Monday, July 12, 2010

  KAU kusayang....


Malam yang sunyi buat aku ingin menaip. menaip meluahkan apa yang tersirat di hati tika ini. ceh! ayat macam geli nak baca. fening....fening menyusun jadual yang berterabur dan huru-hara. tetapi akhirnya berjaya juga disusun sehingga kelihatan kemas dan teratur. ahaks! akhirnya, segalanya selesai. cuma tinggal penukaran program. berjaya ka??? mudah-mudahan diluluskan. amin....

Hari ini hari yang agak kusut-masai! kusut kerana seperti hati ini jatuh terjunam setelah memikirkan masa depan yang agak samar-samar. tetapi setelah MakPah memberikan kata-kata semangat....hati ini kembali tenang dan berjiwa kental! sudah 3kali MakPah menelefon untuk hari ini. apehal??? mungkin beliau risau akan keadaan saya yang kelihatan bersahaja tetapi di dalam sedang bergelodak seperti ikan lemas di daratan. gila ah ayat! kata-kata beliau buat saya bangun dan terus berlari mengejar impian. 

Perkara pertama yang ditanya adalah kehidupan saya. jawapan hanyalah ok. kedua, kenapa suara kedengaran sedih? aish....soalan ini sukar dijawab. saya bersedih ka? walau dibohong dengan seribu jawapan pun beliau akan merasa apa yang saya rasa. kehebatan naluri seorang ibu. diam....kamu rasa kamu xde sapa-sapa ea di sana....? mmmmm....diam lagi. kamu kena kuat. kuat seperti kamu kuat di hadapan mak. kamu bukan gagal. kamu bukan bodoh. kamu bukan xberusaha. tetapi kamu takot. takot untuk hadapi keadaan yang belum kamu hadapi. kamu boleh. tapi kamu selalu kata kamu xboleh. buang sifat takot kamu. hidup kamu hanya kamu yang corakkan. hanya mendengar.....masa cuti kamu pulang dengan membawa kebahagiaan pada mak walaupun kamu tau satu persatu mak diduga. kamu cuba menjadi yang terbaek untuk mak. mak sangat bersyukur sebab hanya kamu yang sanggup bersama-sama dengan mak untuk semuanya. bila kamu pulang kembali ke sana....hati mak sedih. sayu melihat kamu. kamu nak meninggalkan mak. walaupun mak tau hati kamu lebih sedih untuk kembali ke sana. kerana kenangan kamu....kehidupan kamu....semua buat kamu takot untuk kembali ke sana. tapi kamu hanya bersahaja.....seperti tiada apa-apa. mak selalu doakan yang terbaek untuk kamu. tiba-tiba suara MakPah seperti hilang.....saya diam. apa yang mampu saya perkatakan hanyalah saya kuat. mak jangan risau. 

Kalau saya sudah tiada.....saya mau MakPah baca blog ini. hanya MakPah yang buat saya berdiri sehingga kini. jika diberikan satu peluang.....saya ingin memetik bintang di langit hanya untuk MakPah. ouch! susah untuk membuat entry ini. paling susah untuk meluahkan apa yang dirasa. 






  MONDAY itu ISNIN


Azriyani Bunaim sedang dan amat b.e.n.g.a.n.g sama itu SMP unimas! suda beberapa hari asek problem loading. caner mau drop dan register kos ni bai??? adeh! banyak lagi benda mau settle. kau buat hal pulek kan. jangan nanti aku nak register kos tiba-tiba da full. memang sengaja mintak maki hamun la kan. aiseh.....semua benda tertangguh gara-gara SMP. ok. dugaan yang kedua untuk sem ini. sabar.....cool......yaaa.....aku xhot tapi aku cool....eeerrkkk!!!!

Saya gemok? tadi ada pakcik cafe cakap saya kelihatan gemok setelah cuti 2bulan. OMG!!!! jujur sungguh pakcik itu. terima kasih pakcik. komen pakcik akan saya jadikan batu pemberat untuk saya berusaha kurus! batu pemberat??? suda lama tidak berjalan kaki sambil memegang payung pink! tiba-tiba rasa letih. suda lama juga tidak makan masakan orang swak. rasa pelik kembali. hujan emas di negeri orang. hujan batu di negeri sendiri. semoga sem ini lebih baek dari sem lepas walaupun suda terasa sedikit tekanan belajar yang agak susah. seraaammmm.......






Sunday, July 11, 2010

  MIMPI




Tidak boleh tidur lena. pinggang sakit yang amat. perlukah ke rumah sakit? mimpi malam yang mengerikan. bukan hantu. bukan mati. bukan apa-apa. tetapi mimpi yang buat aku tersedar. ke mana saja roh aku berjalan di dalam hujan. bertemu dengan orang yang suda lama aku tinggalkan. oh! sumpah xnak mimpi seperti itu lagi.

Hari ahad. hari yang kosong. tiada apa-apa pekerjaan. hanya mengadap mentari panas tegak di atas langit biru bersama awan putih.  rindu. rindu pada MakPah dan Uncle Bun. rindu itu anugerah Allah kepada manusia. perasaan yang tidak nampak. malah tidak boleh disentuh. hanya boleh dirasa....ah! tiba-tiba seperti berpuitis. 





Saturday, July 10, 2010

  hari PERTAMA


Malu gara-gara anggun. first, masa nak check in. makcik guard berminat dengan anggun ok. ape kesss??? nak bagi cucu kat umah? sila cari sendiri. rasa nak masukkan anggun dalam beg lappy. tapi naseb baek kepala anggun besar. besar kepala yang xnak duduk dalam beg! sengaja nak interprame cari publisiti! siot kau anggun! second, takkan stewardess pun nak kat anggun??? kau da buang keayuan apa??? yang penting xdapek den nak nolong! hard to get hard to forget maa....ayat apakah ini??? huh! susah juga nak bawa anggun naek flight. lagi susah dari ketuk jahanamkan pintu stor!

Saya anti stor. yeee....stor buat hidup saya huru-hara. saya menci stor! nasib baek barang-barang masih selamat dan tersimpan rapi. 

Saya menci hari pertama menjejakkan kaki di bumi kenyalang! apehal? malas kemas bilik dan fobia pada gegata! tidaaakkkkkk!!!!!! ya......tiba-tiba tilam saya huduh! dan paling malang saya xde bantal! ok! fine! saya kan akak.....akak kena mengalah pada adik junior. xpe...akak tidur memang xpakai bantal. tahik kau!

Hari pertama bergelar senior. amacam??? akak....akak sape nama? akak kos apa? orang mana? akak memang simpan barang dalam stor umah ea? boleh ea akak? yeeee.....saya menjawab semua soalan dengan penuh tenang dan senyuman yang xlekang di bibir walaupun rasa seperti kau sedang hipokrit! kau rasa kau memang da tua ok. AKAK. dulu saya je kot sebut perkataan ni untuk akak housemate. sekarang tiba giliran saya digelar AKAK yani!!!!!! huh. serius saya rasa da tua.....oh! tidak sanggup menerima kenyataan ini. aish....

Sakit pinggang kembali menyerang. sudah beberapa hari rasa seperti nenek tua. nenek nenek si bongkok 3.....siang malam asek berjaga.....adeh! saya memang bermasalah dengan pinggang sejak dulu. adakah kerana sudah terlebih lemak di pinggang??? xde kena mengena!






yaaa.....ini merupakan entry keluhan yang banyak tanda seru ! 







Wednesday, July 07, 2010

  SALAM perkenalan....:)


Tuan blog amat sibuk. tidak mampu untuk menaip banyak-banyak. entry ini adalah sekadar untuk memperkenalkan sahabat baru saya. kamu mesti jeles sebab dea akan saya bawa terbang bersama buat pertama kalinya tanpa tiket flight. bukan calang-calang orang saya nak bawa. orang ka???


nama saya anggun. eeyyuuu....



gaya mana saya nak bawa anggun naek flight? dukung? oh! sungguh malu tahik kucing!!!!! sumpah!