Wednesday, June 13, 2012

  masa



Masa yang indah itu milik Dea . Masa yang lapang itu untuk pengisian manfaat . Masa yang lalu itu pengajaran . Masa akan datang itu masa yang akan membuat kita lebih berhati hati untuk mencorak supaya tidak menjadi cela seperti masa lalu . Jika bercakap tentang masa . kalau boleh manusia itu menginginkan masa masa yang indah sahaja . Jika ada masa masa yang sedikit tercela dengan kesilapan atau takdir , pasti manusia itu merasakan kehidupan seperti terhenti . lalu sibuk mengimbau masa masa yang indah yang tidak pernah akan berulang . tapi pernahkah kita mencari segala hikmah yang berlaku dan berfikir secara positif ? kita cuba . tapi pasti akan terselit sedikit kekesalan dan aura negatif itu sentiasa mengiringi kehidupan manusia . tetapi perlahan lahan aura negatif itu berlalu pergi kerana ada sesuatu yang kita tak pernah bayangkan datang dan sentiasa memberi aura positif . walau sekandang kesusahan . pasti mampu dilalui . ya . ini namanya semangat yang kembali . 





Tinggal lagi sebulan . aku tak pasti perasaan aku suka atau sedih untuk habes praktikal .



0 kaseh sayang :