Sunday, June 30, 2013

  'hadiah'

Jumaat semalam dah start 3P security program . so far ok dan trainer pun sempoi . tapi macam biasa aku memang selalu rasa busan bila dengar kuliah . dari pukul 9 hingga 5 kena mengadap kuliah . harap harapnya 7 hari ni bolehlah aku hadam segala ilmu supaya tak rasa sia sia aku meninggalkan MakPah kesayangan . ceeewah ! bajet MakPah hadap sangat aku ada dekat rumah . har . har . har . ok . MakPah memang sedih ok aku balik lambat . :p 


Masa dalam kuliah , trainer tu suruh buat satu methodology pasal security . tapi entah teori mana aku pakai aku cakap firewall gate ada password . kah . kah . kah . rasa nak terjun bangunan bila trainer tu duk mengolok cakap sejak bila firewall gate ada password . ada firewall baru dicipta ke sekarang ni ? nak cover malu aku cakap i means firewall ON or OFF . fuh ! rasa macam terbakar muka tahan malu . dan aku tahu kamu yang baca pun nak cakap aku bangang kan . tak guna praktikal dekat department it tapi buat teori sendiri firewall gate ada password . what the bangang sangat sampai basic info network pun aku tak tahu . tapi info network yang susah susah aku tahu . takbur . @_@ aku rasa aku kena grad dengan title bachelor of arts . motif arts ? entah . tidur is one of arts maybe . kecomelan semasa tidur . eeeyyuuuu ~ ~ ~ 


Dan sekarang nak kena amend report fyp . presentation fyp Alhamdulillah ok walaupun kena tembak tapi tak mati . 4 july nak kena setelkan report dan hantar jilid . 'hadiah' birthday paling bermakna dalam hidup azriyani bunaim . aku memang suka 'hadiah' laen dari yang laen ni . baru boleh cerita dekat anak cucu untuk jadikan pedoman . pedoman buat fyp yang saaaaaaangad indah seindah senyuman sang penyair .*gaya nenek bercerita pada cucu* nenek harus guna ayat klasik kan . 


nenek di waktu muda . *cerita pada cucu 30 tahun akan datang*



Selamat Berhujung Minggu !


:)



Thursday, June 27, 2013

  spontaneous thursday




Tadi 3P Support Team telefon . Tiba tiba kena buat surat tak hadir Program Softskills . Aku feeling heaven dalam bilik sambil buat presentation slide dan tengah layan mood nervous . argh ! bertambah kerja kena buat surat pulak . ok . bai !





Monday, June 24, 2013

  sisa

Bila perkara yang tak biasa terjadi , lama kelamaan akan menjadi biasa . bila perkara biasa terjadi , lama kelamaan akan jadi lali . jangan ditanya kenapa . tapi harus ditanya bagaimana . kerana kunci segala jalan adalah bagaimana . zahirnya nampak pasrah . batinnya barangkali parah .


Housemate aku untuk 3 minggu ni . hai kawan . semoga kita bergembira di saat akhir di sini . apesal pipi aku kemaen tembam macam pakai botox ? senyum terlalu ikhlas barangkali . senyum kan tandanya pemurah . 


:)



Tuesday, June 18, 2013

  last but not least

Finally .


Last battle for this 4 years .


Ah ! tak sabar nak jerit suka suka .


Ok . fyp tak present lagi .


Supervisor cakap " yani kena buat report fyp bagus bagus . hantar sikit sikit bagi saya semak before presentation . tinggal 8 hari je lagi . " 


Tekanan di situ .  
*sambil tarik rambut kuat kuat*


Kedewasaan terserlah . bai !



Assalamualaikum .
*gaya ayu*


:)



Sunday, June 09, 2013

  farewell

Malam tadi ada farewell dinner untuk batch aku . macam tak sangka dah nak habes belajar . yes ! yeah ! ok . fyp belum present tak boleh nak beria . dan masalahnya sekarang analysis data aku hang sebab software tu taknak keluar output yang aku nak . esok dah nak kena hantar . mata panda lagi untuk malam ni . In Shaa Allah malam ni miracle akan terjadi . oh yeah ? May Allah guide me dan permudahkan segalanya . amin . 


mereka lelaki dan tak berapa lelaki . :p

mereka perempuan dan cantik . 

batch network computing . 

farha , yani , jeeha . 

mereka yang selalu ada di sekeliling aku . 

masih lelaki yang sama . boring . :p

housemate yang sexy . pose biasa untuk jadi sexy bagi perempuan . ngagagaga ~ 

mereka dari sabah . yeah ! *caption pelik*

tersepit . 

mereka . 

ok . dea paksa aku peluk dea . *muka terpaksa* :p 

batch network computing lagi .

dea partner debate aku . merah dan berahi . har . har . har . 

mereka yang laen . 

seni gambar gegar . naseb ~ ~ ~ 


Cerita di sebalik kenangan .



Semalam keluar rumah pakai flat shoes . aku memang tak reti pakai heels . jalan macam orang mabuk . terhuyung hayang . ah ! kelakar sangat bila bayangkan diri sendiri jalan simpang siur . kesian kan . simpang siur ? macam aneh bunyinya . masuk kereta bff , semua paksa suruh pakai heels since skirt aku meleret leret dan kawan aku yang baek hati dengan rela bagi pinjam heels dea yang aku rasa tinggi mak ai . kesudahnya kaki aku sakit sampai hari ni . macam orang baru lepas daki gunung je rasa sakitnya . har . har . har . telakar tau awak ni azriyani . apapun tak boleh . :p



3 hari lagi start final . 3 hari . ya . 3 hari . bila dah nak habes belajar ni makin takde mood nak jawab exam . boleh gitu ? 


Basyah !


:)