Thursday, March 21, 2013

  spontaneous thursday

Hari ni aku takde kelas dan sepanjang hari kepala aku sakit . lepas bangun tidur , tidur balik . dari semua orang pergi kelas dan dah balik kelas aku still dengan baju tidur dan tidur . tapi dalam tidur asek terngiang ngiang fyp . dah macam penyakit . dan dan bangun tidur terus mengadap laptop dan cuba buat fyp . oh ! sadis . kalau perasaan ni aku boleh tukar hanya dengan makan aiskrim , tengok wayang atau soping tak tentu pasal , sekarang juga aku buat . tapi apapun aku buat perasaan itu tetap statik di situ . nak halau tak boleh , nak kurangkan tak boleh , tapi semakin bertambah . dah macam kanser . choooyyy !


Tadi petang MakPah call cakap izzah masuk hospital sebab demam panas . dari jaoh rasa sedih , rasa rindu , rasa macam macam . minggu ni asek nak sedih je . ni pun dah macam penyakit . :p


Mohonlah pertolongan dari Allah kerana sesungguhnya Dea mengetahui segala kebaekan dari setiap kejadian . 


:)



0 kaseh sayang :