Friday, March 22, 2013

  tatkala

Tadi pagi aku pergi jumpa supervisor . even perasaan nak jumpa supervisor berdebar debar , tapi aku rasa itu yang memang aku kena buat . tak sempat aku nak cakap drop fyp , supervisor aku ajar apa yang patot aku buat . semester akhir yang menyesakkan dada dan buat pembuluh darah aku macam tersumbat . hiperbola kemaen . research bukan sesuatu yang mudah . tahap imaginasi kena tinggi dan mental kena kuat . semua benda mental kena kuat . even maen game pun mental kena kuat . bukan kuat kena minum susu , tapi kuat dari dalam hati . 


" Sebagai manusia tak boleh ada putus asa . manusia yang dah mati pun ingin hidup semula apatah lagi kita manusia yang masih hidup . istiqamah dalam setiap perbuatan . sentiasa bermohon kepada Allah . jangan kompromi dengan setiap suruhanNya . "


Aku keluar dari bilik supervisor dengan airmata dan senyuman . ah ! terasa sungguh kerdil diri ini . lupa akan apa yang patot diingat . ya . manusia selalu sombong dan pelupa . tapi dijadikan dengan cukup sempurna . muhasabah di hari jumaat . semoga Allah merahmati kita semua . amin . 


Syukran Jazillan . 


:)



Thursday, March 21, 2013

  spontaneous thursday

Hari ni aku takde kelas dan sepanjang hari kepala aku sakit . lepas bangun tidur , tidur balik . dari semua orang pergi kelas dan dah balik kelas aku still dengan baju tidur dan tidur . tapi dalam tidur asek terngiang ngiang fyp . dah macam penyakit . dan dan bangun tidur terus mengadap laptop dan cuba buat fyp . oh ! sadis . kalau perasaan ni aku boleh tukar hanya dengan makan aiskrim , tengok wayang atau soping tak tentu pasal , sekarang juga aku buat . tapi apapun aku buat perasaan itu tetap statik di situ . nak halau tak boleh , nak kurangkan tak boleh , tapi semakin bertambah . dah macam kanser . choooyyy !


Tadi petang MakPah call cakap izzah masuk hospital sebab demam panas . dari jaoh rasa sedih , rasa rindu , rasa macam macam . minggu ni asek nak sedih je . ni pun dah macam penyakit . :p


Mohonlah pertolongan dari Allah kerana sesungguhnya Dea mengetahui segala kebaekan dari setiap kejadian . 


:)



Wednesday, March 20, 2013

  di suatu hari

Siang tadi ada test untuk infosys . ada dua test . pertama kena buat essay dan kedua kena aptitude test . aptitude test ni aku rasa blur . rasa macam semua ini karut . har . har . har . 10 soalan untuk satu jam tapi eeerrggghhhh ! apakebenda punya soalan la ni . sakit kepala pikir tau . sakit sangad . tak larat nak pikir lagi .*gaya gedik manja* bila ingat balik soalan tadi aku rasa nak gelak guling guling . kebetulan petang tadi pergi makan kek dekat secret recipe . lepas tu teringat soalan macam mana nak bahagi kek kepada 8 slices dengan hanya tiga kali potongan kek . dan jawapannya semestinya bahagi 4 dahulu kemudian potong sekali lagi di bahagian tengah . korang dapat bayangkan tak ? cuba sedaya upaya imagine ok . please ~ @_@ tapi aku tak boeh terima jawapan ni sebab pembahagian cara ni tak adil . kalau dibayangkan kesian orang yang dapat kek di bahagian bawah sebab tak dapat krim atau choc rice yang ditabur di atas kek atau buah buahan yang enak enak belaka . argh ! jawapan ni tak logik dan tak adil . aku taknak kek yang di bahagian bawah yang hanya ada span . kita kena guna cara laen . by hook or by crook . ok . emosi dah terlebih hanya kerana kek . ayoyoyo ~ aptitude test je punnnnnnn .  


Ini muka gembira sangad lepas buat essay . 

Ini hanya nak tunjuk siapa boleh duduk gaya paling ayu .*sambil tutup mulut*

Ok . ini berebut robot . tak paham . sangad tak paham . tapi kitorang dapat maen maen robot . yeaaaaaa ! maen ler sangad . tak dapat buat coding menanges lerrrr ~  :p

Robot ni cenonet je . cenonet sangat sampai susah nak assemble . tapi takpe . jari jemari yang panjang ini akan berusaha . personafikasi sangad jari jemarinya . fighting !

Ok . ni tak paham . jari hujung tu tak paham apesal terjungkit . kah . kah . kah . 



Semester akhir yang susah untuk digambarkan .


Apapun fighting !


FYP ! ! ! ! 


Huaaarrrggggghhhhh ! ! !


Fighting ! 
*sambil kesat airmata*




Sunday, March 17, 2013

  ahad

Hari ni pagi pagi dah bangun pergi pasar satok . motif ? bukan pergi beli sayur atau ikan . tapi sebab nak makan mi kolok atau mi sapi . ya . sapi equal to lembu . lembuuuuuuuu ~ aku tak suka sangat mi kolok sebenarnya sebab kadang kadang sangat berminyak . tapi mi kolok kat tempat ni sangat sedap dan aku suka . nak makan pun kena queue sebab ramai orang . oleh kerana keterujaan makan lebih menguasai , maka aku lupa amek gambar . dah habes makan baru pikir kenapa tak amek gambar . macam tak guna beria cerita tapi takde gambar kan . caner nak gambarkan kesedapan mi kolok tu kalau tak tunjuk gambar ? aish ~ 


Aku rasa dari minggu lepas aku dah banyak kali taip entry tapi tak post . pembekuan idea dalam kepala . oh ! ya . aku ada sehari je lagi nak pikir untuk pergi interview infosys ke tak . tak paham kenapa tak boleh nak buat keputusan . pergi interview bukan kena bayar pun kan . rugi lagi ada la . tapi entah .*sambil garu kepala*


Happy Weekend kawan kawan ~


:)

Friday, March 08, 2013

  separuh aku




Semakin aku baca semakin aku tak paham . semakin aku cuba paham semakin aku keliru . semakin aku keliru semakin aku berputus asa sehingga urat urat seperti berselirat dan cuba melepaskan kemarahan . sejauh mana ? sampai jumpa titik penyelesaian . 




Saturday, March 02, 2013

  March, 2nd

Update pertama untuk sem ini . seperti biasa tak busy lagi walaupun hanya tinggal 11 minggu saja lagi untuk siapkan fyp . kena cakap 11 minggu supaya nampak macam lama lagi . padahal boleh je cakap tinggal 2 bulan . apa ? 2 bulan ? ? ? oh ! takot . takot . takooootttttt ~ *mood masih relax* 


Dan semalam , sebagai seorang pelajar yang mendapat voucher buku telah memanfaatkan voucher tersebut dengan sebaek mungkin walaupun sebenarnya dalam hati begitu sengsara bila jpa tak masuk masuk . belek buku dalam mph sampai 2 jam . itupun sebab nak habeskan masa yang ada . kalau tidak , masuk mph beli benda yang perlu dan masa yang selebihnya digunakan untuk masuk ke kedai kedai yang lebih menggembirakan hati . tapi sayang ~ *muka hampa*


Lepas ni dah takde dapat voucher voucher buku bagai . dah takde dapat jpa dengan senang hati . tapi yang ada adalah usaha untuk mencari kerja demi sesuap nasi dan seterusnya memulakan misi untuk membalas jasa Uncle Bun dan MakPah . bila kerja dan ada duet sendiri diharap aku akan lebih berjimat cermat . pandu cermat , jiwa selamat . InshaAllah ~ niat yang baek pasti berjaya . ceeewah ! kalau cakap macam ni depan MakPah confirm MakPah akan cakap ini semua poyooooo *gaya awie* kah . kah . kah . 


peeewit ! macam naif je muka budak perempuan ini . *sambil ketawa tutup mulut*

ni muka bajet nerd . *senyum malu* hak . hak . hak .

ni muka gembira dapat beli buku yang saaaaaaangad banyak . 

ok . ni panjang sikit nak explain . muka kecewa tak dapat beli buku sebab purse dea tertinggal dekat rumah . dah syok syok pilih buku tapi bila pergi kat kaunter baru perasan purse tertinggal . inilah muka benar benar kecewa . 

kenapa baju aku laen tapi masih skirt yang sama ? ok . sekarang tabiat aku suka sangat pakai skirt . feeling sejuk berangin kau bila jalan . nak buang air kecil pun sonang . tak payah nak bukak bukak . angkat je . hiks . dulu tak confident sangat nak berjalan pakai skirt . tapi sejak MakPah ajar pakai skirt dengan kemeja terus asek nak pakai skirt je . MakPah cakap baru nampak perempuan sikit dan jalan tak terabur macam gangster . ceit !

last but not least . eskim ni murah sangad . singget sengah je . :D 




Dah 4 tahun aku kat sarawak .


Tapi aku masih belum reti cakap sarawak .


Sekarang baru aku rasa rugi . 


Kesian ~ ~ ~