Friday, November 30, 2012

  wheel friday

Esok dah disember . maknanya disember akan menjadi bulan paling sibuk tambah stress tambah kelam kabut tambah sakit kepala . tadi aku dapat paper midterm distributed system dan aku failed . dekat paper siap lecturer ada tulis dengan dakwat merah "please see me!" . aku memang tak expected akan failed paper distributed sebab aku bajet ngam ngam lulus . tapi dah failed nak buek camano . dalam kelas aku tunduk je sebab aku asek pikir sikit je lagi akan lulus . tapi kenapa aku failed ? tiba tiba lecturer aka supervisor fyp aku terus cakap don't be sad about your midterm . still have time . ok . aku sentap dan terus feeling nanges . kenyataan sejak akhir akhir ni aku memang gembeng . yea . hidup tak semudah yang disangka . aku rasa lecturer tu nampak aku sedih dan cepat cepat terus lap airmata pakai hujung tudung . dah besar bila nanges memang rasa macam lembik betul . :p come on man !


Lepas kelas terus pergi jumpa lecturer tu . dalam kepala sibuk susun ayat nak cakap apa kalau dea tanya kenapa aku failed . masuk je bilik terus lecturer tu tanya what happened yani ? sambil senyum aku jawab , i didn't expected i failed . maybe my answers banyak mengarut and my spot questions are wrong . and he tried to help me dari rasa bimbang dan down dengan result midterm . huuuu ~ Thank Allah sebab aku dikelilingi orang orang yang baek dan sentiasa membantu . lepas tu terus discuss pasal fyp . ada lagi 3 minggu untuk present . oh ! semuanya terasa cepat . tiba tiba supervisor tanya aku pasal batuk . he suggested me to drink honey with lime . InshaAllah akn menjadi penawar . dengan ringan mulut aku terus cakap dekat sini saya taktau mana nak beli madu dan madu mahal untuk dibeli .*sambil sengih* he looked at me and said i will buy for you . datang jumpa saya isnin nanti . aku terus mintak diri nak keluar sebab rasa @$!%^!&!!* . malu ya ampunnnn . ok . bai ! 




Tuesday, November 27, 2012

  pendam

Let's write something dalam blog memandangkan aku tak rasa nak buat esimen , project dan sebagainya sebab malam ni mood nak feeling relax , lepas tu tenung siling dalam dalam , lepas tu membayangkan sesuatu perkara yang boleh buat aku senyum sampai pagi walaupun aku rasa macam takde . oh ! aku rasa aku semakin malas ditambah dengan condition yang kadang kadang sihat dan kadang kadang tak sihat dan entah bila nak sihat . bukan mengeluh . ya . sakit memang penghapus dosa . ok . cuba menjadi gagah perkasa . *sambil tunjuk muscle*


Dan sejak akhir akhir ni aku asek pikir pasal masa depan . contohnya apalah yang aku jadi 5 tahun akan datang . dan semestinya perkahwinan itu menjadi salah satu intipati kepada 5 tahun itu . hanya satu yang aku harap . yang datang itu biarlah yang mampu membuat Uncle Bun dan MakPah gembira . ya . ini yang lebih penting . kadang kadang kita kena ketepikan rasa atau perasaan yang mungkin bukan menjadi hak kita . dan selebihnya Allah lebih tahu dan doa itu menjadi senjata untuk kita mampu membuat keputusan secara rasional dan memberi kebaekan pada semua orang walaupun apa yang kita harapkan tidak seperti yang disangka . like others said , life is beautiful walau ada angin yang menggoncang hingga rebah . stands up and looking forward . ceeewah ! *sambil tengok sunset*


Dan sangat bersyukur bila dikurniakan orang orang yang baek di sekeliling dalam suka dan duka . Thank Allah for everything that I have dan berdoa semoga keluarga tercinta , sahabat handai yang disayangi dan orang orang yang berbuat baek kepada aku sentiasa dilindungi Allah dan kebahagiaan mengiringi mereka . ok . memang nampak pelik bila aku tulis benda yang aku tak pernah tulis . but this is what I really wanted to write disamping doa yang dilafazkan pada setiap 5 waktu . ya . dunia ini hanya persinggahan . mungkin esok , lusa atau bila bila kita akan meninggalkan dunia ini . Allah Ar-Rahman Ar-Rahim .  



:)




*terasa nak tengok sunset . ya . suatu masa dulu aku suka tunggu sunset* 

Sunday, November 25, 2012

  *_*

Tak semua orang mampu berkorban . ya . bukan mudah untuk orang berkorban akan sesuatu perkara yang sudah tentunya paling mereka sayang . tapi percayalah setiap pengorbanan itu akan digantikan dengan sesuatu yang kita tidak pernah sangka keindahannya . bagai melihat pelangi selepas hujan . teruskan bersenyum . simpan segala lara . InshaAllah lara itu akan lenyap perlahan lahan . pada Allah kita kembali . 




Senyum itu pengubat lara . kan ?


Eceh !


:)



Tuesday, November 20, 2012

  struggle

Esok dah nak kena hantar esimen wireless . tapi mood aku nak siapkan esimen wireless memang macam siput . kepala berat asek rasa nak melepek . aku rasa macam tengah hidup dekat alam laen . terawang awang . buat semua benda rasa tak kena . esok mesti pergi klinik . oh ! everyday is struggle . setiap hari ada benda yang perlu struggle . ya . aku rasa sangat lemah . lemah sekali .*sambil kesat airmata*



Monday, November 19, 2012

  monday blues

Hari ni dah start kuliah macam biasa . minggu lepas seminggu takde kuliah walaupun cuti sebenarnya hanya selasa dan kamis . tapi seminggu takde kuliah dan aku bersenang lenang dekat rumah Uncle Bun dan MakPah . seminggu dekat rumah Uncle Bun dan MakPah rasa macam sehari . sekejap je dah nak kena naek flight balik .


Dan benda paling aku tak suka ialah naek flight . bukan sebab berlagak . tapi memang tak suka . tak suka sebab telinga akan sakit . lepas tu sempit . lepas tu duduk kena tegak je selama 1 jam lebih . lepas tu tak pernah kena dapat tempat duduk sebelah lelaki cool . selalu dapat duduk sebelah uncle , nyonya atau ahmoi yang suka bising bising . gggrrrrr ! ! ! baru baru ni balik dengan keadaan demam . lagila rasa semua benda tak kena . dari naek flight sampai turun flight . asek picit telinga sebab sakit . lepas tu batuk terkokoh kokoh mengganggu keselesaan semua orang . naseb baek ada bawak air masak guna botol air baru . word nak highlight adalah botol air baru . nak minum air zam zam macam sayang . har . har . har . tak paham kenapa nak sayang . bajet macam nak simpan sampai bertahun . bila sampai rumah baru rasa legaaaaaaaa ~ rumah memang tempat yang paling selesa . ya . aku sangat suka duduk rumah . motif  cakap macam ni ? *sambil tersenyum ayu*


Seminggu dekat rumah aku sempat renew ic . tapi kena bayar 40 hengget . ya . denda 30 hengget . 10 hengget memang kena bayar untuk renew ic . kena denda sebab lambat renew ic . malas nak cakap banyak terus je bayar . lepas tu sempat pergi rumah bff . lepas tu sempat soping tudung sikit . lepas tu sempat makan durian . lepas tu tak sempat buat apa apa sebab terus demam makan durian banyak . har . har . har . orang makan durian paling tidak sakit kepala je . aku makan durian over esoknya terus demam . nampak sangat lembik . patotnya aku yang jaga MakPah tak sihat . tapi terbalik . MakPah yang sibuk sibuk aku demam . orang laen demam boleh berlari lari anak lagi . aku demam pengsan melepek terus . mandi pun tidak . arrrrgghhh ! ! ! lembik sangat . kalau dah kawen taktau gaya mana kalau demam dengan anak kecik lagi . *sambil merenung ke laut mengenang naseb diri* kih . kih . kih . 


Durian ni sebijik RM 15 . sekian . rasa ? tak power sangat ponnnn . 

Alahai . . . perasan ibu ibu ler tu . tapi budak ni memang debab . kalau takde mama dea aku dah gigit . :p

Kau tengok budak ni tarik tudung aku kemaen . auntie memang suka orang tarik tudung auntie . eeeyyyuuu ~ auntie . kekekeke ~

Ni tangan india manentah . orang sibuk deepavali . aku pun sibuk nak deepavali . 1 Malaysia kannnnnnn . 




Let's pray for GAZA . semoga Allah melindungi mereka dan semua umat di dunia . 


Amin Ya Rabbal Alamin . 




Sunday, November 11, 2012

  Happy Sunday



Alhamdulillah . selamat sampai di rumah Uncle Bun dan MakPah walaupun aku rasa perjalanan sangat jaoh dan penat . ditambah dengan mendengar kata kata yang aku rasa bukan masa yang sesuai patot dibincangkan . ya . kadang kadang bukan satu perkara yang datang tapi dua atau tiga atau lebih yang buat kita rasa oh ! ini semua dugaan . perlu nampak cool walau dalam hati rasa sakit yang amat . tapi bila bukak pintu pagar aku kena buang semua yang ada dalam kepala jaoh jaoh supaya aku nampak oh ! manis sangat balik dengan senyuman lebar . :p Uncle Bun terkejut bila nampak aku depan pintu . suwit kan balik surprise surprise ni .*sambil juling mata* Uncle Bun dan MakPah memang kurang sihat . ya . batuk batuk yang teruk dan keadaan mereka nampak lemah . ni dah macam review dari seorang doktor kan . tapi yang pasti mereka memang menunggu aku balik . cuma takde sapa pun cakap dengan aku .*mood tacing*


Dan hari ni kerja aku dari pagi sampai petang kemas rumah , masak , layan orang datang dan keluarkan segala barang yang Uncle Bun dan MakPah beli dari Makkah dan Madinah . oh ! banyak sangat . literature review aku pun tak nampak batang hidung lagi sebab aku sibuk belek barang . ngeh ~ cuma sekarang aku belum berjaya korek rahsia dari MakPah indahnya Makkah sebab MakPah asek tidur sebab tak sihat . kalau bangun pun sebab ada orang datang ziarah . InsyaAllah semoga Uncle Bun dan MakPah akan sihat . amin . 



Tuesday, November 06, 2012

  Chapter 2

War Memorial Kundasang 
Ini tempat bekas perang perang . kubu . aku taktau nak explain apa . har . har . har . 


Ok . ini mummy dea . 


Aku pinjam mummy dea . auntie ni sporting ok . :D


Arghhh ! ! ! aku memang taktau nak explain apa pasal tempat ni . tengok kaki aku yang pengkor jela . :p


Kat tepi tepi dinding kat sini ada name list tentera Australia yang mati . adakah ini je info yang aku boleh bagitau ? *pengsan*


Ni eksen je lebih kunun kunun menghayati sejarah . sumpah aku blur tak reti nak explain pasal tempat ni . dulu masa SPM sejarah dapat B . tu pun naseb B bukan C . har . har . har . 


Perkasa Hotel , Kundasang

Tempat ni atas bukit . walaupun ada matahari tapi keadaan masih rasa sejuk . oh ! nyaman . 


Rumah ni macam rumah 7 drawfs . macam mainan . oh ! kiut . 


Mount Kinabalu View . tajuk je dah boleh tahu ni tempat apa . tempat untuk tengok view Gunung Kinabalu . tapi aku tak nampak pun Gunung Kinabalu dari sini . aku nampak Gunung Kinabalu terus dari dalam bilik . YaRabbi . sangat chantek . tunggu next chapter . hua . hua . hua .   


She's with her mummy again . 


Ok . tak reti explain lagi . taktau nak explain orang ke jambatan . phewwww . 


Stobeghi Farm . tapi masa ni takde stobeghi ponnn . yang ada hanya daun stobeghi yang baru nak membesar sebab masa ni stobeghi ditanam baru . ya . ditanam baru . yang lama dah habes kena makan dengan tourist . 


Bajet ayu la kalau posing cium bunga ros . aku takde perasaan tengok bunga . mungkin sebab aku biasa biasa je terhadap bunga . aku lebih suka gunung . har . har . har . ni saja je ni . nak masuk blog kan . kah . kah . kah . 




To be continue . . .


Over kan banyak banyak chapter . 


Bajet macam bercuti kat Gold Coast . 


Gudnite !


:)



Monday, November 05, 2012

  Chapter 1

Ni bukan cerita cindarella bersama kasutnya yang hilang sebelah .


Tapi ni cerita percutian seorang perempuan yang cuba menjadi cindarella .
*sambil kembangkan kain*


:P


Ok . gambar memang takde kena mengena . tapi just to shared with all beautiful girls out there yang dress poplook ini sangat best sebab secara automatiknya keayuan itu terserlah walau segarang dan seganas manapun kamu . jalan pun ala ala alahai nyah . . . segupe cindarella . tapi gaya duduk aku dalam gambar ni memang macam @!#$%& . mula mula rasa geli jugak pakai dress ni . rasa macam kau gila nak pakai dress ? tapi bila dah pakai ok . tak segila dan segeli mana . :D


Ok . cerita bermula .


S A B A H .


Dah kali ketiga aku pergi sabah .


Tapi ni percutian yang tak dirancang sangat kehebatannya .


Hebat lerr sangat . 


Untung lerr bercuti .


Apalagi ayat orang zaman sekarang ni ?
*sambil betulkan spec*



Upside Down House . masuk RM10 included free cold chocolate . tapi ni student price . harga biasa aku tak berapa hingat . rumah ni ada dekat Tamparuli . ceeewah ! dah hafal dah nama daerah dekat Sabah . 


Semua barang dalam rumah ni terbalik . tengok semua benda kena mendongak . kalau ada kuasa pun aku rasa nak terbalik kepala kat bawah kaki kat atas sebab leher sakit asek mendongak . dalam rumah tak boleh bergambar . tapi dalam kepala aku masih ingat segala kedudukan barang dalam rumah tu . tengokla sebulan lagi aku lupa la . 


Dea tourist guide aku . ngeh ~


Aku adalah tourist . eerrkkk ! ! !


Ni tak perlu caption sangat . 




To be continue . . .


Chapter 2 . 


Dah macam fyp chapter chapter bagai .


Gudnite . 


Jangan lupa memaafkan segalanya sebelum tidur .


:)




Saturday, November 03, 2012

  =]




To be continue . . .