Sunday, January 30, 2011

  hujan yang turun.....



Oh ! hujan .


Sudah beberapa hari hujan tanpa henti .


Sejuk yang amat !


Sejuk giler ! 


Tangan terasa sejuk seperti duduk di dalam aircond .


Jari jemari kaki pun tiba tiba rasa nak pakai stokin .


Tapi macam orang lepas bersalin pulak kan . ngeh !


Tahap kemalasan pun sama peratusannya seperti hujan .


Semakin lama hujan turun . 


Semakin lamala tahap kemalasan akan bertapa di dalam diri .


Malas mandi . malas bangun dari katil . dan paling teruk . malas nak bukak mata ! 


Dahsyat !


Tapi kalau di bumi kenyalang .


Ya ampun . . . . panas sampai taknak keluar bilik !


Segala krim protection dan lotion dilumur .


Kalau boleh rasa nak pakai topeng bila keluar sebab guna payung pun macam dah takde function !


Tapi .


Hujan . panas .


Itu semua nikmat Allah pada kita sebagai manusia untuk menyedari kekuasaanNya .


Bersyukur . . . .


Senyum .


:)



Saturday, January 29, 2011

  memang bukan kelakar !

Assalamualaikum .


hye kawan kawan . . . .


sekarang lokasi saya adalah di rumah MakPah dan Uncle Bun yang heaven . segala kesakitan sudah berlalu pergi . tapi masih ada sikit sikit batuk dan suara garau yang sexy ! aauuuww ! hari ini saya nak cerita tentang hari semalam yang memang bukan kelakar . diulang . memang bukan kelakar .


pertama . semalam dengan muka tak bersalah saya TERbangun lambat ! sampai abang khai memberi perlian keras terhadap saya . its ok . saya kan kebal . :p naseb baek tak kena tinggal flight .  kalau tidak mungkin akan berlaku tangisan dalam kerinduan ! eh . eh . tangisan dalam kerinduan ? ya . rindu MakPah . rindu Uncle Bun . rindu baby . dan rindu . . . . rindu . . . . rindu pada dea ! T___T teheee .


kedua . flight pada hari semalam adalah flight paling menakotkan yang saya pernah naek . cuaca yang kurang baek . goyang goyang di awan biru . dan paling menakotkan adalah saat flight tiba di johor . hujan lebat . bertemankan seorang lelaki di kanan saya yang muka alahai . . . . nice la awak ni. ngeh ! dan seorang perempuan india di kiri saya yang sikit sikit tengok saya sebab dea pun takot . saya terpaksa berlagak kunun kunun tak takot dan tak cuak langsung bagi membuatkan perempuan india itu yakin dengan flight yang kami naiki . ayat agak poyo . tapi di saat saya memandang wajah lelaki itu . saya rasa nak gelak kuat sebab muka dea memang sangat cuak bila flight mula nak landing . har . har . har . bro ! relax ok . saya ada . hiks . Alhamdulillah flight landing dengan baek walaupun saya rasa dea berpusing hampir dua tiga kali untuk membuat landing dengan baek . dan dalam masa yang sama saya rasa amat terharu bila lelaki itu menunggu saya dan memberi jalan kepada saya di saat orang laen semua berpusu pusu nak keluar dari flight . terima kaseh ya wahai lelaki walaupun saya telah membuatkan kamu tidak selesa kerana batuk batuk bising . ngeh ! tapi kamu memang nice senice wajahmu . cuba bayangkan kalau dea ada blog . entah entah dea pun mengumpat saya sebab saya bising asek batuk batuk sampai dea terpaksa tutup telinga dengan hooded . kejam kan dea . barangkali kesian tengok saya . ceh ! kita kena pikir positif pada orang laen ya kawan kawan . . . .


ketiga . saya rasa hari semalam adalah hari untuk hati saya ada taman bunga + taman permaenan + taman pasir putih sebab . . . . ah ! malu nak cakap . *sambil tutup muka* dan hari untuk saya kembali hyperactive juga . ada ke dengan bengong dan gila saya pergi tiup telinga dea sampai dea terkejut dan membesarkan mata kepada saya masa dea tengah khusyuk tangkap gambar ? maaf . itu tindakan spontan saya yang saya sendiri rasa nak tutup muka bila teringat apa yang saya buat semalam . demmm ! rasa nak terjun tasek yang ada di sebelah itu selepas terlampau malu yang amat ! oh ! saya taknak jumpa dea lagi ! *tipu* aku mula jatuh hati kepadamu . la . la . la ~ ~ ~


abaikan kaki saya yang hitam itu . fokus pada button ok . kiut tau awak ni . kah . kah . kah .




notakaki : bila tengok blog ini saya rasa macam tengok blackboard ! papan hitam ! masih nak edit . tapi malas . kadang kadang rupa blog yang huru hara pun macam ada nilai estetika juga kan . eeeyyuuu ~ ~ ~ saja sedapkan hati .  



Thursday, January 27, 2011

  kelip kelip mata

blog bertukar wajah .


warna lebih matang .


ya . saya perlu lebih matang . :p


header blog dibuat oleh dea .


dea yang hobinya tangkap gambar . edit gambar . tapi resize gambar tak tahu . har . har . har . *mati saya kalau dea tahu saya kutuk dea*


esok naek flight .


ehem . ehem .


dup dap . dup dap .


tadi pagi jual mahal takyah susah susah ambil saya di airport.


tapi bertemankan angin petang yang mendamaikan .


tiba tiba excited nak jumpa dea .


aaauuuuuwwww !


R I N D U !


kah . kah . kah


alahai . . . .


suwit nya awak ni . *sambil kelip kelip mata*


ngeh !


Wednesday, January 26, 2011

  kuching - jb ---> hug MakPah

Sabar ye azriyani bunaim .


Kuatkan semangat !


Satu hari saja lagi .


Oh ! sesungguhnya saya sudah tidak mampu bertahan dengan kesakitan ini .


Mulut berdarah lagi .


Kali ini sudah tidak mampu menjerit kerana batuk saja sudah buat tekak menjadi sakit yang amat .


Tolong . . . . 


Tolong saya buat esimen computer security yang kena hantar pada esok hari please . . . .


Sakit penghapus dosa .


Senyum .


:)


Tuesday, January 25, 2011

  bahagia....kurasa.....

Seharian terperap di dalam bilik . terbaring kelemahan . rasa suhu di dalam badan sama macam kepanasan cuaca di luar . mata merah seperti naga . mulut berdarah seperti dracula . muka pucat seperti mayat hidup . rasa nak pakai blusher bagi meriah sikit . tapi tang mulut berdarah itu saya menjadi takot . menjerit depan cermin kau bila melihat dalam mulut berdarah banyak . ketuk ketuk gigi . baek baek saja . picit picit gusi . sihat dan tiada ulser . tapi tiba tiba mulut berdarah banyak . lepas itu hilang darah . lepas itu darah lagi . lepas itu hilang darah . lepas itu darah lagi . maknanya setiap kali keluar darah saya akan menjerit . lama lama letih menjerit . har . har . har . 


Dan hari ini saya telah menyatakan babai kepada kuliah . lab . dan perjumpaan kolej . oh ! sudah lama tidak sihat begini . kebiasaannya terlalu hyperactive . tetapi hari ini menjadi luar biasa pendiam dan terlalu pasif . pelik juga bila diri menjadi pasif . boleh dihitung perkataan yang keluar dari mulut . boleh dihitung juga pergerakan yang dibuat . macamana la orang orang yang boleh jadi pendiam itu kan ? aish . amazing orang itu . hiks . dari siang tadi pekerjaan asek rewind cerita die hard 4 sampai tertido ! die hard 4 pulak tengok saya . esimen yang mencabar kecekapan dan ketangkasan saya untuk menangkap apakah jenis computer security yang digunakan dalam cerita tersebut . tengok cerita itu memang besh . tapi tang nak mengkaji computer security yang digunakan itu yang eerrrmmmm . YaAllah . . . . berilah saya petunjuk untuk membuat esimen yang aneh aneh itu . amin .


memandang bulan terang .


menyaksi bintang bintang .


senyum .


:)


Monday, January 24, 2011

  merdunya la hai kau !

Dea berpesan kepada saya :

Jangan bising bila jari terasa sakit . jangan bising bila hujung jari menjadi keras . jangan bising bila hujung jari menjadi kasar . dan jangan separuh jalan bila saya mula merasa give up . 

dan saya menjawab :

Bila saya kata saya sudah bersedia . saya akan gigih . bila saya kata saya ingin buat benda itu . saya akan buat sehingga ke akhirnya . walaupun tangan kiri saya bakal merasa kesakitan . walaupun hujung jari kiri saya bakal menjadi keras . walaupun hujung jari kiri saya bakal menjadi kasar . saya masih ada sebelah tangan yang lembut dan boleh menyalam bakal mak mertua dengan keyakinan yang tinggi . 


kini . 


saya berpeluang membuat apa yang saya inginkan sejak dari dulu lagi .


dea kawan saya di dalam bilik sekarang selaen anggun


saya sayang dea .


sejak dea ada .


tangan saya seperti tidak boleh duduk diam .


mahupun selepas balik kelas . sebelum tidur dan bangun pagi . 


walaupun kimia antara dea dan saya masih belum terserlah .


tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baek akan wujud antara kami .


dea .


bernama M E R D U .




sebuah gitar bernama M E R D U . rasa macam akustik je jiwa saya sekarang . KAH . KAH . KAH . tapi gila tetap ada . jangan risau ye kawan kawan . :p tak sabar M E R D U nak bersifukan J E S S I C A . J E S S I C A ? ? ? ommaaa ! gedik kan nama dea . mata terus jadi juling bila dengar nama itu . nama gitar abang khai . masih ingat abang khai ? bestfrend saya yang kunun kunun ensem tapi pekak tu . haaa . . . . dea cikgu kepada M E R D U . berdegup juga jantung nak belajar petik gitar dengan cikgu garang . ngeh ! mati saya kalau abang khai baca blog ni . tapi lagi mati kalau akak dan abang saya stalker blog saya dan tahu akan M E R D U . *pengsan*



Saturday, January 22, 2011

  food love me! im not lying.

Semalam adalah hari rasa sedih . hari rasa sakit . hari rasa mau pengsan . hari terbaring di dalam bilik . dan hari menanges lagi . ok . kadang kadang saya memang cengeng . sikit sikit nanges . sikit sikit sedih . padahal takdela benda itu terlalu menyedihkan . ngeh ! sedih ok bila rasa sakit tiada siapa ambil tahu . sedih juga bila menyimpan suatu rasa sehingga akhirnya menanges sendiri . tapi dea sentiasa ingin bersama saya . selalu ingin mendengar mulut becok saya . kadang kadang rasa menyusahkan . dan kadang kadang tak perlulah dea menyusahkan diri berkorban untuk saya . tapi . mungkin ini yang dinamakan tercipta untukku . KAH . KAH . KAH . geli di situ . :p


Ops ! terlupa . semalam juga adalah hari untuk tiada selera makan . macam fitnah je ayat ini . pada mulanya memang kenyataan belaka . serius kamu perlu percaya . tetapi . selepas perut ligat menari shuffle . betul ke saya eja ? hentam la labu . . . . maka . macam terpaksa memaksa diri untuk makan . har . har . har . ditambah apabila melihat ikan talapia penyet yang sangat besar dan menyelerakan . kamu mesti tak pernah makan kan . . . ? sumpah sedap ! licin ! siap mintak tambah sambal lagi kau . fuh ! walaaaaa . . . . terlupa sakit sekejap . terlupa sedih sekejap . hati saya boleh kembali gembira hanya dengan melihat makanan . bertambah gembira kalau makanan itu adalah eskrim . kalau nak pujuk saya sila beli eskrim haagen dazs atau baskin robin atau yang paling romantik walls cornetto show your love . T___T teheee . 


inilah nasi ikan talapia penyet yang ada kuasa menggembirakan hati ! ! ! hiks .



i love food .


i love to eat .


bersyukur dengan rezeki yang diberi . 


walaupun emosi huru hara tapi saya masih mampu makan dengan pelahap . beng !


@-@


senyum .


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)


Friday, January 21, 2011

  im strong like tiger ! ngaaauuummm ! ! !

Hari untuk sakit sakit badan sudah bermula .


Sakit perut .


Sakit tangan .


Sakit kaki .


Sakit tulang belakang .


Haaaaa . . . . segalanya sakit !


Bukan mengeluh .


Tetapi segala kesakitan ini menyukarkan untuk membuat perkara perkara yang perlu diselesaikan .


Dan yang paling teruk bila perut seperti rasa mau meletop beberapa hari ini akibat meratah cili padi bersama mee !


Setiap hari makan mee bersama cili padi .


Dan sekarang fobia bila melihat cili kerana tidak mau lagi tidur berguling guling menahan kesakitan akibat cili !


Sendiri buat sendiri tanggung .


Aaaarrrrgggghhhh ! ! !


Lagi tujuh hari .


Perlu bertahan .


Hug me please . . . . 



Wednesday, January 19, 2011

  this is the meaning of friendship

Bila si garang keluar bersama si gila tapi comey . 

Si garang suka menyakitkan hati .

Tapi si gila masih tenang sambil tersenyum .

Cuma sekali sekala menjerit tanda memberontak . 

Sekali pandangan mata si gila membesar .

Si garang mula mengambil hati .

Tapi hari semalam si gila terkilan . kecewa . berkira kira .

Kerana tiada balingan telur dilakukan .

Tapi tak mengapa .

Balingan kata kata yang membuatkan si garang membuang egonya seketika telah cukup membuat si gila tersenyum berlagak .

Tapi hanya seketika .

kerana si garang memang telah dilahirkan begitu .

Keras . garang . bengis .

Tapi dalam hati ada taman permainan .

Dan hari ini merupakan hari bertambahnya usia si garang .

Hari bertambahnya kematangan .

Hari bertambahnya tanggungjawab seorang manusia .

Dan yang paling saya suka .

Hari bertambahnya angka pada usia itu .

Saya ?

Masih muda dan tetap comey . 

Setua manapun si garang .

Segarang manapun si garang .

Seego manapun si garang .

Sekeras manapun kata kata menyakitkan hati si garang . 

Yang penting .

Si gila tetap ingin menjadi salah seorang sahabat kamu yang terbaek .

Terbaek di sini dan di sana .

Selamanya .

Walaupun kamu bakal hilang dari pandangan mata ini . 

Walaupun kamu akan pergi meninggalkan diri ini .

Tapi hanya satu yang mendekatkan kita .

Nilai persahabatan antara kita .



H A P P Y  B I R T H D A Y

M O H D  K H A I R I L   J O H A R I .

may God bless you 


 in advanced celebrate last night .

keep this as one of your memories .

that bluberry cheese make him gila feeling sampai saya turut meleleh air liur tengok dea makan . cis !

tomyam kung yang komsi komsa . tapi licin juga makan . ngeh !


and the best part .

saya pun macam celebrate advanced birthday sebab dapat present tapi beli sendiri !

i really love it !


kata kata yang menyakitkan hati when i said this : 

" macam pompuan la warna beg ni . pink suam suam kuku . tapi kalo cekelet senang match dengan semua baju . either this or this one ? " 

and like usual his word very menyakitkan hati saya yang naseb baek kebal . kebal ke ? hiks . 

" ko bukan pompuan ke ? *sambil geleng kepala* but . this color very nice and ok . chantek . beg yang laen semua nampak biasa je . "

sebenarnya dea nak cakap saya bertambah chantek bila pakai beg tu . tapi dea ego . KAH . KAH . KAH . 


entah apa jenis la sajak di atas . sajak ? ommaaa ! ada rupa sajak kerrrr ? memang gila bila buat sajak untuk orang yang garang . har . har . har . 


senyum . 


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)


Tuesday, January 18, 2011

  saya percaya dengan semua ini.hahahaha....

terima kaseh .


teruja .


berdebar debar .


gembira .


tak sabar .


lagi 10 hari .


dup dap . dup dap . dup dap .


senyum .


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)




notakaki : haaaa . . . . apa dalam kepala kamu tu ? ish ! tak baek pikir bukan bukan tau . nanti kalau saya sudah bersedia . saya cerita bagi kamu paham ok . sabar kan separuh dari iman . senyum . . . . ceh ! macamla kamu nak sangat tahu apa yang saya nak cerita kan . ngeh !



Sunday, January 16, 2011

  mati saya!

saya rasa saya suka dea .

saya rasa saya mula sayang dea .

saya rasa saya rindu dea .




ok . 


bye !


*lariiiiiiiiiiiii*



Saturday, January 15, 2011

  contest : YOU , ME AND SHOES !

Today is saturday . sejuk dan awan masih kelabu . cuma ada sikit saja matahari . sikit . duduk bilik . mengadap lappy . godeh sampai pening . entah apa yang dibuat sampai pening pun taktaula . nak kata pening mengadap slide computer security lecture yang ada beratus ratus slide nak kena baca memang tipula sangat . pening mengadap youtube ! ngeh ! dan tiba tiba teringat one of my friends suggest saya join contest kasut . masa dea promote suruh join contest tersebut . saya gelak dan rasa hah ? kasut ? saya langsung takde cerita menarik tentang kasut . kenangan paling poyo tentang kasut pun mesti pasal saiz . maklumla . kaki saya kan besar macam tapak kaki katak . kalau nak beli kasut mesti mintak saiz 8 or 9  . shape kasut perempuan kan kecik dan ada cutting . ceh ! macam baju pulek ada cutting . padahal memang kaki besar macam tapak kaki katak ! kembang ! huk . huk . huk . tengok my friends semua beli kasut alahai . . . . saiz 5 , 6 . kiutnya la hai kaki kau . saya jeles ok . tapi bila saya yang beli . nah ! saya nak saiz 8 . tapi kalau ada saiz 9 bawak sekali ye .  malu nyah nak cakap dengan salesgirl tu . bertambah malu kalau salesman yang jaga ! very the shy shy shy tau sampai kalau jumpa kasut comey tapi bila tengok lelaki yang jaga . ok . saya taknak beli ! tapi lepas tu balik rumah hentak hentak kaki teringat kasut itu . :p


Boleh tak saya dah membebel bebel pasal kasut tapi tak promote siapa yang buat contest ini ? ini namanya contestant yang syok sendiri ! maaf ye Cik S . . .  saya yang bersifat rakus memang begini . T___T contest ini telah dianjurkan oleh seorang blogger yang bernama Cik S and she was collaborate with her friend untuk anjurkan contest ini . her friend itu ada blogshop jual kasut yang chantek chantek lagi boleh buat kamu nampak gojes tahu . sumpah saya tak tipu . dan saya telah dipaksa .*tipu* dicadangkan oleh kawan saya iaitu Enchek Fendi untuk join contest ini . terima kaseh banyak banyak kerana buat saya berpikir selama seminggu untuk mengingati kenangan tentang kasut . memang fitnah ! padahal baru saja terpikir tentang kasut . ehem . ehem . dengan segala hormatnya . cerita tentang kasut saya akan bermula . yang membebel banyak banyak pasal kasut dan saiz di atas itu tadi hanya mukadimah sahaja . kekekeke . . . . cerita kasut saya bermula di sini . . . .*sambil peluk bantal dan muzik romantika d amor berkumandang*


Saya ada sepasang kasut merah . ya . merah ! bahasa omputihnya red ! merah dea . . . . mak aii . macam cili kau !*gaya kepo* kalau saya pakai kasut itu pasti orang akan tengok kaki saya dahulu baru tengok muka . lepas itu bisik bisik . lepas itu saya jeling jeling manja dekat mereka . lepas itu saya rasa nak cakap apa pandang pandang ? :p sesungguhnya mata saya memang akan TERjatuh chenta pada kasut yang berwarna funky , terang dan macam ekzotik gitu . raaaww ! kasut merah itu agak shining *blink blink* , simple dan  tak terlalu tinggi . dan saya suka sebab dea tak tinggi . saya sudah cukup tinggi tanpa memakai high heels . tak percaya ? tinggi saya ada ala ala model weight gain yang TERoverheight . gila hiperbola dan melebih lebih sungguh contoh yang diberi . saya hanya akan memakai kasut itu bila saya memakai baju kurung . nak tahu kenapa ? sebab kain baju kurung yang labuh untuk sapu lantai boleh menutup kasut saya yang merah itu ! har . har . har . kalau pakai baju kaler furfle pun saya akan pakai kasut merah itu . kalau pakai baju merah lagila saya gedik pakai kasut merah itu . beg pun nak merah jugak ! kunun kunun match dan kelihatan vogue ! tapi . haaa . . . . bila orang bisik bisik . saya mula sentap tak puasati dengan mereka . ngeh !


satu satunya gambar kasut merah itu yang saya ada . angle pic memang tak menyelerakan . layan . . . .


Saya beli kasut merah itu bersama dengan si dea . si dea itu sudah tidak wujud dalam hidup saya lagi . si dea hanya sebahagian kisah silam saya . tapi masa beli kasut itu . saya punyala berposing posing depan cermin sampai boleh buat cermin itu retak seribu sebab lama sangat saya nak buat decision nak beli ke taknak ? nak beli ke taknak ? nak beli ke taknak ? sarung . bukak . sarung . bukak . sarung . bukak . tapi kasut yang sama ! tak ke jelik dan busan menemani orang macam saya beli kasut ? kebetulan ada kasut yang sama tapi berwarna putih . dalam kepala saya warna putih itu sudah biasa . cepat kotor . lagipun putih nampak suci sangat . pastu kaki nampak hitam . wah ! banyak sangat tipu helah padahal hati dah jatuh chenta pada kasut warna merah itu . tapi yang menjadi susah sangat nak buat decision beli kasut itu ialah . berani ke saya nak pakai kasut warna merah ? senang match dengan baju ke ? tak ke nampak over kalau pakai kasut warna merah ? tapi akhirnya . ok . saya nak jugak kasut merah itu ! tidur peluk kasut kau malam tu . 


Tapi saya hanya pakai beberapa kali sahaja kasut itu . sebelum beli bukan maen berani dan berlagak . ok . saya akan pakai dan tak kisah kalau orang tengok saya . tapi akhirnya pasrah dan simpan kasut itu di rumah . simpan dalam kotak . salotape kuat kuat . agagaga . . . . bila MakPah tanya kenapa tidak mau pakai kasut itu ? saya diam . dan hanya lontarkan satu jawapan . " segan sebab merah sangat " . hakikatnya bukan sebab segan dengan warnanya  . tapi values of that shoes yang buat saya simpan dan taknak pakai lagi . kadang kadang benda benda yang kita miliki akan buat kita teringat pada kenangan lalu . kan ? dengan siapa kita beli . dekat mana . dan kenangan semasa kita beli . bila saya tengok kasut itu . airmata akan mengalir dan membawa saya teringat kembali kepada kenangan itu . dah mula dah mood touching touching . sob . sob . sob . shuh ! maka . saya simpan kasut itu jaoh jaoh supaya saya tidak menjadi cengeng dan gembeng hanya kerana sepasang kasut . hebat tak kasut itu sampai boleh buat saya menanges ? har . har . har .  kasut oh kasut . hebat jugak saya membebel tentang sepasang kasut . ada macam karangan zaman skola skola la . AKU SEPASANG KASUT MERAH ! T___T teheee . sekian . cerita tamat . nah ! tisu . kamu boleh kesat airmata sekarang . sumpah panjang entry saya ! baru perasan . hiks . 


Sekarang saya nak tag dan paksa kawan kawan chantek lagi jelita saya di bawah ini join contest ini juga . kalau tak join siap ! :p

dan akhir sekali saya nak tag budak lelaki yang suruh saya join contest ini . baru adil dan saksama kan . 



Kamu nak tahu apa hadiah contest ini ? jom skodeng blog Cik S . menarik okeh prize dea . nak jadi pak pandir kejap . kalau saya menang . saya nak hadiahkan kasut itu buat beshfwend saya di hari perkahwinannya . macam suci je kan angan angan saya ini . T___T dduuussshhhh ! tersedar dari lamunan . 


senyum .


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)



  @-@

Apa kamu buat bila ada orang minta kamu beri jawapan kepada soalan yang kamu sendiri memang takde jawapannya ? 


saya tidak perlukan masa .


kerana saya memang takde jawapan kepada soalan itu .


atau hakikatnya jawapan saya masih negatif .


senyum kelat tidak seperti selalu .




Thursday, January 13, 2011

  terkejut tak?

Assalamualaikum and Bonsoir ( good evening )


comment allez-vous ? ( how are you ) quoi de neuf ? ( what's new ) jeles tak bila saya dah pandai cakap felancis cis cis cis ? har . har . har . suatu hari nanti . saya akan menjadi seorang penutur bahasa perancis yang lancar lagi mengagumkan . cita cita yang P O Y O sangat ! cakap sarawak pun tak pass pass lagi . aish . . . . 


eh . eh . ini bukan cerita utama entry ini dibuat . tapi cerita utamanya adalah . ehem . ehem . saya ada kejutan . kejutan untuk kamu yang baca blog saya . serta kejutan untuk kamu yang merindui saya . agagaga . . . . tapi kejutan ini adalah lebih dikhaskan buat sahabat saya . ya . sahabat saya . kamu . eh . bukan . bukan kamu . tapi kamu . ya . kamu . kamu yang kiut itu . apesal la saya cakap macam ni . hakikatnya saya langsung tiada kacukan yang lidah berbelit itu . hiks . ok . ok . kita perlu fokus pada entry ini . 


dimulakan dengan Bismillah . 


dup dap . dup dap . dup dap .


dengan ini diumumkan . 


azriyani bunaim


akan


pulang 


bercuti 


pada 


hari 


raya


cina 


ini ! ! ! !


hazi farhana oh hazi farhana .


awak gembira tak bila saya buat pengumuman macam ini ?


suka tak ?


percaya tak ?




saya akan menceriakan . membisingkan . serta membuatkan awak malu malu kucing di hari pertunangan awak nanti . ngeh ! 


tapi yang penting . saya akan pakai chantek chantek sama macam awak . boleh tak ?


sebab saya rasa saya pun nak tunang la .


ada sape sape berani nak masuk minang saya tak ? KAH . KAH . KAH


pengsan dapat isteri macam ni . terlalu rakus dan buas . tak reti diam ! :p


MasyaAllah . . . . 


tapi kan . 


tapi kan .


saya rasa takot nak naek kapal tebang .


takot selepas terjadinya kejadian kapal tebang merah itu crash di sarawak ini .


sekarang musim hujan .


cuaca pun kabur .


kelam .


kelabu .


hanya Allah yang menentukan segala galanya .


mudah mudahan apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar .


amin .



:)

  sila tabah bila baca entry ini.


sila baca entry ini dengan nada suara manja macam nora danish . :p


ehem . ehem . awak . awak . . . . kita kan . kita kan . kita kan ada kasut baruuuuu . kasut munga munga . comey . . . .*gaya jakun* kunun kunun nak pakai untuk pergi kelas . tapi kan asek hujan je . kita tak pakai pun . sayang . ngeh ! kita beli kasut tu masa kita ada photoshoot aritu . tapi kan . tapi kan . tapi kan . masa kita beli kasut munga munga tu . kita ada nampak button dora . comey sangat ! nak cari button powerpuffgurl memang dalam mimpi jela jumpa . nak cari patung powerpuffgurl pun berjanggut kita mencari . tapi akhirnya kawan kita ni jugak yang belikan . T___T teheee . pastu kita nak beli button dora tu . tapi kan . . . . kawan kita tak bagi . dea kata mahal ! membazir la u ni . kat pasar malam jual murah je button ni . kasut u je da mahal . beli button ni pun nak mahal . beli kat pasar malam jela . . . . pastu kan kita pun pikir membazir . kita tak beli pun button tu . pastu keluar kedai asek teringat ingat button dora tu . bila tengok kasut je teringat button tu . nak jugak . nak jugak . nak jugak ! ! !




tapi kan . semalam kan . kawan kita kan . kawan kita kan . dea dah belikan kita button dora yang kita nak ! ! ! sangat suka . terharu sangat . dea belikan kita tiga pasang button . ada button beg dora lagi . pastu ada button riben pink chantek . tengok kat bawah ni . comey kan .*sambil buat muka kelip kelip mata* tapi cara dea cakap dea dah belikan button dora tu lagi sangat comey . dea cakap camni :

" i nak bagitau u satu benda ni . u dengar dengan tabah k . dengar dengan tabah tau . i nak u dengar apa yang i nak cakap ni dengan tabah . janji dengan i . u dengar dengan tabah k . i kan . i kan . i kan . . . . dah belikan u button dora ! ! ! " . bukan satu . bukan dua . tapi tiga pasang lagi .


huh . serius jantung kita dup dap dup dap bila dea cakap dea ada benda nak cakap dan suruh kita dengar dengan tabah .  kita ingat dea nak cakap benda buruk . yela . dahla siang kita sedih . sedih dengan aktiviti memejamkan mata . membayangkan segalanya . tapi tiba tiba dea call cakap nak cakap benda yang buat kita  rasa sedih . sekali dea cakap dah beli button dora da . . . . kita menjerit sampai sakit tekak tau . dahla kita ni rakus dan buas tahap tak sabar bila orang cuba cakap benda yang buat kita tertanya tanya . aish . . . . padahal button dora je kot . tapi entah . kita kan memang macam terencat sikit . macam kanak kanak riang . suka menjerit . :p




ok . tamat sudah entry gedik tambah manja geli geli mintak pelempang . i u . i u lagi . eeeey . berpuluh puluh kali saya berpikir nak buat post macam ini . ini bukan saya ! tapi kadang kadang saya . comey kan . KAH . KAH . KAH . taktaula tang mana yang comey . errrkkk ! ! ! tapi ini adalah salah satu cara untuk saya menghargai orang yang cuba buat saya gembira . terima kaseh . saya suka menulis . maka . saya jarang bercakap tentang apa yang saya rasa . tulisan saya kadang kadang akan menggambarkan perasaan saya . ngeh ! yang penting . sila tabah bila kamu baca entry saya yang ini . kerana saya juga perlu tabah untuk menerima kutukan keras dan kejam dari kamu yang membaca . *sambil tutup muka dengan bantal* sumpah orang takkan golek guling guling lagi dalam blog ini selepas baca entry ini . oh ! tidaaakkkk ! ! !*pengsan*


senyum . 


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)


Wednesday, January 12, 2011

  wakenabeb !

Ehem . ehem . cuaca mendung . kadang kadang hujan rintik . sejuk . dingin . rabu . tiba tiba sakit kepala menyerang pada hari rabu . berpikir pikir mau membeli coke . tahan . tahan . tahan . sikit lagi akan hilang . oleh kerana sekarang adalah masa larangan untuk tidur . maka . saya perlu mengisi masa lapang ini dengan membebel meluahkan perasaan tidak puasati untuk kejadian yang berlaku pada hari semalam . sila baca dengan teliti kerana entry ini akan lebih panjang dari yang biasa . jeng . jeng . jeng . . . . 


Saya rasa hari semalam adalah hari paling eerrrkkk ! ! ! terima kaseh ye kawan kawan . saya akan ingat sampai tua ! saya dikenakan dan terkena lagi . aaarrrggghhh ! ! ! demmmm ! cerita di sebuah kelas English for Self Expression . memang betul betul macam masuk kelas teater . OMG ! even im talkative . but . when i entered that class . terus rasa shaking parkinson and nervous macam nak naek pelamin . har . har . har . sumpah saya nak drop subjek itu ! saya bukan pelakon yang baek . agagaga . . . . 


Dan perkara paling saya benci bila masuk kelas hari pertama adalah kena perkenalkan diri . aarrggghhh ! ! ! malu . malu . malu .*sambil tutup muka* . dengan skima berdiri tegak di hadapan semua orang sambil mata terkebil kebil memandang siling bilik kuliah :

My name is azriyani bunaim . im repeat again . azriyani bunaim . you can call me yani . im 23 years old . im from johor . im taking network computing program . im the youngest in my family . i love cooking . not really . ok . thats all about me .

dan tiba tiba lecturer itu bertanya :

Are you single ?

*sambil muka berkerut dan malu* 

Yeah ! im single . 

dan lecturer itu bertanya lagi :

Still available ?

oh ! saya tak paham kenapa soalan soalan ini perlu ditanya .

Eerrrmmmm . . . . still available .*sambil tersenyum malu* arrrggghhh ! ! ! gedik !

Kemudian saya telah dikenakan untuk berlakon bersama beshfwend saya yang pekak tapi kunun kunun ensem kot . ngeh ! saya takkan lupakan hari semalam . hari paling dahsyat untuk orang berjaya kenakan saya . cis ! " who is azriyani ? yani . please come infront " . saya badi dengan ayat ayat ini . dan sumpah muka saya seperti terkena sepakan penalti apabila terlalu malu sampai rasa kebas seluruh muka . baru saya sedar . saya memang ternyata pemalu . bukan fitnah . kah . kah . kah . 


Untuk kawan kawan yang kenakan saya pada hari semalam . saya tau kamu baca blog saya . saya memang sayang kamu semua . sayang sangatssss ! seronok melihat kamu semua ketawa berdekah dekah untuk saya . terharu melihat kamu semua gembira untuk saya . terharu sampai rasa nak gigit sorang sorang . :p 





Hati menjadi sejuk bila melihat muka sendiri tersenyum walaupun dikenakan . kamu ada macam saya suka tengok muka sendiri ? ? ? dan akibat kisah saya dikenakan semalam tersebar pada semua orang . saya menjadi gila meroyan sambil hentak hentak kaki . ayooo . . . . taktau . sape buat ? la . la . la . la ~ ~ ~ ~