Monday, July 05, 2010

  TAJUK apa ni...???



review

Saya diminta untuk mengomen cupcakes yang dibuat oleh cik hazi farhana khas untuk saya. sila ambil perhatian ya wahai cik hazi farhana. komen ini mungkin bakal menjadi review paling mantap dalam hidup kamu. ahaks! pertama, rasa kek absolutely sangat sedap. tekak saya yang agak memilih ini boleh menerima kek itu dengan lahapnya. tetapi oleh kerana azriyani bunaim amat anti kemanisan....mungkin cik hazi farhana boleh kurangkan sedikit kemanisan kek. tetapi penghuni-penghuni di rumah bernombor 59 ini berkata kek tersebut ok saja. mungkin senyuman manis saya sudah terlebih sejak 2,3 hari ini. segala yang dimakan terasa manis!:p kedua, rupa cupcakes kamu sangat berwarna-warni dan menarik. saya amat shuke!!! dan perasaan shuke saya itu telah saya tunjukkan pada kamu pada malam indah tersebut. jakun ok! akhir sekali, saya berpendapat kamu telah berjaya membuat cupcakes yang telah membuat azriyani bunaim menjadi tamak secara tiba-tiba taknak bagi orang makan sebab sayang nak bagi simpan saja. kalau boleh dibawa pulang ke sarawak pasti azriyani akan lakukan! keep it up my friends....good job!:) (ini semua ikhlas. bukan bodek!tolongla percaya!!!!)


pemberitahuan

Tiket penerbangan sudah dibeli. tiket yang dibeli adalah mengikut kriteria suka tetapi setelah dicop kudukut lagi berkira tidak kena tempat. huhuhu....si gedik yang kudukut. title terbaru yang diperolehi. kamu rasa adakah kebenarannya title ini dengan azriyani bunaim??? tika ini saya sedang menghitung jam, minit dan saat untuk pulang ke sarawak. perasaan sedang bercampur baur dan segalanya adalah negatif. tiada perasaan positif. apa kesss??? perasaan positif hanyala saya shuke dapat soping2 beli tumbler baru. dan makpah masih tidak tau akan hal tumbler baru saya di bawah. oh! tidak sanggup saya ingin tunjuk tumbler ini kepada makpah. dan yang penting tidak sanggup juga untuk mendengar ayat kutukan beliau kepada saya. dasyat....hukhukhuk....

oh! comey sungguh tumbler baru saya. najis kau azriyani!
sila abaikan tali tersebut. azriyani akan kasi cabut itu tali bagi memastikan pemilik tumbler ini masih kelihatan gadis. bukan kanak-kanak yang pergi skola pakai baju warna-warni.





Sunday, July 04, 2010

  TERIMA KASIH


Masih belum tidur. mata terkebil-kebil tidak mahu pejam. teringat kenangan indah yang tercipta pada malam tadi. makan bersama. ketawa bersama. mereka membuatkan saya tersenyum. tersenyum melupakan segala kesedihan di hati. kasih sayang mereka kepada saya membuatkan saya ingin mahu tersenyum....tersenyum....dan terus tersenyum. kenangan yang telah membuat saya tersenyum kembali ini akan saya simpan di dalam kotak ingatan ini sampai bila-bila. terima kasih kepada MakPah kerana telah memberikan saya satu perasaan yang amat gembira yang tidak pernah saya rasai. terima kasih kepada hazi farhana untuk cupcakes yang sangat chantek dan comey hingga membuatkan saya teruja dan terharu akan usaha kamu membuat cupcakes untuk saya. usaha gigih kamu telah membuatkan saya kagum dengan hasil yang saya terima. terima kasih kepada zahwani ariff kerana sudi meluangkan masa walaupun kamu sibuk dengan aktiviti harian. 2 gadis ini telah membuatkan saya gembira sepanjang cuti 2 bulan ini. wanita yang bergelar ibu kepada azriyani bunaim juga telah membuatkan azriyani mampu berdiri kembali setelah jatuh di suatu ketika dulu. terima kasih kepada kamu semua untuk malam yang indah ini.... 





Ops! terlupa mahu berterima kasih kepada si pemberi doll powerpuffgurl yang saya idamkan. hadiah pertama yang turun dari langit. hari paling bahagia yang pernah dilalui. terima kasih kepada yang telah memberikan ucapan. terima kasih juga kepada kamu yang sudi menjenguk blog ini. terima kasih kepada semua. saya amat hargai akan segala usaha kalian untuk saya.(gila boring ayat entry ini. ayat 3pagi tanpa bintang! aku nak baca pun ngantok!i xshuke tau!)






  SEKALI setahun



04072010 - 23 years old

happy birthday to YOU
&
happy birthday to ME


Ya Allah....Kau ampunilah segala dosa-dosaku....Kau panjangkanlah umurku dan umurnya....Kau murahkanlah rezekiku dan rezekinya....Kau lindungilah dia sepertimana Kau melindungiku.....amin.....


*******************************************


tiada apa yang aku harapkan. bersyukur kerana diberi peluang melihat dunia yang penuh warna-warni. tetapi di sudut kecil hati ini aku mengharapkan aku mampu menjadi 3 manusia ini agar aku boleh terus berdiri......berlari......mencorak hidup bagai pelangi.


1) anak yang solehah. 
2) manusia yang bertimbang rasa dan mampu menyayangi manusia lain.
3) pelajar yang cemerlang dan mampu membanggakan kedua ibu bapanya.


bukan hadiah besar yang aku inginkan. tetapi hanya ini. ini saja hadiah yang paling bermakna dalam hidup ini jika aku sendiri mampu mencapainya.





Saturday, July 03, 2010

  JIKA



JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau pulang ke zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau pergi ke pantai melihat matahari terbenam.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau menggapai bintang di langit.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya mau melihat bunga ros mekar ketika waktunya.


JIKA saya diberikan satu peluang....saya hanya mau sentiasa tersenyum. tanpa ada perasaan sedih di hati.





Thursday, July 01, 2010

  satujulai


Si penulis blog@si perasan jelita@si ibu ayam@azriyani bunaim sedang keletihan. pekerjaan yang paling memenatkan di dalam dunia ini adalah menjadi seorang ibu! sumpah! aku tak tipu. kalau ada sesiapa yang berniat nak meminang aku bulan depan....sila tangguh niat kamu itu ke 5 tahun lagi. pada masa itu mungkin aku da bersedia nak jadi ibu kepada anak-anak kau. najis kau azriyani! ha.ha.ha.haaaaaaaaarun salim bachik!




ogawa.....ogawa.....ogawa.......








peringatan : eh! suda masuk 1july hari ini. cepat sungguh masa berlalu. aku nak paksa kau tengok daisypath kat atas. jangan berani kau buat2 lupa!