Friday, July 23, 2010

  1,2,3,4,5



Satu
Tiba-tiba gua rasa blog gua macam blog xsiap! suci yang amat! ini namanya mood menenangkan fikiran. mengosongkan hati. tetapi sedang menjiwai apa itu seni. ada kena mengena??? ya....gua suka rama-rama. sebab....sebab....sebab....tiba-tiba gua nak suka. ada lu kesah??? dan tiba-tiba ada ayat kaler pink di atas. lu rasa gua layak ke jadi queen??? rasa macam geli gak bila ayat tersebut ada di blog gua. tapi oleh kerana gua comey....gua terpaksala biarkan ayat itu di situ.>.< gua masih xpaham ini simbol muka jenis apa. 

Dua
Tiba-tiba gua menjadi taksub kepada ayam goreng. kalau xdapat makan ayam goreng dalam sehari gua rasa macam nak nanges kuat-kuat. setiap hari gua pasti akan makan SEKETUL ayam goreng. bukan SEEKOR! lu jangan nak cari pasal sama gua cakap gua memang makan ayam SEEKOR. gua tau sekejap lagi mesti ada komen-komen dalam entry ni nak kepo kutuk gua. yaaa....dan sepertinya sudah lama gua tak nampak nasi. tiba-tiba mau makan nasi ayam penyet. oh! hanya nasi ayam penyet yang gua suka. tetapi....aish....gua nak biarkan ayat ini tergantung. gua memang suka bagi teka-teki sama lu!:p

Tiga
Tiba-tiba gua amat suka untuk ke kuliah statistics. barangkali sudah jatuh chenta sama itu statistics. apakah??? ataupun gua sudah tangkap lentok sama itu lecturer. the reason is both of this. pertama kali gua ada kuliah petang belajar maths xmenyangap. gua agak kagum gak sama diri gua. lecturer tu gua cakap sama lu....memang kencang ar. lecturer chinese yang pertama berjaya buat gua nak ketawa xshopan bila beliau berlawak. gua ada rasa macam nak spastik pulek bila belajar statistics asek ketawa. tapi nanti entry 2,3 bulan lagi lu pasti akan baca entry pasal gua sudah jatuh sakit hati sebab statistics! wakakaka.....

Empat
Tiba-tiba gua nak cakap apesal kepala hotak gua ni lombab dan bongok sangat nak pandai cakap  sarawak??? orang laen dari semenanjung rileks je da pandai cakap sarawak. gua masih terkial-kial xboleh nak hingat perkataan. tak ke lu rasa gua memang manusia lupa ingatan dan bongok??? sampai sanggup gua ambil pelengkap modul Dialek Melayu Sarawak semata-mata nak pandai cakap sarawak! tapi kan dalam kelas tersebut tiba-tiba ramai jejaka kacak. kacak ke??? gua memang rabun! aish....susah mana pun gua belajar tapi gua tetap bersemangat nak datang kuliah sebab boleh cuci mata. hihihi....lu memang nak mati tulis macam ni dalam blog!:p

Lima
Tiba-tiba gua rasa touching bila abang gua nak support tiket balik raya gua yang kalau gua guna duet gua sendiri rasa macam xberbaloi! tiket tengah mahal sampai buat gua nak meroyan sebulan ni. baek gua belajar berenang dalam sebulan lebih ni. untung-untung gua boleh balik raya berenang tanpa perlu keluarkan duet. tapi gua da batalkan niat gua sejak abang gua ym petang tadi cakap nak support tiket raya gua. tapi duet raya gua burn. kalau gua nak claim tiket raya dengan duet raya memang agak berbaloi. kurang-kurang gua dapat 3helai baju raya yang patern macam anak datin. tapi gua kena teruskan niat gua belajar berenang la nampaknya. gua kena tunggu petunjuk ke jalan yang benar dan lurus dahulu. jalan gua sekarang agak bengkang bengkong kepala teleng.:p







nota kaki : gua seperti sudah menjadi diri gua. kembali ke diri gua. diri gua yang suka membebel begini. wow! gua terkesima. lu jangan cakap banyak!


0 kaseh sayang :