Friday, April 27, 2012

  tuan tuan dan puan puan :

Hari ni aku rasa aku bekerja dengan lebih tekun dan fokus . itupun selepas aku kena gertak dengan bos semalam . selama ni aku bukan tak tekun . cuma aku sambil lewa . eh ! tak . cuma aku memang tak suka buat kerja itu . bukan memilih . tapi tak berkenan . bukan malas . tapi tak berkenan . bukan susah . tapi tak berkenan . ok . penjelasan untuk ayat tidak berkenan di sini adalah aku tak berapa suka nak jumpa user pada setiap department hanya semata mata untuk mintak sain sebab nanti ada macam macam kerenah yang kerenahnya langsung tak logik dan akhirnya buat aku stress . semua kerja memang ada stress . ya . ini aku sangat paham . tapi aku akan jadi sangat tak paham kalau ada user yang tanya bukan bukan yang takde kena mengena dengan PC dan aku rasa makin nak rosakkan PC dea sebab aku bengang . nampak kan gangster dan kasarnya aku .*sambil sengseng lengan* tapi hari ni aku berjaya siapkan apa yang perlu aku siapkan walaupun ada user yang awak memang kiut . tapi lagi kiut kalau awak tak menggatal .*sambil muka garang rita rudaini*


Kadang kadang aku akan mengeluh benda benda begini dengan Uncle Bun . sebab kalau aku mengadu dekat MakPah , beliau mesti cakap aku memang garang dan tak suka kena usik . har . har . har . tapi kalau dengan Uncle Bun , beliau akan cakap perempuan yang chantek kena banyak bersabar . tapi Uncle Bun cakap chantek itu sambil muka geli . :p lepas tu mulala nak bercerita hikayat beliau masa kerja dulu . lepas tu aku rasa ngantok sebab aku rasa dah sepuluh kali aku dengar cerita yang sama . agagagaga ~ tapi apa yang aku tahu bila aku duduk sorang sorang aku akan teringat cerita beliau walaupun kadang kadang aku rasa beliau sengaja buat cerita tipu kunun kunun nak bagi aku semangat . tapi bagai menyiram air di daun keladi . melepaskan pucuk masing masing . damn ! kau belajar peribahasa macam ni dari mana ? har . har . har . ok . tak kelakar . teruk . 




0 kaseh sayang :