Monday, July 26, 2010

  suka CERITA


Pagi-pagi sudah post entry. ini adalah kerana rasa bengang yang amat sama ini babunband! pakai babunband tapi lombab sama macam pakai wifi kolej yang pree! yaaa...babun memang lombab. tapi kalau panggil bijakband adakah dea akan laju seperti tuannya yang bijak? wah! kau memang bongok! kalaula sampai tahap nak buka email dan website unimas pun lombab....ape kesss ni jang oiiii??? adakah aku perlu terminate babunband ini buat sementara waktu supaya tidak membazir segala pelaburan aku sedangkan untung yang didapati adalah sama seperti guna wifi kolej yang pree??? yaaa....kita tunggu dan lihat. agak-agak lama aku tak update blog tu maknanya babunband aku suda aku hantar pulang ke taman negara bako! ahaks!

Semalam ada benda yang aku terlupa buat. yaaa....sudah berjanji dengan MakPah mau menelefon beliau. tetapi oleh kerana aku terlalu teruja melayan kerenah junior-junior rumah ini yang buat aku nak ketawa terguling-guling sebab kepelikan kerenah mereka....maka aku terlupa! anak lupa daratan ini! adeh! hari ini akan aku laksanakan. adakah perlu aku buat reminder dalam hp??? mungkin.:p mesti MakPah menunggu seharian semalam. nanti bila bercakap di telefon mesti ayat-ayat beliau juga buat aku rasa aku memang anak durhaka! YaAllah....sungguh berdosa diri ini. aku jarang menelefon beliau. sumpah aku memang anak yang kelihatannnya seperti tak sayang pada beliau. bukan tidak mau menelefon.....tetapi suara beliau buat aku sayu. alasan macam T A H I K kambing! huhuhu....  lagi sayu bila aku mula buang tebiat cakap rindu dan sayang pada beliau setiap kali mau meletak telefon. perkara pelik yang buat MakPah geli ginjal mau mendengar. tetapi aku tau beliau pasti suka....wakaka....ini juga adalah kerana MakPah kaya dengan kredit. kalau MakPah yang tak menelefon saya....nanti kredit beliau tak abes pulek. wah! boleh gitu??? lagipun soalan-soalan yang akan ditanya oleh MakPah adalah berbentuk psikologi yang agak-agak aku nak jawab pun sedih-sedih singa. ada singa sedih??? akula singa itu....(gaya seperti ibu singa yang amat garang) wah! banyak sangat title. dulu di rumah ibu ayam. sekarang ibu singa pulek. pasni ibu....ibu.....engkaulah ratu hatiku!>.< ekspresi muka yang aku masih tak paham!

Wah....amazing! azriyani membebel begini di pagi hari. yaaa....ini kerana azriyani terlajak subuh pagi tadi! kau memang seorang yang jujur tulis dalam blog!:p gara-gara mata tidak mau lelap malam tadi. ape kesss??? sampai terpaksa makan kek secret recipe untuk membuatkan mata ini terpejam dengan pantas selepas beberapa minit selesai makan. rasa macam makanan itu adalah ubat tidur. yaaa.....penemuan terbaru azriyani! kalau mau tidur makan bagi kenyang. pastu kau bangun lambat sampai terlajak subuh sebab kekenyangan yang memberi keselesaan pada perut untuk tidur lebih lama. macam baby-baby.....(gaya kunun2 comey mintak pelempang)






nota kaki : weh.....aku nak membebel lagi panjang.....tapi xsampai hati nak biar kau baca sampai ngantok. kau rasa caner? aku nak buat video pulak la pasni. video aku bercerita seperti aku bercerita kepada anak-anak ayam aku di rumah. huuuaaarrrgghhhh!!!! tiba-tiba rindu pada mereka....sob3~~~

0 kaseh sayang :