Friday, July 30, 2010

  DOA TAUBAT




Selesai solat Maghrib. mata mengantok saat menunggu azan Isyak berkumandang. folder nasyid dibuka. mata berminat untuk mendengar lagu ini. 

Sayu....hati ini sungguh sayu apabila lagu ini didengar. sebak. sebak hingga ingin menitiskan air mata. rasa seperti sungguh banyak dosa yang telah dilakukan. MasyaAllah.....

YaAllah Tuhan Yang Maha Esa....sesungguhnya Dia tidak pernah melupakan kita. tetapi kita seringkali lalai dan melupakanNya. segala rasa hidup ini datangnya dari Dia. segala kebaekan yang kita perolehi datangnya dari Dia. segala kegembiraan yang kita perolehi datangnya dari Dia. segala kesenangan yang kita perolehi datangnya dari Dia. Alhamdulillah....syukurku kepadaMu YaAllah....Tuhan sekalian alam..... 

  emosi NEGATIF!


Sibuk. letih. kurang tidur. sakit pinggang kembali menyerang. ouch! mood tersentap kerana menerima soalan yang tidak sepatotnya. kau baca. kau mempertikaikan. aku semakin tidak paham akan semua ini. mungkin aku tiada hak untuk menentukan jalan hidup aku sendiri. barangkali kau lebih berhak untuk menyatakan perkara apa yang boleh aku lakukan dan perkara apa yang tidak boleh aku lakukan. terima kaseh kerana kau TERLALU mengambil berat tentang aku. TERLALU sehingga aku sendiri tidak mengerti apakah semua ini. apa yang aku mengerti adalah aku sedang R I M A S. yaaa....ini perkataan yang paling tepat.
R I M A S!





nota kaki : selagi aku mampu berdiam diri....aku akan terus berdiam. kerana berdiam itu lebih baek dari berkata-kata. biarlah semua ini terjadi. 



Wednesday, July 28, 2010

  KINI....rasa macam nak nyanyi lagu feminin.


G I G I H! ini yang dinamakan G I G I H! bersengkang mata menukar layout dan background blog! padahal esok kelas adalah pada pukul 9 pagi! huh! ini adalah saya. diri saya yang kini. terima kaseh kepada kamu yang sudi membaca walaupun semalam saya mendapat beberapa keluhan kerana tiba-tiba mengprivate blog buat seketika. maaf ya para peminat saya.^-^ T A H I K kambing!(rasa comey bila sebut tahik. yaaa...ini memang sesuatu yang aneh). kini, saya sudah mampu tersenyum walaupun masih sukar untuk melalui semua ini. yang penting segala-galanya sudah saya uraikan. termasuklah pertanyaan tersebut. terima kaseh.:) saya, AZRIYANI BUNAIM genetik daripada Uncle Bun dan MakPah akan kembali tersenyum seperti dahulu walau apapun yang terjadi. buat aku tersenyum.:) 

jeeha reratu & yani jelita.:p

saya tak paham naper dea nak jugak peluk saya. aish....

farha chantek & eyda besh! mereka memang suka syok sendiri.

ini adalah si penaip blog yang sangat suka makan! khusyuk yang amat bila berhadapan dengan makanan. tetapi keshopanan masih terserlah di situ.:p





nota kaki : buat pertama kali saya malas mau mengedit gambar! akhirnya kemerengekkan nak makan pizza terlaksana walaupun selera makan kurang kerana beberapa faktor. ceit! tiba-tiba saya rasa rindu pada si kucing memancing. mungkin kucing memancing sudah tidak membaca blog ini. barangkali sibuk memancing ikan agaknya. hihihi....wah! kau hingat senang aku nak mengaku aku rindu orang??? OMG!!!!! oh! saya tak paham kenapa saya buat entry sebegini!

Tuesday, July 27, 2010

  mengERTI




Kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa kehidupan yang kita lalui begitu ketetapannya. kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa kita yang perlu melalui kehidupan yang sebegitu sedangkan kita cuba sedaya upaya untuk mencipta sebuah kehidupan yang bahagia. kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa ada saja manusia yang tidak boleh melihat kesenangan kita hingga sanggup melakukan perkara yang tidak sepatotnya. kadang-kadang kita tidak mengerti kenapa kita perlu menerima semua yang berlaku dalam kehidupan kita. tetapi yang pasti Allah lebih mengetahui dan mengerti apa yang terbaek untuk kita walaupun kita sering saja cuba untuk tidak mengerti apa yang berlaku dan sering menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku. pengalaman membuatkan kita menjadi matang. matang membuatkan kita berfikir segala kebaekan walaupun sebenarnya kepahitan yang sedang kita lalui. segala kekaburan sudah aku ungkaikan. tetapi cuma ada satu pertanyaan yang aku masih belum ada jawapannya. jika ada kesempatan.....akan aku ungkaikan pertanyaan itu. nanti aku bagitau kau ok.:p






nota kaki : arini tak terlepas subuh. tapi aku nak sambung tidur. kelas pukul 2 PETANG. yahoooo.....

Monday, July 26, 2010

  suka CERITA


Pagi-pagi sudah post entry. ini adalah kerana rasa bengang yang amat sama ini babunband! pakai babunband tapi lombab sama macam pakai wifi kolej yang pree! yaaa...babun memang lombab. tapi kalau panggil bijakband adakah dea akan laju seperti tuannya yang bijak? wah! kau memang bongok! kalaula sampai tahap nak buka email dan website unimas pun lombab....ape kesss ni jang oiiii??? adakah aku perlu terminate babunband ini buat sementara waktu supaya tidak membazir segala pelaburan aku sedangkan untung yang didapati adalah sama seperti guna wifi kolej yang pree??? yaaa....kita tunggu dan lihat. agak-agak lama aku tak update blog tu maknanya babunband aku suda aku hantar pulang ke taman negara bako! ahaks!

Semalam ada benda yang aku terlupa buat. yaaa....sudah berjanji dengan MakPah mau menelefon beliau. tetapi oleh kerana aku terlalu teruja melayan kerenah junior-junior rumah ini yang buat aku nak ketawa terguling-guling sebab kepelikan kerenah mereka....maka aku terlupa! anak lupa daratan ini! adeh! hari ini akan aku laksanakan. adakah perlu aku buat reminder dalam hp??? mungkin.:p mesti MakPah menunggu seharian semalam. nanti bila bercakap di telefon mesti ayat-ayat beliau juga buat aku rasa aku memang anak durhaka! YaAllah....sungguh berdosa diri ini. aku jarang menelefon beliau. sumpah aku memang anak yang kelihatannnya seperti tak sayang pada beliau. bukan tidak mau menelefon.....tetapi suara beliau buat aku sayu. alasan macam T A H I K kambing! huhuhu....  lagi sayu bila aku mula buang tebiat cakap rindu dan sayang pada beliau setiap kali mau meletak telefon. perkara pelik yang buat MakPah geli ginjal mau mendengar. tetapi aku tau beliau pasti suka....wakaka....ini juga adalah kerana MakPah kaya dengan kredit. kalau MakPah yang tak menelefon saya....nanti kredit beliau tak abes pulek. wah! boleh gitu??? lagipun soalan-soalan yang akan ditanya oleh MakPah adalah berbentuk psikologi yang agak-agak aku nak jawab pun sedih-sedih singa. ada singa sedih??? akula singa itu....(gaya seperti ibu singa yang amat garang) wah! banyak sangat title. dulu di rumah ibu ayam. sekarang ibu singa pulek. pasni ibu....ibu.....engkaulah ratu hatiku!>.< ekspresi muka yang aku masih tak paham!

Wah....amazing! azriyani membebel begini di pagi hari. yaaa....ini kerana azriyani terlajak subuh pagi tadi! kau memang seorang yang jujur tulis dalam blog!:p gara-gara mata tidak mau lelap malam tadi. ape kesss??? sampai terpaksa makan kek secret recipe untuk membuatkan mata ini terpejam dengan pantas selepas beberapa minit selesai makan. rasa macam makanan itu adalah ubat tidur. yaaa.....penemuan terbaru azriyani! kalau mau tidur makan bagi kenyang. pastu kau bangun lambat sampai terlajak subuh sebab kekenyangan yang memberi keselesaan pada perut untuk tidur lebih lama. macam baby-baby.....(gaya kunun2 comey mintak pelempang)






nota kaki : weh.....aku nak membebel lagi panjang.....tapi xsampai hati nak biar kau baca sampai ngantok. kau rasa caner? aku nak buat video pulak la pasni. video aku bercerita seperti aku bercerita kepada anak-anak ayam aku di rumah. huuuaaarrrgghhhh!!!! tiba-tiba rindu pada mereka....sob3~~~

Sunday, July 25, 2010

  setengah HARI


Setengah hari. ayam percik. french fries. coke. buku. baju. seluar. jam. selipar. chantek. kacak. style. lagu. gitar. jalan-jalan. mata memandang seperti kami adalah perempuan dan lelaki yang kacak. mungkin ada sebab laen. hahaha....malu. segan. ketawa. bongok. otak kauuu!!! tiba-tiba....tengok futsal. yaaa....aku xkisah. tapi dalam hati.....segan, malu, takot dan rasa mau pulang. tapi oleh kerana kau sedia memahami aku dengan makan ayam percik walaupun kau lebih inginkan blackpepper....maka aku pun kena memahami kau dengan melihat kau bermaen futsal walaupun aku rasa seperti aku adalah alien di kalangan kaum kau. huhuhu....roti canai. lepak. memerhati. lidah kelu. diam membisu. hanya senyuman yang mampu dilemparkan. part roti canai je paling aku suka. part kena duduk beramai-ramai aku rasa seperti mau duduk di bawah meja. segan dan malu yang amat! MasyaAllah....mungkin kerana aku adalah gadis yang memang pemalu dan shopan. kau konpem gelak kuat macam kau selalu buat bila baca ayat tadi. cis! tapi kau telah membuat setengah hari aku penuh dengan pengalaman. thanks my bff. sharing is caring. kau dan aku. suka dan duka. tawa dan tangisan. oh! yang ini aku sangat malu pada kau. sumpah aku malu!:p 


  p  r  







nota kaki : semoga Allah mempermudahkan segala apa yang bakal aku lalui dan kau lalui walaupun kehidupan kau tidak seindah kehidupan orang laen. dan semoga Allah melindungi MakPah dan Uncle Bun dan memberikan mereka kelapangan serta kesenangan dengan segala yang telah terjadi. amin....

Friday, July 23, 2010

  1,2,3,4,5



Satu
Tiba-tiba gua rasa blog gua macam blog xsiap! suci yang amat! ini namanya mood menenangkan fikiran. mengosongkan hati. tetapi sedang menjiwai apa itu seni. ada kena mengena??? ya....gua suka rama-rama. sebab....sebab....sebab....tiba-tiba gua nak suka. ada lu kesah??? dan tiba-tiba ada ayat kaler pink di atas. lu rasa gua layak ke jadi queen??? rasa macam geli gak bila ayat tersebut ada di blog gua. tapi oleh kerana gua comey....gua terpaksala biarkan ayat itu di situ.>.< gua masih xpaham ini simbol muka jenis apa. 

Dua
Tiba-tiba gua menjadi taksub kepada ayam goreng. kalau xdapat makan ayam goreng dalam sehari gua rasa macam nak nanges kuat-kuat. setiap hari gua pasti akan makan SEKETUL ayam goreng. bukan SEEKOR! lu jangan nak cari pasal sama gua cakap gua memang makan ayam SEEKOR. gua tau sekejap lagi mesti ada komen-komen dalam entry ni nak kepo kutuk gua. yaaa....dan sepertinya sudah lama gua tak nampak nasi. tiba-tiba mau makan nasi ayam penyet. oh! hanya nasi ayam penyet yang gua suka. tetapi....aish....gua nak biarkan ayat ini tergantung. gua memang suka bagi teka-teki sama lu!:p

Tiga
Tiba-tiba gua amat suka untuk ke kuliah statistics. barangkali sudah jatuh chenta sama itu statistics. apakah??? ataupun gua sudah tangkap lentok sama itu lecturer. the reason is both of this. pertama kali gua ada kuliah petang belajar maths xmenyangap. gua agak kagum gak sama diri gua. lecturer tu gua cakap sama lu....memang kencang ar. lecturer chinese yang pertama berjaya buat gua nak ketawa xshopan bila beliau berlawak. gua ada rasa macam nak spastik pulek bila belajar statistics asek ketawa. tapi nanti entry 2,3 bulan lagi lu pasti akan baca entry pasal gua sudah jatuh sakit hati sebab statistics! wakakaka.....

Empat
Tiba-tiba gua nak cakap apesal kepala hotak gua ni lombab dan bongok sangat nak pandai cakap  sarawak??? orang laen dari semenanjung rileks je da pandai cakap sarawak. gua masih terkial-kial xboleh nak hingat perkataan. tak ke lu rasa gua memang manusia lupa ingatan dan bongok??? sampai sanggup gua ambil pelengkap modul Dialek Melayu Sarawak semata-mata nak pandai cakap sarawak! tapi kan dalam kelas tersebut tiba-tiba ramai jejaka kacak. kacak ke??? gua memang rabun! aish....susah mana pun gua belajar tapi gua tetap bersemangat nak datang kuliah sebab boleh cuci mata. hihihi....lu memang nak mati tulis macam ni dalam blog!:p

Lima
Tiba-tiba gua rasa touching bila abang gua nak support tiket balik raya gua yang kalau gua guna duet gua sendiri rasa macam xberbaloi! tiket tengah mahal sampai buat gua nak meroyan sebulan ni. baek gua belajar berenang dalam sebulan lebih ni. untung-untung gua boleh balik raya berenang tanpa perlu keluarkan duet. tapi gua da batalkan niat gua sejak abang gua ym petang tadi cakap nak support tiket raya gua. tapi duet raya gua burn. kalau gua nak claim tiket raya dengan duet raya memang agak berbaloi. kurang-kurang gua dapat 3helai baju raya yang patern macam anak datin. tapi gua kena teruskan niat gua belajar berenang la nampaknya. gua kena tunggu petunjuk ke jalan yang benar dan lurus dahulu. jalan gua sekarang agak bengkang bengkong kepala teleng.:p







nota kaki : gua seperti sudah menjadi diri gua. kembali ke diri gua. diri gua yang suka membebel begini. wow! gua terkesima. lu jangan cakap banyak!


Thursday, July 22, 2010

  DEMI MASA






Saat ini hanya mahu kembali ke masa lalu.
masa lalu yang i n d a h.






nota kaki : keputusan yang baek adalah datang dari hati yang tenang. 


Wednesday, July 21, 2010

  SORRY....






I'm so sorry. sorry for everything. tidak bermaksud mahu membuat kamu berharap. ouch! i'm guilty for this! yaaa...saya memang kejam! tidak berani berterus-terang. takot kamu terluka. hakikatnya tindakan saya sudah buat kamu terluka. i'm sorry.....





susah bila hati kau sudah kau tutup untuk semua orang. dan kau kelihatan kejam bila kau tak pernah nak beri peluang pada orang yang cuba buat kau gembira. aku memang kejam! aku ber E M O S I lagi....maaf kepada kamu yang membaca. 





  silang KATA



Seperti sudah malas mau mengupdate blog. mungkin sudah malas mau menaip. apakah??? tetapi Alhamdulillah.....hidup seperti sudah mula ingin ber i yang menarik! perlahan-lahan.....mudah-mudahan apa yang dilalui semakin menarik dan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa....amin....pesanan seorang ibu kepada anaknya, "belajar kuat-kuat. jangan dibimbangkan akan apa yang kamu rasa." belajar kuat-kuat? susah juga mau paham ayat ini.:p 

Sabar....jangan memaksa....jangan ditanya kenapa....jangan dipertikaikan tentang keputusan yang telah dibuat. ruang itu perlu. memahami itu penting. tak perlu kata-kata indah....tak perlu kata-kata janji. jika benar kau inginkannya....perlahan-lahan cuba mencari kuncinya. buka dengan kerelaan hatinya. bukan dengan keterpaksaan olehnya kepada kau. Jangan kau lari. jangan kau menjaohkan diri. kerana sejoah mana kau berlari....jika itu ketentuanNya....jika itu yang sudah tersurat untuk kau....tetap begitulah takdirnya.

Entry ini seperti tulisan seorang gadis yang sedang meluahkan tetapi masih menyembunyikan perasaannya. geli sangat! kata-kata yang sukar difahami. wah! @)>------- tiba-tiba ada bunga ros. bunga ini untuk kamu yang membaca. juga untuk sahabat tengik saya iaitu hazi farhana. semoga berbahagia hingga ke jinjang pelamin. ahaks! saya gembira bila kamu sudah berbahagia bersama si dia yang telah membuat kamu angau bongek! < . > saya masih xpaham ini simbol ekspresi muka jenis apa. tetapi yang pasti bila sahabat tengik saya sedang gembira mesti beliau akan buat simbol begini. letih juga saya mau mengekspresikan muka saya seperti simbol tersebut. adeh!






Monday, July 19, 2010

  ------------






Jantung berdegup kencang. hati terusik. kepala teringat. nampak motor. motor biru. 
selamat malam.





  :)




Hari isnin hari bahagia. tiada sakit kepala. spec. papa gula. JPA. risau. takot. berkira-kira. darah tinggi seketika. teruja bila ada orang ambil tahu pasal kita. terkesima bila ada orang memberikan kata-kata yang buat kita tersenyum di pagi hari. terharu bila ada orang membaca tulisan kita.
killing me s o f t l y.





Sunday, July 18, 2010

  alphabet B



Oh! sesungguhnya saya amat B U S A N! hari minggu jenis apakah ini??? kalaulah saya mempunyai sayap untuk terbang....sudah saya pulang ke rumah menghabeskan masa bersama MakPah. kena B E B E L dengan MakPah pun lagi seronok dari perasaan B U S A N sebegini. menyesal minum nescafe sampai 2pack! mata B U L A T tidak mau lelap. sudah mau muntah menerjah B L O G orang. B A B U N B A N D pun sepertinya sudah letih menarik line tenet. mau makan B I S K U T tetapi takde. oh! kesian sungguh hidup anak gadis ini. mau melihat B U L A N dan B I N T A N G pun sepertinya ia tidak mau muncul pada malam ini. akhirnya saya sudah B L U R.....sumpah saya tidak suka akan perasaan ini!







  SURPRISE!!!!


Malam yang h. walaupun di tempat yang pernah mencipta seribu kenangan. suka dan duka. tawa dan tangisan. tetapi kali ini bersama dengan orang yang berbeza. gadis-gadis yang menjadi teman di sisi ketika MakPah jaoh di seberang laut. ceh! terima kaseh kepada farha anati, jeeha reratu bongek(tiba2 jeeha ada title panjang sikit sebab dea bongek macam kak yani jelita.ahaks!) & eyda best. terima kaseh dengan present kamu. terima kaseh kerana buat saya hyperactive walaupun tempat yang dikunjungi itu membuatkan saya teringat pada seseorang. aish....tidak menyangka akan surprise yang kamu semua cuba buat. walaupun simple tetapi penuh bermakna. nasi kerabu, aiskrim dan baju yang chantek tetapi besar....semua ini buat saya gembira.:) terima kaseh kawan-kawan!!!!!

saya menci melihat parut pimple yang mencacatkan pemandangan gambar. sakit mata i tengok tau!


Malam yang indah ini juga saya telah ditag untuk menerima award dari en. zalin!!!! oh! en.zalin ini memang baek hati suka beri saya award. hehehe....papepun terima kaseh!!!!!! nasib baek award maen-maen. kalau betul-betul da penuh gobok nak simpan award i tau. macam artis-artis. ferasantan!:p

mata saya seperti mau juling bila melihat award ni. apehal??? tulisan yang kabur-kabur....toing3~~~
boleh ke saya nak tamak taknak tag orang bagi award ni???




kepokeponakbagitau : sekarang sudah hujan lebat. tidur peluk anggun sodap ni. hukhukhuk.....




Saturday, July 17, 2010

  DIAM




Kalau saya marah tak guna. kalau saya cakap juga tak guna. kalau saya terangkan lagila tak guna. kamu memang suka memaksa. lebih baek diam. DIAM selagi boleh. oh! saya memang pendiam! tahik kambing!







Friday, July 16, 2010

  ish ish ish....


Minggu ini adalah minggu yang tidak menarik. ada beberapa hal yang buat azriyani bunaim rasa tidak selesa dengan hidupnya. mungkin perubahan. atau mungkin hal itu memang pelik. huhuhu....


1) Kasut hilang tanpa disedari. kesian sungguh! inilah dea kesan penyakit orang lupa ingatan. sudah beberapa hari mengemas stor....baru saya perasan akan kehilangan kasut cap tanda right. itupun setelah berhempas pulas memaksa kepala hotak untuk mengingati akan kekurangan barang yang dimiliki. yaa....duet saya bakal melayang lagi kerana kasut tersebut amat penting untuk dipakai semasa koku. yaa....terima kaseh!

2) Semenjak ada bantal baru yang mahal ni....(nak gak bagitau kau aku beli bantal yang mahal nak mam!), mata azriyani bunaim asek mau terlelap tepat pada pukul 9 malam! sudah rasa seperti baby-baby ok. tidur awal tapi bangun liat macam nak minta pelempang dulu. nasib baek xbangun tengah malam merengek nak minum susu Anlene!:p memang huduh+bongek jika habit saya begitu!  

3) Oh! saya amat tidak selesa akan keadaan rumah saya sekarang. boleh ka kamu-kamu yang menjadi penghuni rumah ini lebih proper akan kebersihan dan segalanya??? kamu perempuan kot. tolongla pembersih sikit.....sudahla saya amat cewewet akan toilet. boleh kamu buat sepah tinggal segala baju dalam toilet pulek kan. ini baru hal baju suka tinggal dalam toilet. belum hal rambut berkumpul2 dekat lubang jamban! saya nak tengok pun geli! yaaa...oleh kerana saya akak....saya selalu mengalah bersihkan. tapi kalau sudah hari-hari begini.....lu pikirla sendiri! ini bukan rumah kau sorang bai. ini rumah semua orang. cuba kamu buat begini di rumah kamu. konpem mak apak kamu membebel seminggu belum tentu abes! haaiihhh.....dulu ok saja. semua orang boleh proper akan kebersihan. takkan sebab mentaliti saya orang dari negeri tut memang sekeleh! haaa.....kan saya da marah tahap babun nak sekeh orang....

4) Tiba-tiba hari jumaat adalah hari paling pack untuk kuliah. 9 pagi hingga 5 petang! dan mungkin juga hari pening kepala saya akan bertukar dari hari isnin kepada hari jumaat!!!! tahniah azriyani! 



Sudah lama azriyani tidak membuat entry gadis-gadis. sekali buat inilah hasilnya. penuh keluhan hal gadis-gadis dan sudah semestinya ketidakpuasatiaan sedang bermaharajalela ketika ini. sekian, terima kaseh. sedikit lega  apabila sudah membebel di dalam blog. hukhukhuk....tapi tang hal no.3 itu tidak dapat diselesaikan jika hanya diluahkan di dalam blog! huaaarrrggghhhh!!!!!






Thursday, July 15, 2010

  MERAH



Mood merah. hati merah. jantung merah. mata merah. darah merah. bendera merah. merah itu berani. kalau berani nak buat aku emosi sekarang...silala. hati merah ini masih belum mau diisi dengan kaseh sayang kamu. jangan ditanya kenapa. bukan sombong. bukan jual mahal. tetapi biar hati ini begini. hanya sekali aku berterus-terang. jangan berani kamu buat xpaham. sakit mata melihat blog sendiri. tapi itu mood aku sekarang. M.E.R.A.H. 





Wednesday, July 14, 2010

  ctrl+alt+del



Malam tadi mengingatkan saya pada kenangan itu. kedudukan yang sama, air yang sama, makanan yang sama, tetapi orang yang berbeza. hati berdegup kencang tika suasana itu dirasai lagi. ouch! kalau boleh CTRL+ALT+DEL semua yang mengingatkan saya kepada kenangan itu....tolongla. saya benar-benar ingin memadamkannya dari kotak ingatan ini. adakah saya sedang hidup dalam bayangan kenangan? yaRabbi.....kuatkanlah hati dan diri ini. hanya untuk ini. 


..........


.........


.........


.........


..........


Do you know what's worth fighting for?


When it's not worth dying for


Does it take your breath away


And you feel yourself suffocating


Does the pain weigh out the pride?


And you look for a place to hide


Did someone break your heart inside?


You're in ruins.


Shot my head now.


Shot that memories too.


For my good sake.







Tuesday, July 13, 2010

  SAYA


1) Saya telah ditag oleh seorang sahabat untuk menerima award ini. gila kentang! terima kasih kepada en.zalin kerana sudi memberikan award ini kepada cik yani.:) tetapi saya kurang paham akan arahan-arahan kamu dan sengaja malas nak pahamkan. hukhukhuk...


2) Saya nak cakap pada kamu susu Anlene sangat sedap. tiba-tiba aku nak bagitau kau. xde kena mengena! tapi serius susu tersebut sedap. jatuh chenta pada sedutan pertama. lagi mencintainya setelah menyedut tanpa henti. tolongla minum kalau kamu rasa kamu kurang kalsium. susu ini memang terbaeeekkk!!!! xde bau busyuk! xde bau lembu! xde bau tengik! apehal tiba-tiba saya minum susu tersebut? da tua kan.....tulang da xkuat kurang kalsium....doktor cakap! tapi saya rasa dea sengaja tipu sebab saya minta pain killer beliau xnak bagi! ok! fine! thank you.


3) Saya telah diberitahu oleh seorang sahabat tentang sesuatu yang buat saya rasa kata-kata tersebut tiada makna. jika saya tak diberitahu akan pengakuan tersebut pun hati saya sudah mengatakan you deserve to make your own decision! but, please dont just say what you like and leave that person without any words and apologise. hakikatnya itu sesuatu yang tidak indah untuk dirasai. kehadiran kamu dalam hidupnya disambut dengan kata-kata indah. tetapi kamu tinggalkannya seperti dea tidak pernah menjadi apa-apa kepada kamu sebelum ini. kesian ok...

4) Saya telah di'brainwash' oleh mentor untuk tidak meneruskan keputusan yang telah dibuat. u can do it! believe yourself. the first step is always give you the best way. you will learn step by step and everything will be ok if you strong and try your best. dont be scared because you dont know what will happen in your future. every person have their own risk in their life. you have a bf? soalan ni aku xbleh blah. ada kena mengena dengan keputusan yang saya buat ke???

5) Saya nak stop sekarang sebab mau keluar ke bank dan makan nasi ayam penyet terbaekk di sarawak bersama BFF. jom!;)






Monday, July 12, 2010

  KAU kusayang....


Malam yang sunyi buat aku ingin menaip. menaip meluahkan apa yang tersirat di hati tika ini. ceh! ayat macam geli nak baca. fening....fening menyusun jadual yang berterabur dan huru-hara. tetapi akhirnya berjaya juga disusun sehingga kelihatan kemas dan teratur. ahaks! akhirnya, segalanya selesai. cuma tinggal penukaran program. berjaya ka??? mudah-mudahan diluluskan. amin....

Hari ini hari yang agak kusut-masai! kusut kerana seperti hati ini jatuh terjunam setelah memikirkan masa depan yang agak samar-samar. tetapi setelah MakPah memberikan kata-kata semangat....hati ini kembali tenang dan berjiwa kental! sudah 3kali MakPah menelefon untuk hari ini. apehal??? mungkin beliau risau akan keadaan saya yang kelihatan bersahaja tetapi di dalam sedang bergelodak seperti ikan lemas di daratan. gila ah ayat! kata-kata beliau buat saya bangun dan terus berlari mengejar impian. 

Perkara pertama yang ditanya adalah kehidupan saya. jawapan hanyalah ok. kedua, kenapa suara kedengaran sedih? aish....soalan ini sukar dijawab. saya bersedih ka? walau dibohong dengan seribu jawapan pun beliau akan merasa apa yang saya rasa. kehebatan naluri seorang ibu. diam....kamu rasa kamu xde sapa-sapa ea di sana....? mmmmm....diam lagi. kamu kena kuat. kuat seperti kamu kuat di hadapan mak. kamu bukan gagal. kamu bukan bodoh. kamu bukan xberusaha. tetapi kamu takot. takot untuk hadapi keadaan yang belum kamu hadapi. kamu boleh. tapi kamu selalu kata kamu xboleh. buang sifat takot kamu. hidup kamu hanya kamu yang corakkan. hanya mendengar.....masa cuti kamu pulang dengan membawa kebahagiaan pada mak walaupun kamu tau satu persatu mak diduga. kamu cuba menjadi yang terbaek untuk mak. mak sangat bersyukur sebab hanya kamu yang sanggup bersama-sama dengan mak untuk semuanya. bila kamu pulang kembali ke sana....hati mak sedih. sayu melihat kamu. kamu nak meninggalkan mak. walaupun mak tau hati kamu lebih sedih untuk kembali ke sana. kerana kenangan kamu....kehidupan kamu....semua buat kamu takot untuk kembali ke sana. tapi kamu hanya bersahaja.....seperti tiada apa-apa. mak selalu doakan yang terbaek untuk kamu. tiba-tiba suara MakPah seperti hilang.....saya diam. apa yang mampu saya perkatakan hanyalah saya kuat. mak jangan risau. 

Kalau saya sudah tiada.....saya mau MakPah baca blog ini. hanya MakPah yang buat saya berdiri sehingga kini. jika diberikan satu peluang.....saya ingin memetik bintang di langit hanya untuk MakPah. ouch! susah untuk membuat entry ini. paling susah untuk meluahkan apa yang dirasa. 






  MONDAY itu ISNIN


Azriyani Bunaim sedang dan amat b.e.n.g.a.n.g sama itu SMP unimas! suda beberapa hari asek problem loading. caner mau drop dan register kos ni bai??? adeh! banyak lagi benda mau settle. kau buat hal pulek kan. jangan nanti aku nak register kos tiba-tiba da full. memang sengaja mintak maki hamun la kan. aiseh.....semua benda tertangguh gara-gara SMP. ok. dugaan yang kedua untuk sem ini. sabar.....cool......yaaa.....aku xhot tapi aku cool....eeerrkkk!!!!

Saya gemok? tadi ada pakcik cafe cakap saya kelihatan gemok setelah cuti 2bulan. OMG!!!! jujur sungguh pakcik itu. terima kasih pakcik. komen pakcik akan saya jadikan batu pemberat untuk saya berusaha kurus! batu pemberat??? suda lama tidak berjalan kaki sambil memegang payung pink! tiba-tiba rasa letih. suda lama juga tidak makan masakan orang swak. rasa pelik kembali. hujan emas di negeri orang. hujan batu di negeri sendiri. semoga sem ini lebih baek dari sem lepas walaupun suda terasa sedikit tekanan belajar yang agak susah. seraaammmm.......






Sunday, July 11, 2010

  MIMPI




Tidak boleh tidur lena. pinggang sakit yang amat. perlukah ke rumah sakit? mimpi malam yang mengerikan. bukan hantu. bukan mati. bukan apa-apa. tetapi mimpi yang buat aku tersedar. ke mana saja roh aku berjalan di dalam hujan. bertemu dengan orang yang suda lama aku tinggalkan. oh! sumpah xnak mimpi seperti itu lagi.

Hari ahad. hari yang kosong. tiada apa-apa pekerjaan. hanya mengadap mentari panas tegak di atas langit biru bersama awan putih.  rindu. rindu pada MakPah dan Uncle Bun. rindu itu anugerah Allah kepada manusia. perasaan yang tidak nampak. malah tidak boleh disentuh. hanya boleh dirasa....ah! tiba-tiba seperti berpuitis. 





Saturday, July 10, 2010

  hari PERTAMA


Malu gara-gara anggun. first, masa nak check in. makcik guard berminat dengan anggun ok. ape kesss??? nak bagi cucu kat umah? sila cari sendiri. rasa nak masukkan anggun dalam beg lappy. tapi naseb baek kepala anggun besar. besar kepala yang xnak duduk dalam beg! sengaja nak interprame cari publisiti! siot kau anggun! second, takkan stewardess pun nak kat anggun??? kau da buang keayuan apa??? yang penting xdapek den nak nolong! hard to get hard to forget maa....ayat apakah ini??? huh! susah juga nak bawa anggun naek flight. lagi susah dari ketuk jahanamkan pintu stor!

Saya anti stor. yeee....stor buat hidup saya huru-hara. saya menci stor! nasib baek barang-barang masih selamat dan tersimpan rapi. 

Saya menci hari pertama menjejakkan kaki di bumi kenyalang! apehal? malas kemas bilik dan fobia pada gegata! tidaaakkkkkk!!!!!! ya......tiba-tiba tilam saya huduh! dan paling malang saya xde bantal! ok! fine! saya kan akak.....akak kena mengalah pada adik junior. xpe...akak tidur memang xpakai bantal. tahik kau!

Hari pertama bergelar senior. amacam??? akak....akak sape nama? akak kos apa? orang mana? akak memang simpan barang dalam stor umah ea? boleh ea akak? yeeee.....saya menjawab semua soalan dengan penuh tenang dan senyuman yang xlekang di bibir walaupun rasa seperti kau sedang hipokrit! kau rasa kau memang da tua ok. AKAK. dulu saya je kot sebut perkataan ni untuk akak housemate. sekarang tiba giliran saya digelar AKAK yani!!!!!! huh. serius saya rasa da tua.....oh! tidak sanggup menerima kenyataan ini. aish....

Sakit pinggang kembali menyerang. sudah beberapa hari rasa seperti nenek tua. nenek nenek si bongkok 3.....siang malam asek berjaga.....adeh! saya memang bermasalah dengan pinggang sejak dulu. adakah kerana sudah terlebih lemak di pinggang??? xde kena mengena!






yaaa.....ini merupakan entry keluhan yang banyak tanda seru ! 







Wednesday, July 07, 2010

  SALAM perkenalan....:)


Tuan blog amat sibuk. tidak mampu untuk menaip banyak-banyak. entry ini adalah sekadar untuk memperkenalkan sahabat baru saya. kamu mesti jeles sebab dea akan saya bawa terbang bersama buat pertama kalinya tanpa tiket flight. bukan calang-calang orang saya nak bawa. orang ka???


nama saya anggun. eeyyuuu....



gaya mana saya nak bawa anggun naek flight? dukung? oh! sungguh malu tahik kucing!!!!! sumpah!






Monday, July 05, 2010

  TAJUK apa ni...???



review

Saya diminta untuk mengomen cupcakes yang dibuat oleh cik hazi farhana khas untuk saya. sila ambil perhatian ya wahai cik hazi farhana. komen ini mungkin bakal menjadi review paling mantap dalam hidup kamu. ahaks! pertama, rasa kek absolutely sangat sedap. tekak saya yang agak memilih ini boleh menerima kek itu dengan lahapnya. tetapi oleh kerana azriyani bunaim amat anti kemanisan....mungkin cik hazi farhana boleh kurangkan sedikit kemanisan kek. tetapi penghuni-penghuni di rumah bernombor 59 ini berkata kek tersebut ok saja. mungkin senyuman manis saya sudah terlebih sejak 2,3 hari ini. segala yang dimakan terasa manis!:p kedua, rupa cupcakes kamu sangat berwarna-warni dan menarik. saya amat shuke!!! dan perasaan shuke saya itu telah saya tunjukkan pada kamu pada malam indah tersebut. jakun ok! akhir sekali, saya berpendapat kamu telah berjaya membuat cupcakes yang telah membuat azriyani bunaim menjadi tamak secara tiba-tiba taknak bagi orang makan sebab sayang nak bagi simpan saja. kalau boleh dibawa pulang ke sarawak pasti azriyani akan lakukan! keep it up my friends....good job!:) (ini semua ikhlas. bukan bodek!tolongla percaya!!!!)


pemberitahuan

Tiket penerbangan sudah dibeli. tiket yang dibeli adalah mengikut kriteria suka tetapi setelah dicop kudukut lagi berkira tidak kena tempat. huhuhu....si gedik yang kudukut. title terbaru yang diperolehi. kamu rasa adakah kebenarannya title ini dengan azriyani bunaim??? tika ini saya sedang menghitung jam, minit dan saat untuk pulang ke sarawak. perasaan sedang bercampur baur dan segalanya adalah negatif. tiada perasaan positif. apa kesss??? perasaan positif hanyala saya shuke dapat soping2 beli tumbler baru. dan makpah masih tidak tau akan hal tumbler baru saya di bawah. oh! tidak sanggup saya ingin tunjuk tumbler ini kepada makpah. dan yang penting tidak sanggup juga untuk mendengar ayat kutukan beliau kepada saya. dasyat....hukhukhuk....

oh! comey sungguh tumbler baru saya. najis kau azriyani!
sila abaikan tali tersebut. azriyani akan kasi cabut itu tali bagi memastikan pemilik tumbler ini masih kelihatan gadis. bukan kanak-kanak yang pergi skola pakai baju warna-warni.





Sunday, July 04, 2010

  TERIMA KASIH


Masih belum tidur. mata terkebil-kebil tidak mahu pejam. teringat kenangan indah yang tercipta pada malam tadi. makan bersama. ketawa bersama. mereka membuatkan saya tersenyum. tersenyum melupakan segala kesedihan di hati. kasih sayang mereka kepada saya membuatkan saya ingin mahu tersenyum....tersenyum....dan terus tersenyum. kenangan yang telah membuat saya tersenyum kembali ini akan saya simpan di dalam kotak ingatan ini sampai bila-bila. terima kasih kepada MakPah kerana telah memberikan saya satu perasaan yang amat gembira yang tidak pernah saya rasai. terima kasih kepada hazi farhana untuk cupcakes yang sangat chantek dan comey hingga membuatkan saya teruja dan terharu akan usaha kamu membuat cupcakes untuk saya. usaha gigih kamu telah membuatkan saya kagum dengan hasil yang saya terima. terima kasih kepada zahwani ariff kerana sudi meluangkan masa walaupun kamu sibuk dengan aktiviti harian. 2 gadis ini telah membuatkan saya gembira sepanjang cuti 2 bulan ini. wanita yang bergelar ibu kepada azriyani bunaim juga telah membuatkan azriyani mampu berdiri kembali setelah jatuh di suatu ketika dulu. terima kasih kepada kamu semua untuk malam yang indah ini.... 





Ops! terlupa mahu berterima kasih kepada si pemberi doll powerpuffgurl yang saya idamkan. hadiah pertama yang turun dari langit. hari paling bahagia yang pernah dilalui. terima kasih kepada yang telah memberikan ucapan. terima kasih juga kepada kamu yang sudi menjenguk blog ini. terima kasih kepada semua. saya amat hargai akan segala usaha kalian untuk saya.(gila boring ayat entry ini. ayat 3pagi tanpa bintang! aku nak baca pun ngantok!i xshuke tau!)






  SEKALI setahun



04072010 - 23 years old

happy birthday to YOU
&
happy birthday to ME


Ya Allah....Kau ampunilah segala dosa-dosaku....Kau panjangkanlah umurku dan umurnya....Kau murahkanlah rezekiku dan rezekinya....Kau lindungilah dia sepertimana Kau melindungiku.....amin.....


*******************************************


tiada apa yang aku harapkan. bersyukur kerana diberi peluang melihat dunia yang penuh warna-warni. tetapi di sudut kecil hati ini aku mengharapkan aku mampu menjadi 3 manusia ini agar aku boleh terus berdiri......berlari......mencorak hidup bagai pelangi.


1) anak yang solehah. 
2) manusia yang bertimbang rasa dan mampu menyayangi manusia lain.
3) pelajar yang cemerlang dan mampu membanggakan kedua ibu bapanya.


bukan hadiah besar yang aku inginkan. tetapi hanya ini. ini saja hadiah yang paling bermakna dalam hidup ini jika aku sendiri mampu mencapainya.





Saturday, July 03, 2010

  JIKA



JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau pulang ke zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau pergi ke pantai melihat matahari terbenam.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau menggapai bintang di langit.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau melihat bunga ros mekar ketika waktunya.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya hanya mau sentiasa tersenyum. tanpa ada perasaan sedih di hati.