Wednesday, June 30, 2010

  awesome!


Hari ini saya berasa begitu hebat kerana dapat mempermaenkan anak-anak ayam saya!!!! adakah apa yang saya lakukan itu wajar dinamakan 'mempermaenkan'? atau yang lebih sesuai adalah 'membuli'??? ops! saya pembuli kanak-kanak kah? oh! tidak sama sekali. saya seorang penyayang kanak-kanak ok.:p sebab itu kanak-kanak di rumah saya boleh posing seperti di bawah apabila saya memberi arahan kepada mereka. gila jahat kau! da nama pun ibu ayam. sayala yang paling berkuasa apabila tokey ayam pergi ke hospital hari ini. selama 3hari saya akan berkuasa sebagai ibu ayam kerana MakPah akan tinggal di hospital selama 3hari. sob3~~~

Bermacam-macam pesanan yang ditinggalkan oleh MakPah kepada saya. pesanan seperti ibu-ibu. rumah jangan kasi sepah. baju sekolah jangan lupa basuh. makan jangan lupa bagi. dapur bagi lap lepas masak. adeh! ini baru sikit. ada lagi banyak. oleh kerana saya memang ada penyakit lupa ingatan....ini jela yang mampu saya ingat. tetapi yang penting pesanan jangan membuli anak-anak ayam tidak pula saya dengar keluar dari mulut MakPah. adakah kerana saya pekak? atau sememangnya tiada pesanan sebegitu??? yang pasti saya tak dengarla. senang citer. tapi yang paling seronok untuk saya hari ini adalah apabila melihat gamba-gamba di bawah. sudah lama rasanya saya tidak ketawa berseorangan. aish.....kalau MakPah tau akitiviti saya ini....bukan ketawa yang mampu diluahkan. tetapi tangisan sedu-sedan ok! mati kau kena bebel 3hari pun belum tentu abis! tapi saya kan gadis kental....apa adehal......yang penting saya rasa hebat hari ini! hihihihi....


si rongak : cuba kamu perhatikan gamba ini dengan teliti. 
posing kanak-kanak ini sama seperti orang utan di bajunya.
kau hingat senang nak suruh budak posing camni??? well....saya kan ibu ayam....(gaya berlagak jahat)


si garang : cuba kamu lihat gamba di atas. 
ada tak kanak-kanak perempuan yang ingin menarik telinganya sendiri hingga kelihatan capang apabila disuruh?
ini adalah contoh kanak-kanak perempuan yang telah diayat oleh ibu ayam yang mengatakan beliau kelihatan sangat comey apabila posing begini. kau boleh buat???


pergh! yang tengah ni muka seperti ibu mithali! innocent!
tudung ibu-ibu ini dibelikan oleh MakPah agar saya lebih rajin keluar mengambil si gedik pulang dari sekolah. senang! sarung je. walaupun wajah nampak seperti ibu yang sudah beranak 2! huhuhu.....








amaran : tolong jangan contohi sifat ini apabila kamu berhadapan dengan kanak-kanak. kesian sungguh mereka. menjadi mangsa yang xbersalah! tapi oleh kerana saya da TERbuat aktiviti terejal ini....saya nak cakap ini boleh dijadikan terapi kamu apabila kamu tengah kesedihan. awesome!





Monday, June 28, 2010

  penantian suatu penyeksaan

pesananpenulisblog : entry agak ganas sebab kelaparan walaupun tengahari tadi sudah makan mcd. tajuk entry agak serius bagi diri si penulis blog. sila baca tanpa perasaan.:p


Wehhh!!!! mana MakPah dan Uncle Bun ni....??? mereka salah naek bus ka??? atau mereka pergi berdating candle light dinner??? atau MakPah pergi ajak Uncle Bun cari powerpuffgurl saya yang xjumpa-jumpa??? tahik kau azriyani! apa kesss asek cakap tahik??? ok! fine! saya sebut najis lepas ni. najis kau azriyani! hahaha....maen-maen! oh! saya sangat risau saat ini....busan juga rasanya bila tinggal berseorangan di rumah pada waktu-waktu begini. sudah tidak suka nak berbuku muka. jemu! muak! nak muntah bila mengadap! lebih suka berbuku lima! dduuussshhh!!!! wachaaaa!!!! ganas itu memang sifat yang termasuk dalam pakej gedik. garang + ganas = gedik! addoooiii....saya tak suka la merepek meraban ni. saya adalah seorang gadis yang sentiasa bercakap perkara yang serius dan mendatangkan manfaat. najis kau azriyani! stop rambling nonsense! cis! cakap omputih! aku nak cari makanan sekarang! sebab aku lapar. tapi makanan sudah abes dimakan oleh anak-anak ayam petang tadi. dan sekarang ibu ayam pula kelaparan. siot punya anak ayam! kok kok kok kokkkkk~~~(ibu ayam mengamuk sebab makanan takde). mungkin tuan kepada ibu ayam ini akan membawa balik bihun hongkong nanti. nyam nyammmm~~~gila ar ibu ayam makan bihun hongkong! kau ada???(gaya bongkak sambil muncung) caner tu??? sudah!



menanti penuh sabar.....sabar separuh dari iman......iman adalah mutiara.....






  TAJUK? ikut sukati kau la....


Sepertinya sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. kamu rindu kan pada tulisan bongek saya....ahaks! malaskah??? bukan malas. tetapi sibuk dengan kehidupan harian. ya...kehidupan harian yang memerlukan saya untuk memerah tenaga serta menguatkan mental. apakah??? kehidupan harian itu memerlukan saya untuk memijakkan kaki ke tempat yang paling saya takot dan tidak mahu pergi!!!! hanya kekuatan yang mampu menggerakkan kaki ini. apakah tempat itu??? tempat yang paling saya tidak suka pergi adalah hospital dan toilet ok. sila ambil perhatian. jadinya tolong jangan ajak saya ke tempat-tempat ini. huhuhu...kenapa? mungkin fobia. dan mungkin saya memang aneh. seperti terpukau jika saya menjejakkan kaki ke hospital. tidak bercakap. dan muka akan menjadi blur serta-merta.(sila bayangkan muka azriyani blur. kau pun rasa nak lempang2 aku)

Kesian juga saya melihat MakPah. sangat kuat untuk semua ini. beliau membuatkan saya sayu....sayu kerana beliau tidak pernah merungut dengan semua ini. apa yang beliau sering perkatakan hanyalah ini dugaan Allah untuk kita. sebab Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita. semua yang berlaku ada hikmah. satu persatu. satu persatu dugaan itu datang. saya hanya cuba menjadi tulang belakang beliau walaupun kadang-kadang saya hampir tersungkur. kerana saya tahu hanya saya yang MakPah harapkan. kerana saya yang satu. kerana saya yang sentiasa menemani beliau ke mana saja. kadang-kadang terfikir juga saya. mampukah saya menjadi seorang ibu seperti beliau? mampukah saya berhadapan dengan semua ini? sanggup bersusah payah walaupun hatinya telah dicela dan dilukai. setitis air mata pun saya tidak pernah lihat jatuh dari wajah beliau. beliau selalu berpesan kepada saya. jangan ditinggal solat dan Al-Quran. itu kekuatan kamu. itu saja harta yang beliau mampu beri kepada saya. beliau selalu berkata jika saya sudah melahirkan anak-anak suatu masa nanti....biarlah anak-anak itu dididik bacaan Al-Qurannya oleh ibunya sendiri kerana kamu yang melahirkan mereka....darjat kamu sebagai seorang ibu itu tinggi di sisi Allah....wooo.....saya? diam seketika. insaf sekejap. terejal kembali setelah setengah jam selepas itu.:p 

Semalam sebelum ke hospital....saya dan MakPah singgah ke angsana sekejap. kamu tau? beliau ingin cari patung powerpuffgurl untuk saya??? terkesima saya bilamana beliau bersungguh-sungguh untuk mencari patung tersebut. dari mana beliau tau impian bongek saya itu??? malu ok. bila kau da besar mak kau nak belikan kau powerpuffgurl. rasa macam nak hentak muka kau sendiri. hakikatnya saya sudah give up untuk mencari patung tersebut. pergi matila impian bongek itu. tetapi yang gelinya ada ke MakPah mau belikan saya patung barney??? kamu tau tak katon barney??? yang dinosour besar kaler purple! beliau kata patung barney pun comey. comeykah??? saya nak bawak naek flight pun malu tahap babun nak berak kot. kalau kamu masih xdapat bayangkan gak katon barney tu caner...kamu pergi tanya pokcik google sekarang! patung tersebut anak buah saya yang gedik pun ada ok! xmacam makin kena ngolok saya dengan akak dan abang ipar saya kalau mereka tau saya pun ada barney macam si izzah gedik! conform makin tinggi title gedik saya! kamu ada dapat title gedik paling hot macam saya??? 

Ops! sudah pukul 4.35. terlebih suda. mau mandikan anak-anak ayam saya. anak-anak ayam saya juga belum diberi makan. MakPah dan Uncle Bun pergi ke hospital lagi hari ini. maka....sayala ibu ayam untuk hari ini!!!!!!kahkahkah.....(gaya jahat)






Thursday, June 24, 2010

  update paling CIPUT!


Weh!!! aku nak update tapi aku blur~~~kepala tidaklah kosong. kepala dipenuhi dengan pelbagai benda tapi tidakla ingin saya luahkan segalanya di dalam blog. ya...saya memang suka memendam rasa. tahik kau! hidup agak huru-hara sedikit. spec purple saya hilang entah ke mana.(mentang2 selalu pakai lens abis spec hilang baru sedar) pasport saya juga sudah menyorokkan diri. purse saya yang selalu sepah-sepah juga tiba-tiba sudah hilang dari pandangan mata tuannya. adeh! sudahla memang lupa ingatan. sekian, terima kasih.(aku serius blur)





Wednesday, June 23, 2010

  dodoi la dodoi....



Guruh. langit seperti ingin menangis membasahi bumi. sejuk. rahmat dari Allah s.w.t. menyejukkan alam semesta yang sebelum ini kekeringan. berhenti berharap. padaMu kubersujud. kebahagiaan dalam perpisahan. bila cinta. sang mantan. perlu memilih. keputusan. kalau tangguh? mahu yang suka atau mahu yang murah? ragu-ragu. turun? naik? sekarang? nanti? adeh! nak beli tiket pun pening. bila pening nak tulis. bila nak tulis je pening. terima kasih blog. terima kasih kepada yang membaca. terima kasih kerana saya semakin pening sekarang. mau tidur tapi mata masih bulat. bila bulat perlu dibujurkan. bila bujur perlu dikecilkan. bila kecil perlu ditutup rapat. bila sudah tertutup rapat....babai semua! yes! saya berjaya merepek meraban! saya benci entry saya ini! tiada manfaat! tapi saya nak post gak! ini tanda2 orang bongek! ada kamu kesaahhhh??? tapi terima kasih kerana baca entry ini sampai abis. hujan da turun. lebat. saja nak bagitau. saya nak mimpi dapat patung powerpuffgurl malam ni. kalau saya nampak orang yang bagi patung tersebut esok saya cari dea. jom tidur. tajuk entry yang macam tahik! hahaha....






Tuesday, June 22, 2010

  pujuk ampuku....


Oh! letih sungguh hari ini. rasa seperti sudah menjadi tokey kedai kek & biskut! si jelita bakery house. eeeyyyuuu~~~dari pukul 12 tengahari hinggalah pada pukul 6 petang saya bertapa di dapur. memangla layak saya digelar bibik! OMG!!!! tetapi hati ini berasa puas kerana telah berjaya melaksanakan segala permintaan MakPah. selepas ini saya mau relax saja sampai hari saya pulang ke bumi kenyalang. boleh ka??? boleh jalan! 

Tadi pagi sempat MakPah memberi sedikit nasihat kepada azriyani bunaim yang agak degil lagi bongek! result hebat saya telah diketahui oleh MakPah ok. ayat pertama yang keluar dari mulut MakPah adalah......maen2! orang banyak maen memang begini la jadinya. huhuhu.....saya banyak maen ka? mungkin. nasib baek tiada bebelan panjang. tetapi ayat terakhir beliau telah membuatkan saya terpana. terpana kerana itu adalah sejenis amaran. bukan nasihat. tetapi amaran yang mesti dipatuhi! wajib! wooo......mungkin MakPah begitu kiciwa dengan saya kali ini. aish....sungguh berdosa saya kerana membuat hati beliau gundah gulana memikirkan saya. maafkan saya MakPah....saya berjanji akan lebih serius dengan hidup saya selepas ini. FOKUS!

Gara-gara ingin menyejukkan hati MakPah yang sepertinya bengang dengan result hebat saya....apelagi yang mampu saya lakukan hanyala mengampu dengan membuat segala jenis kek & biskut permintaan beliau. gigih saya bekerja di dapur sehingga sakit segala tulang temulang & otot gadis! adeh! saya memerlukan kerusi OGAWA saat ini. tapi sekarang saya nak bongkak lagi riak tunjuk pada kamu hasil-hasil saya sebagai gadis yang mak kamu pasti jatuh chenta jika melihat semua ini dibuat oleh hasil tangan xbedung seorang gadis perasan jelita.:p geli ginjal!

pertama : dadih stoberi. manisss....

kedua : kek marble yang MakPah belum nak jemu2.

ketiga : crispy almond cookies. ini serius sedap. 

keempat : biskut suji. biskut yang menguji kesabaran aku!



sila ambil perhatian! semua ini dibuat pada hari ini. tolongla percaya!!!! apehal saya duk buat biskut raya??? ini adalah permintaan MakPah. serius saya taktau kenapa beliau pelik2 nak makan biskut raya. mungkin beliau sakit mata tengok saya bermalas-malasan duduk di dalam bilik setiap hari! dengan cara ini saja boleh melihat kerajinan & kesibukan saya apabila duduk di rumah. ya! saya memang pemalas! kamu semua sudah berpuasati dengan skill kegadisan saya? jangan pandang saya rabun! skill sebagai seorang gadis masih kekal di dalam kegedikan azriyani bunaim! ya....saya anak kepada Uncle Bun & MakPah.(tiba2 xde kena mengena!)





Sunday, June 20, 2010

  3 dalam 1


- SELAMAT HARI BAPA kepada Uncle Bun & semua bapa-bapa di dunia!!!!!

- Saya sangat sayang Uncle Bun walaupun Uncle Bun sangat suka mengolok saya sampai kecik hati saya. sob3~~~(kunun2 sedih). sebenarnya kan Uncle Bun taktau pun bila hari bapa. Uncle Bun bukan amek port pun hari-hari begini. kadang-kadang hari lahir beliau pun beliau lupa. kalau saya xwish pun beliau bukan merajuk macam MakPah (smbil bisik2).

- Terima kasih kepada zahwani ariff & hazi farhana untuk hari semalam yang menggembirakan diri ini. makan sup ekor yang gila kentang, mengumpat ketawakan orang sampai nak langgar traffic light. nasib baik saya & cik ajiebanana kuat menjerit bagi menyedarkan cik wani dari lamunan mengumpat orang. kihkihkih....dan terima kasih juga kepada kamu berdua kerana telah menyelamatkan saya dari keadaan yang buat saya mahu bergelak ketawa sehingga ke hari ini. aish.....kalau kamu berdua tiada semestinya saya mati kutu gila shopan secara tiba2. huhuhu....

- Akhir sekali, terima kasih kepada cik anis  idayu kerana telah mempromote software photoscape. sangat menarik!!! i loike!<3. gambar-gambar di bawah adalah percubaan pertama saya mengedit menggunakan software tersebut. cepat & mudah! sila cuba ok. heeee....






amaran : sila jangan tanya apa yang ada di muka saya itu! musim pembiakan jerawat pada hari yang boleh membuat mood gadis-gadis mengamuk secara tiba-tiba. ahaks!





Thursday, June 17, 2010

  GILA!


Gua rasa arini gua nak cakap ganas2 sama lu. amacam? lu bleh trima tak? bila gua cakap ganas2 maknanya gua taip pun pendek2 mcm ganas2 ar. lu kena buat2 paham la. kalo lu xpaham maknanya lu memang bo****! hahaha......tajuk entry gua pun 'GILA!'. maknanya gua memang tengah gila meroyan skrg ni. baper byk pkataan makna gua da taip dlm prenggan yg 1st ni? ape maknanya??? xde maknenyeee! agak susah gak gua nak tulis camni. berpeluh kepala otak gua pakse pkir ayat2 yg ganas. huh. apesal gua jadi gila meroyan camni? sebab kaler merah! mood gua bleh jadi giler sbb kaler merah! sbb kaler merah....pinggang & perut gua sakit smpai rase mau guling2. lu penah rase? kalo lu adam memang lu xpenah rase. kalo lu hawa konpem lu pun penah rase.(smbil muka gangster kening naek2)

Gua bkn apa....arini sbb kaler merah gua punya kek marble pun jadi kaler merah abes! merah MakPah! xnak ar MakNgah2. merah MakPah lg mengancam. smpai MakPah & Uncle Bun mengolok2 gua punya kek da mcm karpet yg MakPah beli dari bai manentah. siap MakPah amek karpet tersebut kasi tunjuk pd gua. pergh! gua kecik ati ar gak. tapi sebab gua punya ati da keras & kebal....gua buat2 muka toya jela. tapi gua nak terbahak2 gak tgk karpet tersebut memang sama kaler & patern mcm gua punya kek marble! adeh! gua da ckp sama MakPah...mood gua tgh gila meroyan. buat kek memang konpem cacat punya. tapi MakPah da mula nak buat ayat2 sedih beliau. gua memang lemah kalo da dgr ayat2 sedih MakPah. MakPah memang begini. lu kalo nak kenal MakPah....eh! lu nak watpe kenal MakPah? MakPah da Uncle Bun yg punya kot. tp gua nak bgtau gak sama lu. manetau lu bakal jadi menantu MakPah....wakakaka....beliau memang ske mkn 1mknn brulang kali sampai beliau da muak xnak mkn! selagi xmuak....selagi tu beliau nak mkn je benda tu. adddooiii.....jadinya lu kalo nak kenal gua lu kena kenal MakPah dulu. sbg langkah2 memahami ibu & kemudian barula anak.:p MakPah gua ni ada gediknya gak. lu jgn ingat gua je yg gedik.(smbil jeling mata besar). gua punya gedik hanya pd benda2 kat bwh ni. gua mmg da gila meroyan pd benda2 kat bwh ni. serius gua akn cari sume ni sampai dpt!



ni baru gua tunjuk tumbler yg buat gua gila meroyan! lu pkir gua mmg gedik @ da tahap gila?
 tp yg lebih penting gua mmg akn cari patung katon ni smpai dpt! kalo gua terpakse upah org crikan gua mmg snggup upah org tu. huhuhu.....








apaapajela : letih gak gua nak tulis entry kali ni. mmg lame gua buat entry ni. da nak 1jam stengah gua buat ayt bg nampak ganas. gua mmg gadis yg shopan & jelita ar. xbleh disangkal lg. gua mmg xlayak tulis cmni. klako. tau x klako??? sumpah gua xkan buat entry cmni lg!





Wednesday, June 16, 2010

  ME MA HA MI


Oh! saya semakin tidak faham dengan kesihatan diri saya. sekejap sihat, sekejap kembali tidak berdaya. apakah??? tidur juga semakin hari semakin tidak menentu. sukar melelapkan mata di malam hari. tetapi gemar memejamkan mata di siang hari. apa kesss??? MakPah asek bising saja dengan masalah saya ini. tapi da memang saya pekak tapi jelita.....hanya buat-buat tidak dengar dengan bebelan tersebut. saya pergi ke rumah sakit??? oh! tidak mungkin sama sekali. kalau kamu ajak saya pergi ke jusco dengan segera saya akan cuba menjadi sihat. tetapi....jika ke rumah sakit.....rasanya kaki ini seperti ingin berpura-pura tidak mahu bergerak. tindakan spontan! bukan saya. tapi kaki saya. kaki saya yang bersalah.

Saya semakin berasa bengang juga untuk minggu ini. lesen 1 hal. tiket flight juga 1 hal. boleh ke saya nak luahkan dalam blog??? hanya ingin menambah pening kamu yang membaca saja. yang pertama, ceh! maen-maen ok cikgu driving saya. sekejap sempat abeskan P. sekejap xsempat. saya peningla macam ni. cikgu tersebut dahla promote insurans yang beliau jual masa saya tengah blaja driving. nasib baek saya xrosakkan clutch kereta beliau. kalau tak....mesti beliau bengang bila dapat student macam saya. huh. dengan muka kunun2 manis saya senyum je bila cikgu tersebut asek potpetpotpet promote insurans beliau. haaiiihhh.....macam-macam. haaa....lagi 1 hal....tiba-tiba tiket flight yang saya mau beli mahal pulek kan. aritu murah sedikit. tapi tiba-tiba sudah naek. adeh! saya yang bersalah xbeli cepat atau biar lambat asal selamat??? huhuhu....sudah mau pulang ke bumi kenyalang ka??? sepertinya tidak mau lagi menjejakkan kaki ke sana. datang sudah kegedikkan. basyah azriyani! annyyiieee~~~rasa seperti sudah lama azriyani tidak membebel seperti ini. huhuhuhu....mungkin ini mood untuk cuba memahami apa yang terjadi di sekeliling hidup azriyani. apakah???







pengumumanpengumuman : hidup memang warna-warni macam pelangi. kadang-kadang chantek sangat sampai kita lupa diri. kadang-kadang kelam hingga kita tidak mampu berdiri. jadinya? hanya kita yang boleh mengatasi apa yang terjadi dalam hidup kita sendiri. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan canggung 4! ahaks!







Tuesday, June 15, 2010

  fotogenik la sangat! - contest photogenic


Wakakaka.....lihat tajuk entry saja sepertinya rasa ini ketawa kuat-kuat. saya join contest??? memang sudah tiada pekerjaan yang ingin dilakukan! jadinya tangan gatai mahu join ini contest!!!! photogenic contest ok. apa? photogenic??? photogenic kah saya??? oh! mungkin fotosintesis! yeehaaa!!!! suka suki mau join ini contest. kalau menang itu rezeki. kalau kalah itu mungkin saya hanya perasan photogenic! kihkihkih.....mari....mari....mari klik ini link kalau mau join ini contest. silala ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan....da nama pun contest kan. mestilah kena ada syarat. wajib ikut ok!


Dan gamba yang telah dipilih oleh saya adalah.......jeng3~~~clap3~~~tadaaaaa~~~~~oh! banyak sungguh bunyi-bunyian.....tuan-tuan & puan-puan.....dipersembahkan..........


adakah saya kelihatan fotogenik di dalam gamba ini??? oh! mungkin. :p kenapa ye saya suka gamba ini? mmmm......sebab......sebab.....sebab........

1) saya kelihatan seperti sangat relax menaiki benda alah binatang ini. boleh posing2 amek gamba lagi. tapi hakikatnya jantung saya berdegup kencang! sangat takot ok! kabel car ni sangat tinggi....(gaya jakun) dahla panjang! abes pekak telinga saya sebab tekanan tinggi. dahla saya memang pekak! tapi jelita......

2) saya suka melihat senyuman saya di dalam gamba ini....sepertinya kelihatan manis....yeee......adik manis.....wakaka....

3) gamba tidaklah chantek tapi saya sepertinya kelihatan jelita. saya shuke!!!!!<3 eeyyuuu~~~prasan!

4) saya rasa inilah gamba saya yang photogenic. ahaks! gamba yang laen semuanya hanyalah senyuman palsu kunun-kunun manis perasan jelita! termasuklah gamba header blog ini! hahaha..... 


eh! lupa pulek saya kena tag 3orang kawan saya :



tapi contest ini akan ditutup pada pukul 12 malam ini...sepatotnya pada 30 JUN. tapi tuan punya blog tersebut sudah forward itu tarikh daaa......cepat! cepat! selagi masa masih ada!!!!! masa itu emas!




first time saya join benda-benda sebegini. ini adalah kerana saya sudah tiada pekerjaan!!!!! saja suka-suki perasan photogenic.;)





Friday, June 11, 2010

  Kesah tak?











Oh! hari ini aku malas nak update! ada kau kesaaahhh???













hari ini berasa sangat malas. tapi makan rajin! asek berasa lapar walaupun baru beberapa minit makanan telah dimasukkan ke dalam perut. ini sudah luar biasa dong....gawat ini.....haaiihhhh....ternyata aku seperti bibik!





Thursday, June 10, 2010

  penawar RINDU...



hujan. mengantok yang amat. MakPah tiada. surirumah yang berjaya. nasi goreng cendawan. lipat baju. sidai baju. dibuli oleh kanak-kanak. garang saya tiada bererti. oh! saya berasa letiiiihhhhh!!!!!!! silala panjangkan ayat-ayat pendek di atas supaya menjadi sebuah kisah yang menarik untuk hidup azriyani bunaim pada hari ini. hakikatnya hidup azriyani bunaim tidak menarik hari ini kerana ditinggalkan oleh MakPah. sob3~~~


rupa saya pada hari ini. tapi masih dibuli. huaarrggghhhh!!!!









tajuk tiada kena mengena!










Wednesday, June 09, 2010

  NIANG RAPU!


Hihihihihihi......(kunun2 bunyi hantu). ada plak kan tiba-tiba hantu tulis blog. aku la hantu tersebut sebab aku yang tulis blog ni. hukhukhuk....suka kamu ea.....sepertinya tiada mood mau menulis. tiada mood mau bercerita. mood sudah hilang sejak 2,3 hari ini. apehal??? mungkin disebabkan hormon-hormon yang bergelodak untuk bersedia menjadi dewasa kerana tinggal beberapa minggu lagi umur akan mencecah 23 tahun! 23??? macam banyak gitu nombor ini. adeh! 23....sweet number or just an ordinary number? jenis apakah soklan saya ini??? sudah semakin dewasa.....& memerlukan beberapa target untuk dicapai agar hidup ini lebih teratur & bererti...cecece~~~

Oleh kerana sudah tidak mahu merapu terlau banyak.....silala nikmati gambar enak ada nasi ayam dalam blog ini. tolongla percaya nasi ayam ini adalah hasil tangan suka korek taik hidung iaitu azriyani bunaim! saya memang suka sekeleh-sekeleh. taik hidung sedap kot. masin.....:p rasa lebih kurang masin2 sup ayam nasi ayam! hahaha.....kamu geli nak makan nasi ayam selepas ini? ada saya kesahhh??? lalalala~~~tiba-tiba teringat air coke. sudah geli mau minum coke selepas menonton Lagenda Budak Setannnnnn!!!!! serius macam setan cerita tersebut. lizard coke! eeerrrrkkk!!!! mungkin ada hikmah aku menonton cerita tersebut. jikalau tidak.....coke menjadi pujaan hatiku. & mungkin bakal mewarisi penyakit keturunan MakPah juga. ish! tobat3.....kurangkan manis.....lebihkan senyuman manis.....yeahhhh!!!!;)(macam besh je trademark ni)

memang sengaja besarkan gambar. serius lazat nasi ayam ini. 
kadang2 kita perlu memuji diri sendiri agar semangat itu terus kekal....
semangat apa? semangat untuk rajin memasak! ahaks!






keponakbagitau : MakPah ada di sebelah saya tika blog ini diupdate. MakPah teruja melihat gambar nasi ayam di atas. beliau berpuasa hari ini. terliur melihat nasi ayam ini. MakPah oh MakPah.....sekejap lagi buka puasa ye MakPah....kihkihkih....





Tuesday, June 08, 2010

  GATAL


masih sayang pada background lama. tidak boleh melupakan background lama. maka blog kembali seperti dulu. inilah yang dinamakan.....sayang itu sukar dihapuskan. apakah??? oh! saya berasa sengal bongek hari ini. ditambah dengan rumah yang sunyi tiada suara kanak-kanak. saya seperti mati kutu. tiada apa yang ingin dilakukan. sudah muak membuat kek. angan-angan mat jenin! apalagi yang boleh dilakukan? hanya mengadap lappy dan membuat perkara-perkara aneh. jadinya inilah hasil kebongekkan saya. tukar background tukar background! adeh!








Monday, June 07, 2010

  I loike!




baru belajar buat button like seperti di bawah. sangat comey. jika kamu suka entry saya kamu boleh like. tapi dislike xboleh! lalala~~~belajar setelah blogwalking ke sebuah blog yang comey. blog comey tersebut adalah ini. saya suka baca. heeee....mau belajar cara membuat button like seperti di bawah? sila klik sini. senang saja....semoga berjaya!!!! ;)







  menyentuh KALBU


Ada orang menanti update dari saya? terharu sangat. ahaks! seperti yang dijanjikan....arini gi tengok wayang bersama 2orang beshfwend saya. seronok! mengekeh saja dari naek kereta hinggala turun kereta. merekala yang selalu bersama saya cuti ini. terima kasih kawan2....:) cerita apa yang ditonton tadi? Lagenda Budak Setannnnn! setan tu kena sebut macam setannnnn! hahaha....terharu....menyentuh kalbu. sob3~~~tersirat seribu satu makna. hampir mengalirkan air mata....tapi mestila kena control jelita bagi kuat ini hati di dalam. heeee.....apa yang penting? cerita itu mengajar saya erti sabar.....kalau sudah begitu ketetapannya....kalau sudah begitu takdirnya.....walau apa pun halangan yang ada....akhirnya kita akan dapat takdir yang memang sudah tersurat untuk kita. cuma masa & keadaan yang menentukan. silala tonton cerita tersebut jikalau kamu ingin lebih faham apa yang saya sedang cuba merepekkan ini.

Next story. saya rasa terharu setelah membaca sebuah blog. about her mum. her mum yang sakit kencing manis hingga jarinya perlu dipotong. sangat simpati & rasa sedih.....MakPah pun ada kencing manis & hampir meninggalkan saya & keluarga. aish....xperlulah cerita di dalam blog. saya berasa touching & emo2 nanti. sob3~~~tapi yang penting di dalam hidup saya MakPah adalah seorang wanita yang gigih & cekal. terlalu banyak pengorbanan yang beliau telah lakukan. walaupun semua orang seperti takot ingin berjumpa dengan beliau kerana wajah & suaranya yang tegas....tapi sebagai anak yang memang xreti bahasa....saya saja yang berani bergurau senda mempermaenkan beliau walaupun ada masanya saya juga takot dengan beliau setelah beliau membebel2 & mula memberi peringatan kepada saya. huhuhu.....tapi beliau sangat baek hati yang kadang2 saya tidak dapat bayangkan bagaimanala hidup saya jika beliau pergi meninggalkan saya....? aish......kerana setiap kali beliau mengajar saya sesuatu.....beliau pasti suruh saya ingat sampai bila2 walaupun beliau sudah pergi buat selama2nya nanti. maklumla...anak gadis ini mudah lupa ingatan. bongok kan. memang begini. apa yang diingat pun xtaula. semua ibu2 begitu. bukan MakPah je. semua ibu nak yang terbaek untuk anak2 mereka. tapi kadang2 anak2 ni xreti2 nak cuba menjadi yang terbaek. macamla saya baek sangat kan. :p ceh! cara saya bercakap da seperti cara MakPah membebel. hahaha.....like mother like daughter. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.....haaaa....terkeluar segala jenis peribahasa! xkan melayu hilang di dunia. ceh!





anehaneh : arini saya mendapat sejambak bunga ros merah palsu! mms! ceit! gigih sungguh orang tersebut. papepun terima kasih la kerana bersusah payah menghabiskan kredit sebanyak 15 sen kot untuk mms bunga & bear tersebut...apakah tujuan mms tersebut dihantar kepada saya??? ntah. hahaha.....lawak pun ado. macam2....

Saturday, June 05, 2010

  punca kuasa 2 teruja = TAKSUB sgt!


Yeaahhh!!!!! arini pekerjaan untuk belajar membuat kek marble telah berhasil & memberikan kesan positif kepada saya & beshfwend saya!!!!! shuke sangat! ^-^ tak kusangka rupa2nya di sebalik kebongokkan aku ini masih terselit seribu kehebatan sebagai seorang gadis yang sukar dipercayai oleh kamu! huhuhu.....aish.....tahniah diucapkan kepada azriyani bunaim & hazi farhana hamidon kerana telah berjaya membuat MakPah & Uncle Bun berasa kagum & taksub melihat kami berjaya membuat kek marble yang kadang2 orang laen buat xjadi! perasaan gembira dapat membuat kek yang menjadi adalah seperti perasaan gembira mendapat sejambak bunga ros yang mekar & harum.....uuuuu.......ceh! geli sangat! dapat bunga ros gembira ke??? gembira3~~~ heeee......ketaksuban MakPah telah membuatkan MakPah tersenyum riang lalu meminta pelbagai jenis kek lagi untuk dibuat oleh saya sepanjang cuti ini. untukmu MakPah....akan kubuat segalanya. kerana engkaulah ratu hatiku. ahaks! comey sangat! lalala~~~

Tiba-tiba Uncle Bun memuji kek cekelet moist saya tempoh hari. beliau memang begitu. suka kutuk-kutuk, perli-perli, mengolok-ngolok saya seperti saya ini insan yang lemah.(sambil kunun2 sedih mengesat airmata).hahaha....sengal! tetapi.....mungkin kek itu dibuat dengan penuh kaseh sayang.....maka Uncle Bun telah terkena jampi saya lalu memuji saya sebagai seorang gadis yang jelita pandai membuat kek. hahaha....sudahla! asek mengarut pasal kek je. muak! muak ok!!!!!! tapi kenapa kek yang kat secret recipe tu aku makan xpenah rasa muak ponnnnnn.......??? demand!

Saya gembira tapi risau yang xberapa nak risau akan kaki saya ini......adeh! MakPah asek membebel2 suruh pergi ke rumah sakit la ke kedai ubat la. karenanya merah ini semakin sexy & membesar. apehal??? kalau MakPah xmembebel2....saya masih membuat bongok & tidak melihat kaki saya ini kerana saya sendiri takot mahu melihat kaki saya. geli pun ada. hehehe....kaki sendiri pun geli. ini menandakan.....gedik! aish.....huduh sangat kaki saya sekarang ni....sob3~~~semoga hari esok akan memberikan aku kaki yang lebih sihat & chantek tanpa cacat cela! barula yani si gadis jelita.....eeeyyyuuuu~~~eeerrrrkkkk!!!!

sebelum

semasa

selepas

tadaaaa!!!!! hasilnya....nyam3....
walaupun saya xsuka sangat makan kek ini tapi saya suka tengok kek ini.





notakakiberbululebat : esok plan nak tengok citer amende tu. ala....lagenda budak setan. ntahla. aku pun xtau. tapi macam besh je citer tu. sape da tengok??? sila bgtau saya secepat mungkin citer tu besh ke x. kalau xbesh.... saya rasa saya nak tukarkan duet tiket wayang itu dengan sesuatu yang lebih menarik!!!! iaitu......ops! jeng3~~~

Friday, June 04, 2010

  APAKAH???



merah 


besar


gatai


merebak


OMG!!!!!!


apakah ini???

kaki besar seperti gajah, huduh seperti kaki kerbau.:p


kaki saya!!!!!!! kaki saya telah dinodai!!!!! hahaha.....kenapa kaki aku jadi begini setelah digigit manja oleh nyamuk jantan yang tidak bertanggungjawab??? gigitan luv bite nyamuk jantan yang rakus! apakah ini??? apakah??? perlukah saya ke rumah sakit??? oh! tidaaakkkkk!!!!! rumah sakit tidak suka akan saya!!!!! saya tidak mahu ke rumah sakit!!!!! tempat paling takot untuk saya kunjungi. huhuhu....MakPah cuba menakotkan saya dengan mengatakan ini adalah...........OMG!!!! nasib baek demam baru saja pergi meninggalkan saya. kalau tidak.........oh! saya rasa seperti mahu pengsan melihat kaki saya!(sambil pura2 tidak bermaya) hahaha....gedik kan kau azriyani. adeh! semoga keanehan ini akan hilang secepat mungkin. kalau xhilang??? kalau xhilang.......tuan doktor...sila datang ke rumah saya. saya tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah sakit!!! hah? kau pikir kau anak majistret? loyar? hamboi3.....anak Uncle Bun & MakPah je kot....mengade lebih! penakot! sob3~~~bagaimana saya boleh tidak perasan kaki saya telah dilanda kemerah2an yang sexy lagi byk???(sambil mata juling nak pengsan). MakPah cakap saya pecicilan!(pecicilan adalah perkataan jawa). kamu nak tau maksud perkataan tersebut? sila bertanya kepada MakPah sendiri. lalalala~~~





sokseksoksek : berita dari azriyani bunaim melaporkan rumah saya sekarang ini sedang dikunjungi oleh banyak nyamuk. mungkin sudah musim nyamuk2 membuat lawatan ke taman perumahan saya. setiap hari ada bau forging nyamuk dari pihak berkuasa tapi kenapa jalan canggung 4 iaitu jalan rumah saya tidak disembur??? ini boleh membikin ketidakpuasatian. aish.....

Thursday, June 03, 2010

  TERUJA kuasa 2!


Tiada pekerjaan menarik arini. oleh itu masa dimanfaatkan dengan menukar background blog! tidak berapa gemar akan kaler cekelet....tapi layan jela....zaaassss!!!! sepatotnya arini saya membuat kueh yang bertajuk abok2 tapi daun pisang xde pulek....lupa mau kirim sama itu Uncle Bun masa beliau ke pasar pagi tadi. MakPah asek merengek2 nak kueh abok2, nak kueh abok2. haaiiihhh.....pantang mendengar saya menyebut tentang makanan. beliau mesti akan teringin. sosah3.....ada ke tadi MakPah mengidam nak buka puasa pizza??? adeh! cuba kamu bayangkan siapa lagi gedik sebenarnya? MakPah atau saya??? hukhukhuk.....saya mau saja call pizza tapi beliau xnak pulek. nak makan kat kedai pizza ok. xnak kat umah. demand x MakPah saya? addoooiii....tiba2 datang pulek keanehan beliau ajak saya keluar meronggeng pada hari isnin nanti. huhuhu.....mungkin beliau sudah busan duduk di rumah. ajak tengok wayang xnak pulek. takot telinga pekak. hahaha....lawak juga rupanya MakPah ini. sebenarnya beliau sudah gatai tangan mau kasi keluar sama itu wang bagi derma pada itu cashier2 di angsana. MakPah oh MakPah......

Sabtu ini bermulala cuti sekolah selama 2minggu. kanak2 riang di rumah saya mesti sangat suka membuat sepah & memekak seperti rumah ini mereka yang punya. tetapi yang penting kepala otai bagi segala kenakalan akan duduk senyap kerana beliau akan disunatkan. pendengkian oleh azriyani bunaim akan bermula. kahkahkah......(ketawa syaitan yang direjam!) siap kamu wahai kepala otai kenakalan! selalu loyar buruk sama ini akak yani jelita kan.....nanti siapla kamu akan kudengki! arini saya asek berasa ngantok je. ape kesss??? ngantok seperti saya kepenatan membuat aktiviti yang berfaedah semalam. padahal aktiviti sama saja setiap hari. aish.....penyakit suka tido suda menyerang. mungkin saya kekurangan tido sejak akhir2 ini. ntah apa yang dibuat sampai kurang tido pun xtaula.....(sambil sangap da nak 10kali!). hehehe.....tiba2 saya nak kepo cakap dalam blog saya teruja bff bongok saya da ada blog!!!!!!! cayala! ni yang nak support lebih pada kamu ni. keep it up! teruja juga bilamana beshfwend saya cakap nak buatkan kek untuk saya pada 4julai nanti walaupun beliau belum pandai buat kek! hahaha.....maafla pada kamu kerana saya tergelak kuat pulek. heeee......ish! shopan3.....xpe.....di mana ada kemahuan....di situ ada jalan! apa yang penting? usaha tangga kejayaan! yeah!!! basyah! saya akan tunggu kek kamu itu.;)


luv untuk kawan-kawan saya. 
simpan! paksa juga kamu simpan wpun kamu xnak! lalala~~~






keposungguhsayaini : amat bersyukur kerana dianugerahkan sahabat2 yang besh & selalu memberi semangat kepada saya. terima kasih kawan-kawan....heeeee....^-^

  pegang TANGANKU


kamu KUAT

kamu TABAH

kamu tahu apa yang TERBAIK untuk kamu

kesedihan kamu bukan selama2nya

Allah Maha Adil

Biar kamu terluka sekarang

Biar kamu menangis sekarang

Kerana kemudian hari Allah akan menggantikan kesedihan kamu dengan kebahagiaan & kegembiraan yang kamu inginkan

Aku menyayangi kamu

Aku ingin melihat kamu gembira

Tapi kamu perlu KUAT & SABAR dengan semua yang berlaku dalam hidup kamu

Jangan ditanya kenapa

Jangan diungkit pengorbanan kamu kepadanya

Kerana semua ini akan buat kamu lebih mengenal erti hidup & buat kamu jadi lebih matang

Apa yang penting?

Kamu berdoa & meredhakan semua ini agar hati kamu lebih tenang

Hidup bagai PELANGI

Kadang-kadang chantek berwarna warni

Kadang-kadang kelam tidak berseri

Kamu percaya

Hidup ini tidak seperti yang kita inginkan

Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya

Aku selalu di samping kamu jika kamu terjatuh

Aku akan menghargai kamu sebagai satu anugerah dalam hidupku

Aku sayang kamu

Selamanya.........


**************************************




hatimeluahtikaiaberkatakata : hati aku sedih bila dea meluahkan isi hatinya. mungkin dea sudah letih & mengalah dengan apa yang dilalui. percayalah padaku....kamu akan dapat apa yang kamu cari suatu hari nanti....apa yang kamu lalui sekarang hanyala sementara. ujian kepada kamu ini akan buat kamu lebih kuat & tabah. 

Wednesday, June 02, 2010

  TERUJA!!!!


Hari ini hari rabu. hari ini sudah 2jun. pejam celik pejam celik mungkin sudah sampai 4julai. hehehe....saya masih mencari sesuatu yang saya inginkan. adakah saya berjaya??? usaha tangga kejayaan! hard to get hard to forget. ahaks! malam tadi saya amat teruja kerana saya telah berjaya membuat kek cekelet moist tanpa tunjuk ajar dari MakPah. wow! MakPah juga turut teruja pagi tadi melihat hasil kek yang dibuat oleh tangan saya yang xbedung ni. huhuhu.....kalau kakanda gedik saya melihat hasil kek saya....mesti beliau sudah tidak akan mengolok saya lagi (gaya penuh bongkak) hahaha....hasil terujaan tersebut telah menyebabkan MakPah semakin gedik nak saya buat macam2 jenis kek lagi. addoooiii.....saya malas ok. malas nak kemas sebenarnya. buat je boleh. tapi nak kemas....adeh! atas permintaan MakPah....beliau nak saya buat kek marble pulek. saya amat tidak suka kek tersebut tetapi layan jela.....zaaaassss!!!! MakPah siap suruh beshfwend saya yang sedang kemaruk nak belajar buat kek & biskut datang ke rumah saya belajar bersama2 membuat kek. teruja sahabat saya itu bilamana saya menjemput beliau datang ke rumah saya nanti belajar membuat kek bersama2 MakPah. yeaahhh!!!! 

Cuti kali ini saya rasa lebih bermakna sebab dapat buat macam2 benda walaupun kadang2 saya rasa sedikit letih. letih meronggeng! segala impian yang ingin dicapai semasa cuti telah berjaya dilaksanakan. cuma lesen D saja tidak dapat disempurnakan. haaiiihhh.....baki sebulan cuti ini aktiviti yang akan dilakukan adalah hanya duduk di rumah & belajar segala ilmu sebagai seorang gadis yang serba boleh. ahaks! lagipun tinggal sebulan saja saya mahu menghabiskan masa bersama MakPah & Uncle Bun. selagi mereka ada bersama saya....selagi itu saya akan menghargai mereka kerana hanya mereka yang sentiasa bersama saya tidak kira susah atau senang, suka atau duka. aish......emo sudah datang.....tiba2 teringat tentang sesuatu (sambil mata berkelip2) hehehe....

sebelum

selepas

sesudah siap! yummy3....

kek saya setanding kek di pizzahut! beshfwend saya cakap. bukan saya....:p
penyakit perasan saya memang sukar diubati. hahaha....


tengok eskim tetiba teringat baskin robin.....tetiba teringat gak bating bongok saya itu. giler sengal saya ini. sanggup pakai luv seperti kanak2 riang sepanjang perjalanan dari naek kabel car hinggalah sampai ke kereta masa di genting tempoh hari. nasib baek xramai orang. tapi malula gak sebab orang tengok saya seperti budak terencat xcukup didikan! caner mau jadi jelita kalau perangai pelik2 xcukup ayu......hukhukhuk....gara2 bating dengan si penipu punya budak yang bernama long.......kang! baskin robin hanya dalam recycle bin kepala hotak aku je....sob3~~~

giler huduh aku tengok muka aku sendiri dengan keadaan begini sepanjang perjalanan. haaiiihhh.....
insaf3....

  riang RIA


Sepertinya sudah lama saya tidak melihat blog saya. hukhukhuk....mungkin blog saya juga sudah lama tidak melihat tuannya. ayat apa ni??? macam kel......theetttt!!!!!ops! mana saya menghilang selama 4hari lepas??? saja membawa diri mencari kegembiraan merawat luka di hati. geli sangat ayat. eeeyyyyuuuu~~~saya pergi melaksanakan impian yang akhirnya sudah tercapai!!!!! sangat seronok & sudah lupa akan kesemua kesedihan di hati. yeah!!!! saya sudah kembali normal. sebelum ni abnormal ke? mungkin. aish.....apa impian yang sudah berjaya dilaksanakan? ceh! macam penting sangat impian saya itu. saya sudah naek roller coaster!!!!!! berani & kuat tak saya? macam nak tercabut juga jantung ni tapi gigih sebab memang sudah menyimpan impian untuk menaiki roller coaster yang tunggang terbalik sekali sepanjang hayat saya di dunia Allah yang indah ini....heeee....sekali saja sudah.....kalau buat banyak kali nanti da xjadi kenangan terindah. kenangan itu akan lebih diingati & dihargai bila hanya sekali seumur hidup dilakukan. yeke? untuk saya....untuk kamu mungkin kamu suka mengulangi kenangan indah banyak kali. tapi feel mesti xsama. manusia itu kan berlaenan caranya...laen orang laen gayanya. cececece....

Macam sudah tidak reti untuk menulis di dalam blog. baru 4hari kot xmengarut dalam blog. sudah ketandusan idea & malas nak menaip banyak2. tapi yang penting saya mau mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 yang telah menggembirakan saya selama 4hari lepas!!!! saya berasa sangat seronok dapat berjumpa kalian & seronok gakla sebab dapat ketawa & bergumbira bersama kalian. terima kasih diucapkan kepada driver terhormat iaitu kapten Afendi Othman kerana telah berjaya membawa kami ke tempat2 yang ingin dilawati dengan pantas tetapi malang sekali ketika hendak mencari tempat makan. hukhukhuk....terima kasih juga kepada penaja penginapan kami iaitu cik Anis Idayu kerana telah menumpangkan kami di rumah abang beliau walaupun ibu jari kaki saya bengkak gara2 tersadung di depan pintu rumah abang kamu. hamek ko jajan! sob3~~~apa yang penting? kenangan kali ini lebih indah & saya akan simpan di dalam kotak ingatan saya yang mungkin akan bertahan selama2nya....ya mungkin. kebarangkalian mungkin untuk lupa ingatan juga adalah agak besar. hehehe......azriyani2....sekarang saya nak tunjuk pada kamu gambar chantek ada saya. kamu xnak tengok? saya nak paksa gak kamu tengok! lalalala~~~ 





huh! ngantok suda tunggu gamba diupload. banyak yang amat. upload di buku muka pun xabes lagi. ade banyak lagi ni. nampak sangat giler & taksub pada kamera. haaiiihh....tapi cukuplah sampai di sini.....mata suda mau terpejam ke alam laen. zzzzZZZZ.....