Sunday, April 29, 2012

  remuk



R E M U K . 
Orang orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal hal terbaek , 
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaek dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya . 






Akhirnya aku kalah dalam dam ular . walau aku cuba membaling buah dadu dengan sebaek mungkin , tapi aku tetap kalah . dan lagi teruk aku tak dapat menamatkan permaenan . sesat di tengah tengah . rasa kecewa bila kalah dalam permaenan yang berulang kali aku cuba untuk menang memang bukan calang calang untuk aku rasa . menanges pun belun tentu hilang kecewa . tapi parut kecewa itu sudah pasti sampai ke mati . 



Friday, April 27, 2012

  tuan tuan dan puan puan :

Hari ni aku rasa aku bekerja dengan lebih tekun dan fokus . itupun selepas aku kena gertak dengan bos semalam . selama ni aku bukan tak tekun . cuma aku sambil lewa . eh ! tak . cuma aku memang tak suka buat kerja itu . bukan memilih . tapi tak berkenan . bukan malas . tapi tak berkenan . bukan susah . tapi tak berkenan . ok . penjelasan untuk ayat tidak berkenan di sini adalah aku tak berapa suka nak jumpa user pada setiap department hanya semata mata untuk mintak sain sebab nanti ada macam macam kerenah yang kerenahnya langsung tak logik dan akhirnya buat aku stress . semua kerja memang ada stress . ya . ini aku sangat paham . tapi aku akan jadi sangat tak paham kalau ada user yang tanya bukan bukan yang takde kena mengena dengan PC dan aku rasa makin nak rosakkan PC dea sebab aku bengang . nampak kan gangster dan kasarnya aku .*sambil sengseng lengan* tapi hari ni aku berjaya siapkan apa yang perlu aku siapkan walaupun ada user yang awak memang kiut . tapi lagi kiut kalau awak tak menggatal .*sambil muka garang rita rudaini*


Kadang kadang aku akan mengeluh benda benda begini dengan Uncle Bun . sebab kalau aku mengadu dekat MakPah , beliau mesti cakap aku memang garang dan tak suka kena usik . har . har . har . tapi kalau dengan Uncle Bun , beliau akan cakap perempuan yang chantek kena banyak bersabar . tapi Uncle Bun cakap chantek itu sambil muka geli . :p lepas tu mulala nak bercerita hikayat beliau masa kerja dulu . lepas tu aku rasa ngantok sebab aku rasa dah sepuluh kali aku dengar cerita yang sama . agagagaga ~ tapi apa yang aku tahu bila aku duduk sorang sorang aku akan teringat cerita beliau walaupun kadang kadang aku rasa beliau sengaja buat cerita tipu kunun kunun nak bagi aku semangat . tapi bagai menyiram air di daun keladi . melepaskan pucuk masing masing . damn ! kau belajar peribahasa macam ni dari mana ? har . har . har . ok . tak kelakar . teruk . 




Monday, April 23, 2012

  cacamarba

Sekarang aku mula rasa busan nak intern . aku pasti yang aku bukan jenis manusia yang mudah busan . tapi aku akan jadi busan bila ada yang menyebabkan aku busan . sebenarnya bukan busan . cuma lelah . bukan penat . tapi lelah . bukan rasa tak seronok . tapi lelah . lelah untuk melalui hari hari yang kau dapat rasakan jiwa kau tidak akan bersama kau ketika itu . tapi jiwa kau dipaksa paksa untuk bertahan disebabkan kesalahan diri kau sendiri . mengeluh pun tak guna . jadinya aku sedang cuba berusaha mencari mood mood sarkastik agar dua bulan yang aku rasakan lama akan menjadi dua bulan yang dirasakan seperti dua hari . lepas tu aku tak pasti aku akan rindu masa intern aku atau aku langsung tak hirau nak sibuk sibuk pikir kenangan masa intern aku . tapi aku akan ingat pengalaman yang aku dapat . segalanya seperti sudah diatur . cuma percaturan yang aku buat tersasar dari landasan . 


Semalam aku pergi ikut MakPah dan Uncle Bun belajar haji . bukan niat nak ikut . tapi dipaksa . aku kena jujur supaya tak semua orang sangka aku baek . :p tapi kadang kadang perkataan dipaksa atau terpaksa itu mampu memberi kesan positif yang akhirnya kita menjadi suka rela . bila dengar saja Labbaik Allah Humma Labbaik . aku membayangkan diri aku di sana . walaupun aku tak tahu macam mana keadaan di sana . InsyaAllah . suatu hari nanti . Dea Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui . lepas ni MakPah cakap daripada aku tidur dekat rumah . aku lebih nampak baek kalau ikut beliau pergi belajar haji . MakPah dan Uncle Bun memang selalu bagi ayat perli yang penangannya lagi kuat dari tumbukan . tapi aku macam nak buat buat tak paham apanya yang aku nampak baek dan tetap dengan gurindam tidur di rumah sekali sekala pun ibadah tau .*sambil muka masam manja nora danish* hiks . z z z z Z Z Z Z 





psssttt : "untuk azriyani yang aku kenali" . thank you . 


Thursday, April 19, 2012

  say hi! i miss u.

My hands, they're strong

But my knees were far too weak

To stand in your arms

Without falling to your feet




Buah dadu yang aku baling kali ni buat aku dapat panjat tangga yang tinggi dalam dam ular . tapi aku macam dapat rasa naseb aku tak seindah seperti panjat tangga dan tamatkan permaenan . silap silap aku kena turun tangga balik . 




pssstt : Aku memang rasa tua bila pakai spec . ok . tacing . sob ~ sob ~ sob ~ 

Tuesday, April 10, 2012

  naseb


Kata orang naseb tak menyebelahi kita . tapi aku selalu pikir . inikah naseb yang ada untuk aku ? bukan tiada pilihan . tapi pilihan yang ada buat aku tersekat lalu buntu . tapi aku masih tak nampak . tak nampak mana yang patot aku nampak . aku membayangkan naseb aku macam buah dadu . apa yang aku dapat itulah yang aku kena terima . kalau aku maen dam ular . mesti aku dah kalah . sebab buah dadu yang dibaling selalu tak menyebelahi aku . tapi aku masih cuba untuk membaling buah dadu agar aku dapat tamatkan permaenan walaupun aku dah ternyata kalah .





Monday, April 09, 2012

  update

Aku mula perasan yang aku sangat busy . minggu lepas aku kena kerja sampai 1 pagi dan bila sampai rumah secara natural mata aku terus terpejam tak mampu nak bukak . MakPah dan Uncle Bun tak mampu nak cakap apa apa sebab belum sempat nak soal apa apa aku dah pengsan . lepas tu bangun pagi aku dah tergopoh gopoh nak pergi kerja kunun kunun macam aku project manager . setiap hari rutin aku memang kelam kabut . bila pikir balik . aku dapat rasa yang aku lebih memberikan komitmen pada benda laen sampai aku lupa diri sendiri yang lebih penting . aku suka kerja . suka sampai bila aku rasa sakit . aku baru sedar keupayaan aku tak macam dulu . kalau boleh nak tunjuk aku memang kuat . tapi hakikatnya langsung tak kuat . kekurangan yang menutup pandangan mata dan hati untuk sesuatu yang memenuhi lumrah sebagai manusia . 


Dah dua hari aku habeskan masa dengan MakPah . habeskan masa dengan MakPah di sini bermaksud aku bawa beliau pergi sana sini sebab beliau kata sejak aku praktikal aku langsung takde masa untuk beliau . asek asek balik kerja malam lepas tu nak ajak sembang pun tak sempat sebab bila bila masa aku mampu buat magik . tapi semalam lepas layan beliau pergi beli barang barang untuk pergi haji . mulut beliau terus senyap dan takde ayat sentap sentap lagi . nampak memang aku yang busy dan langsung tak kisah apa apa . ya . sejak akhir akhir ini .




Aku tahu ramai orang tengah rindu aku . 
*sambil kelip kelip mata paling annoying*


:)