Friday, August 30, 2013

  merdeka

Hei , hai ! assalamualaikum . aku di sini . ya . tak kemana . terima kasih masih menanti . terima kasih hari hari klik link azriyanisukatulis kemaen pagi petang siang malam tapi takde update . :p bajet fofular ke apa ni ? bukan . tahu banyak pengambil tahu di luar sana . :)


Lokasi sekarang di soromban . menjalankan aktiviti tanam pokok durian tapi hasil 5 tahun lagi . asek tanam anggur je kan . sekarang masih belum ada rezeki . tapi In Shaa Allah , Allah sentiasa membuka pintu rezeki untuk hambaNya . positif dan sentiasa positif . jauhkan sifat negatif . wah ! sejak asek tengok Prof Muhaya dekat tv , kemaen cakap pun nak macam dea . hari hari mengadap benda yang sama . bila dah asek duduk rumah ni , sakit sakit pun macam orang tua . terasa beginila bila dah jadi dewasa . terlupa sudah dewasa . rasa macam budak budak lagi sebab hari hari gaduh dengan izzah . dea cakap bontot aku besar , aku cakap dea gemok . ah ! sekarang dea memang gemok . tapi adakah benar bontot aku besar ? kanak kanak memang jujur tapi adakalanya dea juga akan menggunakan teknik psiko untuk sakitkan hati orang laen . ya . hati aku sakit bila dea cakap bontot aku besar . kah . kah . kah . 


Esok 31 ogos . hari merdeka . wish all malaysian selamat hari merdeka . kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang . Alhamdulillah untuk segalanya .*gaya ucapan dalam tv*




Ni bukan update raya . ni bukan gambar raya . ni update merdeka . gambar merdeka . jangan tanya mana update raya . bai .



Salam Merdeka .


:)


Wednesday, August 07, 2013

  malam raya

Eh . eh . tiba tiba terasa aku ada masa terluang yang banyak malam ni . semalam dah kemaen wish advance raya bagai tapi tup tup hari ni masih wujud lagi . bukan . bukan . sebenarnya semalam bajet malam raya aku pasti di dapur . di dapur sampai tak boleh nak jenguk tv langsung . tapi magik . petang tadi dah siap tolong MakPah masak raya . siap dah pergi kunjung rumah orang . maksud kunjung di sini adalah bagi orang makanan . ni bahasa jawa MakPah . tak sangka . tak sangka . tak sangkaaaaa ! ! ! yang meroyan sangat ni kenapa ? bertahun ok . bertahun malam raya di dapur . ni tak puas hati ke apa ? har . har . har . jujurnya aku tak suka malam raya di dapur . malam raya perlu dinikmati dengan menonton cerita raya di tv sambil feeling oh ! inilah raya paling membahagiakan .*sambil kunyah daging rendang*


ayam masak kicap .*telan air liur*

sambal goreng jawa . 

selalu rendang tok bagai kan . ni rendang MakPah .*thumbs up*

sayur lodeh MakPah . dah semuanya MakPah . mana yang ada nama aku ? low profile . taknak bagitau yang mana aku masak . riak nanti . zzzzZZZZ . kah . kah . kah . 

bungkus membungkus . ni la kerja aku . ni je aku mampu . low profile lagi .*mata juling*


Makanan tradisi yang memang akan ada bila hari raya di rumah MakPah dan Uncle Bun . tak boleh ubah . inilah setiap tahun . 


Kalau rumah aku nanti rasanya murtabak maggi la kot makanan tradisi hari raya nya . mudah . cepat . laen dari yang laen . dah nampak dah sifat malasnya . har . har . har .


Ni baru malam raya paling cool . dalam blog ada makanan raya . 



Salam Lebaran  . 


:)


Tuesday, August 06, 2013

  lebaran tiba

Eh , tinggal sehari jela nak raya . yeaaaaaa ~ terasa nak feeling wish advance raya sebab lepas ni entah bila dapat update blog . bukan sebab taknak update . tapi tak cukup masa . tak cukup masa gitu ayatnya . hari ni je dah manjang busy dengan ayam , daging , hati pedal bagai . esok banyak lagi yang menanti . nak kacau dodol , bakar lemang , anyam ketupat .*tipu* ok . bila cakap pasal hati pedal bagai , selama ni aku tak paham dan tak pasti macamana aku boleh suka gila makan menda alah ni . kalau kau tengok rupa dea sebelum dicuci , Masha Allah , nak telan air liur pun tersekat . tapi sedap pulak bila dah gorengnya . jadinya aku harus abaikan apa yang aku tahu dan lihat selama ini supaya ia kekal menjadi makanan kesukaan sepanjang hayat . har . har . har . 


Tadi masa tolong Uncle Bun bersihkan ayam , daging , hati pedal bagai , Uncle Bun cakap entah tahun depan abah ada lagi ke tak . nanti cuci ayam macam ni , daging potong macam ni , pedal bersihkan macam ni . ingat apa abah ajar . nanti kalau abah dah takde adik boleh buat semuanya . dengan yakin aku cakap In Shaa Allah abah ada . terus tukar topik ayam , daging ni semua dah cuci nak letak mana ?*sambil tengok muka Uncle Bun yang tenang* apesal aku sedih taip entry ni ?*kesat airmata*


Ehem . ehem .


Selamat Hari Raya in advance . 


Ampun dan maaf jika ada salah silap , terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja .


Terima kasih kepada kamu kamu yang selalu baca blog poyo ini . 
*muka pelik*


Jaga diri dan selamat bergembira bersama keluarga dan sanak saudara .



Salam Lebaran .


:)


Monday, August 05, 2013

  tinggal dua

Tinggal dua hari je lagi ramadhan nak berakhir . entah kenapa rasa sedih . nanti dah takde rasa suasana bulan ramadhan lagi . suasana bulan ramadhan ni laen macam sikit . kadang kadang boleh buat hati tangkap terharu + meriah + seronok laen macam . yela , bila cakap pasal meriah , bulan ramadhan je ada solat tarawih . bila malam terasa meriah nampak makcik makcik , pakcik pakcik , akak akak pakai telekung , abang abang berkain pelikat pergi masjid . naaaahh ~ budak budak kecik pun kemaen meriah ikut pergi masjid . lepas tu , bulan ramadhan je ada bazaar . dah nama pun bazaar ramadhan . bulan ramadhan jela ada kan . 


Bila cakap pasal bazaar ramadhan ni , terus teringat makanan makanan yang bulan ramadhan bole berlambak nak cari . contohnya sata . berlambak ada dekat baazar . hari hari beli dah macam orang mengidam . lepas tu bila sekali terkena yang basi , ok . bai sata . terus fobia nak makan sata . lepas tu terus suka makanan laen . kueh kole kacang . hari hari asek muka yang sama beli kole kacang . lepas tu kalau dah makan kueh ni masa berbuka , siap pesan dengan semua orang jangan makan kueh ni sebab nak makan lagi . padahal bukan ada orang pun . mak dan akak aku je . tapi still tak bagi orang makan . tamak . ada sekali tu MakPah beli sampai tiga hengget sebab aku kedekut tak bagi beliau makan . har . har . har . kesudahnya bila aku mintak kueh yang MakPah suka beliau tak bagi pulak sebab aku tak bagi kole kacang pada beliau . :p


Dari tengahari tadi dalam hati niat nak keluar pergi cari tudung . tapi sampai sekarang tak keluar keluar sebab malas . malas nak jalan tapi dalam kepala memberontak nak cari tudung . tak paham kan perangai pelik macam ni . kerjanya asek golek golek tak mandi macam orang takde feeling nak raya . sebab dalam kepala asek kole kacang ~ kole kacang ~ kole kacang nak beli dekat baazar kejap lagi .*sambil terbayang abang ensem jual nasi arab* kah . kah . kah . bai !



Salam Ramadhan . 


:)


Friday, August 02, 2013

  ramadhan 24

Hey , hai ! kenapa blog aku asek bukak tutup ? oh ! taktau nak cerita . tapi macam yang kita tahu dalam dunia ni ada pelbagai jenis manusia . dan aku berdepan dengan manusia yang suka tukar password email orang sesuka hati dan bukak facebook orang sesuka hati . erti kata laen penggodam . wah ! penggodam . lalu penyelesaiannya tutup semua social network yang ada . tapi blog ni rasa tak boleh nak tutup . walaupun semua cerita bodoh je aku tulis tapi aku suka . har . har . har . syok sendiri kan .


Diri sekarang dilaporkan berada di rumah MakPah dan Uncle Bun . seperti biasa lebih banyak melakukan kerja rumah sementara menunggu pekerjaan pekerjaan yang sesuai . bukan . tak sesuai pun aku akan cuba sesuaikan . ditambah nak raya ni , makanya lebih sibuk mengemas sana sini tapi masa tidur tetap cukup dan kadang kadang terlebih cukup . bila dah duduk rumah ni cuba buat sebanyak boleh kebaekan pada orang agar orang pun senang hati . kunun ler tu . bila tanya persiapan raya , semuanya biasa . Alhamdulillah semuanya cukup dan ok , biasa . bukan tak excited tapi mood tu memang biasa . kerjanya terperap dalam rumah dan tak nampak suasana nak raya . cuma yang aku nampak kalau drive malam kenapa macam ada pesta kereta banyak di jalan raya . ke mana mereka semua mahu pergi ? ke mana ? ke mana ? ke mana ? ok . duduk rumah tengok ramadhan yang hilang lagi seronok . tengok ustaz ustazah berceramah dalam tv lagi memberi keinsafan . ayat perempuan takde duet nak soping memang macam ni . baru habes belajar hoi . insaffff ~ *muka kesian*


Akhir sekali , dah ramadhan ke-24 . hutang puasa banyak . ya . banyak . bai .


Alhamdulillah syukur . 






Salam Ramadhan .


:)