuah kisah benar yang perlu dijadikan iktibar. tolong jangan tiru aksi ini di kolej, kamsis, atau di asrama kamu. kebarangkalian untuk kamu dimaki hamun tanpa kamu sedari jika kamu membuat perkara ini adalah sangat besar dan boleh mencapai nilai infinity!



Tertidur selepas solat Maghrib. mamai. teringat ada baju yang perlu disidai. saat menyidai baju. tiba-tiba teringat akan kain. kelmarin seperti ada menyidai kain batik yang MakPah bagi. tapi kenapa semasa aku lipat baju semalam seperti tiada melipat kain batik??? kembali ke dalam bilik melihat almari. penyakit lupa ingatan aku semakin serius. kelmarin hilang baru sekarang aku perasan. ok! fine! title kau semakin tinggi ya wahai si pengambil baju. sekarang sudah menjadi SI PENGAMBIL KAIN BAJU! kain batik pun takkan kau nak amek baiiii??? nak kata chantek. aku tengok biasa. mungkin aku bukan jenis yang menghargai seni batik.ha.ha.ha....entah tang mana yang kau berkenan aku pun tak taula! tapi sampai hati kau amek kain batik MakPah bagi pada aku??? macam T A H I K la kau kan. oh! aku perlu mencari alternatif untuk memastikan keadaan ini tidak berterusan!  terima kaseh ya wahai SI PENGAMBIL KAIN BAJU kerana sangat berminat dengan apa yang aku pakai. aku sangat berharap kau takkan dinaikkan pangkat lagi oleh aku menjadi SI PENGAMBIL KAIN BAJU DALAM @ KURUNG selepas ini! 






  aku lebih tahu




Aku buat aku dapat. aku tak buat pun aku dapat. jadi, lebih baek aku buat!


Aku dekat aku dapat. aku jaoh pun aku dapat. jadi, lebih baek aku dekat!


Aku diam aku dapat. semakin aku diam semakin aku dapat. jadi, lebih baek aku bersuara!


Aku cuba paham dengan apa yang berlaku. tapi jika masih ada yang sengaja ingin mencipta keadaan yang sudah lama terkubur.....apalagi yang perlu aku lakukan?


Aku masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa untuk hadapi semua ini. tetapi jaoh di sudut hati aku sangat berharap semua ini akan berakhir. berakhir dengan suatu kebaekan.


Jika ada seseorang yang hadir dalam hidup ini yang dapat menamatkan semua ini.....aku redha. redha jika itu yang perlu aku lakukan walaupun bukan dengan sepenuh hati ini. 






amaran : sila jaohkan orang-orang yang kamu sayang dari aku. aku sangat BERBAHAYA! BERBAHAYA sehingga boleh membuat kamu menjadikan aku sebagai ancaman dalam hidup kamu. watch out!