Monday, June 28, 2010

  TAJUK? ikut sukati kau la....


Sepertinya sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. kamu rindu kan pada tulisan bongek saya....ahaks! malaskah??? bukan malas. tetapi sibuk dengan kehidupan harian. ya...kehidupan harian yang memerlukan saya untuk memerah tenaga serta menguatkan mental. apakah??? kehidupan harian itu memerlukan saya untuk memijakkan kaki ke tempat yang paling saya takot dan tidak mahu pergi!!!! hanya kekuatan yang mampu menggerakkan kaki ini. apakah tempat itu??? tempat yang paling saya tidak suka pergi adalah hospital dan toilet ok. sila ambil perhatian. jadinya tolong jangan ajak saya ke tempat-tempat ini. huhuhu...kenapa? mungkin fobia. dan mungkin saya memang aneh. seperti terpukau jika saya menjejakkan kaki ke hospital. tidak bercakap. dan muka akan menjadi blur serta-merta.(sila bayangkan muka azriyani blur. kau pun rasa nak lempang2 aku)

Kesian juga saya melihat MakPah. sangat kuat untuk semua ini. beliau membuatkan saya sayu....sayu kerana beliau tidak pernah merungut dengan semua ini. apa yang beliau sering perkatakan hanyalah ini dugaan Allah untuk kita. sebab Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita. semua yang berlaku ada hikmah. satu persatu. satu persatu dugaan itu datang. saya hanya cuba menjadi tulang belakang beliau walaupun kadang-kadang saya hampir tersungkur. kerana saya tahu hanya saya yang MakPah harapkan. kerana saya yang satu. kerana saya yang sentiasa menemani beliau ke mana saja. kadang-kadang terfikir juga saya. mampukah saya menjadi seorang ibu seperti beliau? mampukah saya berhadapan dengan semua ini? sanggup bersusah payah walaupun hatinya telah dicela dan dilukai. setitis air mata pun saya tidak pernah lihat jatuh dari wajah beliau. beliau selalu berpesan kepada saya. jangan ditinggal solat dan Al-Quran. itu kekuatan kamu. itu saja harta yang beliau mampu beri kepada saya. beliau selalu berkata jika saya sudah melahirkan anak-anak suatu masa nanti....biarlah anak-anak itu dididik bacaan Al-Qurannya oleh ibunya sendiri kerana kamu yang melahirkan mereka....darjat kamu sebagai seorang ibu itu tinggi di sisi Allah....wooo.....saya? diam seketika. insaf sekejap. terejal kembali setelah setengah jam selepas itu.:p 

Semalam sebelum ke hospital....saya dan MakPah singgah ke angsana sekejap. kamu tau? beliau ingin cari patung powerpuffgurl untuk saya??? terkesima saya bilamana beliau bersungguh-sungguh untuk mencari patung tersebut. dari mana beliau tau impian bongek saya itu??? malu ok. bila kau da besar mak kau nak belikan kau powerpuffgurl. rasa macam nak hentak muka kau sendiri. hakikatnya saya sudah give up untuk mencari patung tersebut. pergi matila impian bongek itu. tetapi yang gelinya ada ke MakPah mau belikan saya patung barney??? kamu tau tak katon barney??? yang dinosour besar kaler purple! beliau kata patung barney pun comey. comeykah??? saya nak bawak naek flight pun malu tahap babun nak berak kot. kalau kamu masih xdapat bayangkan gak katon barney tu caner...kamu pergi tanya pokcik google sekarang! patung tersebut anak buah saya yang gedik pun ada ok! xmacam makin kena ngolok saya dengan akak dan abang ipar saya kalau mereka tau saya pun ada barney macam si izzah gedik! conform makin tinggi title gedik saya! kamu ada dapat title gedik paling hot macam saya??? 

Ops! sudah pukul 4.35. terlebih suda. mau mandikan anak-anak ayam saya. anak-anak ayam saya juga belum diberi makan. MakPah dan Uncle Bun pergi ke hospital lagi hari ini. maka....sayala ibu ayam untuk hari ini!!!!!!kahkahkah.....(gaya jahat)






3 kaseh sayang :

zalin said...

hahahaha..kelakar wei ko ni..=)

YaNi si gadis jelita??? said...

cis! ko hingat aku badut ke nak kata aku klakar??? tp oleh krana aku syg ko...ko pn klakar ar.hahaha.....

zalin said...

sengal..=)