Thursday, July 04, 2013

  Terima Kasih

Terima Kasih Allah untuk segala nikmat hidup dan takdir yang menjadikan aku lebih kuat dan tabah untuk segalanya .

Terima Kasih MakPah kerana melahirkan jasad yang cantik dan sempurna anggota ini ke dunia dan kasih sayang yang tiada penghujungnya . 

Terima Kasih Uncle Bun untuk segala pemberian dan susah senang membesarkan jasad yang cantik dan sihat ini sehingga ke hari ini .

Terima Kasih kakak dan abang yang sentiasa ada untuk adik yang cantik lagi rajin dan baek hati ini .

Terima Kasih anak buah yang masih sudi memeluk , bermanja dan menganggap ucu seorang ucu yang paling cantik dan penyayang di alam ini . 

Terima Kasih kawan kawan yang sudi bergelak ketawa , sedih pilu dan susah senang bersama sehingga ke hari ini .

Semoga jasad ini tidak lupa akan segala nikmat dan pemberian serta sentiasa bersyukur pada Pencipta yang abadi .

Alhamdulillah untuk sebuah kehidupan yang indah ini . 

*Ceeeewah ! macam tengah bersajak atas pentas sambil MakPah , Uncle Bun , kakak , abang , anak buah dan kawan kawan sedu sedan dekat bawah sambil lap airmata terharu dengar sajak ni*






Terima Kasih untuk semuanya .


:)


Wednesday, July 03, 2013

  wordless wednesday




Hasil kuliah 3P semalam .


Dah pandai lipat baju .


Yeah !


:)


Sunday, June 30, 2013

  'hadiah'

Jumaat semalam dah start 3P security program . so far ok dan trainer pun sempoi . tapi macam biasa aku memang selalu rasa busan bila dengar kuliah . dari pukul 9 hingga 5 kena mengadap kuliah . harap harapnya 7 hari ni bolehlah aku hadam segala ilmu supaya tak rasa sia sia aku meninggalkan MakPah kesayangan . ceeewah ! bajet MakPah hadap sangat aku ada dekat rumah . har . har . har . ok . MakPah memang sedih ok aku balik lambat . :p 


Masa dalam kuliah , trainer tu suruh buat satu methodology pasal security . tapi entah teori mana aku pakai aku cakap firewall gate ada password . kah . kah . kah . rasa nak terjun bangunan bila trainer tu duk mengolok cakap sejak bila firewall gate ada password . ada firewall baru dicipta ke sekarang ni ? nak cover malu aku cakap i means firewall ON or OFF . fuh ! rasa macam terbakar muka tahan malu . dan aku tahu kamu yang baca pun nak cakap aku bangang kan . tak guna praktikal dekat department it tapi buat teori sendiri firewall gate ada password . what the bangang sangat sampai basic info network pun aku tak tahu . tapi info network yang susah susah aku tahu . takbur . @_@ aku rasa aku kena grad dengan title bachelor of arts . motif arts ? entah . tidur is one of arts maybe . kecomelan semasa tidur . eeeyyuuuu ~ ~ ~ 


Dan sekarang nak kena amend report fyp . presentation fyp Alhamdulillah ok walaupun kena tembak tapi tak mati . 4 july nak kena setelkan report dan hantar jilid . 'hadiah' birthday paling bermakna dalam hidup azriyani bunaim . aku memang suka 'hadiah' laen dari yang laen ni . baru boleh cerita dekat anak cucu untuk jadikan pedoman . pedoman buat fyp yang saaaaaaangad indah seindah senyuman sang penyair .*gaya nenek bercerita pada cucu* nenek harus guna ayat klasik kan . 


nenek di waktu muda . *cerita pada cucu 30 tahun akan datang*



Selamat Berhujung Minggu !


:)



Thursday, June 27, 2013

  spontaneous thursday




Tadi 3P Support Team telefon . Tiba tiba kena buat surat tak hadir Program Softskills . Aku feeling heaven dalam bilik sambil buat presentation slide dan tengah layan mood nervous . argh ! bertambah kerja kena buat surat pulak . ok . bai !





Monday, June 24, 2013

  sisa

Bila perkara yang tak biasa terjadi , lama kelamaan akan menjadi biasa . bila perkara biasa terjadi , lama kelamaan akan jadi lali . jangan ditanya kenapa . tapi harus ditanya bagaimana . kerana kunci segala jalan adalah bagaimana . zahirnya nampak pasrah . batinnya barangkali parah .


Housemate aku untuk 3 minggu ni . hai kawan . semoga kita bergembira di saat akhir di sini . apesal pipi aku kemaen tembam macam pakai botox ? senyum terlalu ikhlas barangkali . senyum kan tandanya pemurah . 


:)