Monday, July 12, 2010

  KAU kusayang....


Malam yang sunyi buat aku ingin menaip. menaip meluahkan apa yang tersirat di hati tika ini. ceh! ayat macam geli nak baca. fening....fening menyusun jadual yang berterabur dan huru-hara. tetapi akhirnya berjaya juga disusun sehingga kelihatan kemas dan teratur. ahaks! akhirnya, segalanya selesai. cuma tinggal penukaran program. berjaya ka??? mudah-mudahan diluluskan. amin....

Hari ini hari yang agak kusut-masai! kusut kerana seperti hati ini jatuh terjunam setelah memikirkan masa depan yang agak samar-samar. tetapi setelah MakPah memberikan kata-kata semangat....hati ini kembali tenang dan berjiwa kental! sudah 3kali MakPah menelefon untuk hari ini. apehal??? mungkin beliau risau akan keadaan saya yang kelihatan bersahaja tetapi di dalam sedang bergelodak seperti ikan lemas di daratan. gila ah ayat! kata-kata beliau buat saya bangun dan terus berlari mengejar impian. 

Perkara pertama yang ditanya adalah kehidupan saya. jawapan hanyalah ok. kedua, kenapa suara kedengaran sedih? aish....soalan ini sukar dijawab. saya bersedih ka? walau dibohong dengan seribu jawapan pun beliau akan merasa apa yang saya rasa. kehebatan naluri seorang ibu. diam....kamu rasa kamu xde sapa-sapa ea di sana....? mmmmm....diam lagi. kamu kena kuat. kuat seperti kamu kuat di hadapan mak. kamu bukan gagal. kamu bukan bodoh. kamu bukan xberusaha. tetapi kamu takot. takot untuk hadapi keadaan yang belum kamu hadapi. kamu boleh. tapi kamu selalu kata kamu xboleh. buang sifat takot kamu. hidup kamu hanya kamu yang corakkan. hanya mendengar.....masa cuti kamu pulang dengan membawa kebahagiaan pada mak walaupun kamu tau satu persatu mak diduga. kamu cuba menjadi yang terbaek untuk mak. mak sangat bersyukur sebab hanya kamu yang sanggup bersama-sama dengan mak untuk semuanya. bila kamu pulang kembali ke sana....hati mak sedih. sayu melihat kamu. kamu nak meninggalkan mak. walaupun mak tau hati kamu lebih sedih untuk kembali ke sana. kerana kenangan kamu....kehidupan kamu....semua buat kamu takot untuk kembali ke sana. tapi kamu hanya bersahaja.....seperti tiada apa-apa. mak selalu doakan yang terbaek untuk kamu. tiba-tiba suara MakPah seperti hilang.....saya diam. apa yang mampu saya perkatakan hanyalah saya kuat. mak jangan risau. 

Kalau saya sudah tiada.....saya mau MakPah baca blog ini. hanya MakPah yang buat saya berdiri sehingga kini. jika diberikan satu peluang.....saya ingin memetik bintang di langit hanya untuk MakPah. ouch! susah untuk membuat entry ini. paling susah untuk meluahkan apa yang dirasa. 






0 kaseh sayang :