Monday, April 18, 2011

  i lend my ears for you....

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Hari ini saya nak cerita tentang sesuatu yang membuatkan saya tersentuh hati . tersentuh hati sampai rasa nak pinjam bahu sekejap boleh . . . ? satu program amal kebajikan di rumah anak yatim telah diadakan pada hari semalam . ceh ! ayat macam dalam karangan skola . hati berdebar debar kau nak pergi rumah anak yatim tu . yela . . . dah lama tak communicate dengan budak budak dan gaya mana la saya nak melayan mereka nanti . dan akhirnya tak sangka saya ni penyayang dan ada ciri ciri keibuan . har . har . har .*muntah darah* 


Sampai saja di rumah anak yatim tu hati benar benar sayu bila melihat budak budak kecil berlari menyambut kedatangan kami . comey dan kiut . tingkatan 1 tapi saiz badan macam budak darjah 4 ! tak ke kecik dan kiut tu ? ? ? ada tu budak umur 5 tahun tapi gaya macam bos . adeh ! budak budak . bila melihat gelagat mereka . hati mula rasa sedih . tapi bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang . sebuah keluarga yang sempurna . insaf sekejap . mereka masih kecil . tapi perlu hidup berdikari tanpa ibu dan ayah . bila ditanya seronok tak duduk di rumah itu ? mereka akan menganggukkan kepala sambil tersenyum . dan ada yang berkata masa mula mula duduk di rumah itu hari hari menanges . tapi sekarang sudah biasa . ok . cerita lebih lebih nanti saya yang over touching . kita tengok gambar je ok . biar gambar menceritakan hari yang takkan saya lupakan ini .


alahai . . . .budak lelaki di tengah tengah itu baru berumur 5 tahun . dea la yang macam bos tu . hu . hu . hu .

inilah sebahagian dari mereka .

ini group saya yang best dan kelakar . mereka semua cakap swak dengan saya . tapi saya blurrrr . kesian kan akak ni . aish . . . .

sempat over posing tau !

one of my group member . dea sedih masa saya nak balik . 
saya pun sedih tapi sebab saya gagah perkasa mestila tak boleh nanges depan adik adik kan . he . he . he .



Bersyukurlah dengan apa yang kita ada walaupun tak seberapa .


Kerana masih ramai orang orang yang kurang bernaseb baek di luar sana .


Hargai apa yang kita ada itu akan membuatkan kita lebih bersyukur dengan kurniaan Allah terhadap kita . 


Renung renungkan . . . .


Dan selamat beramal !


Insan yang cemerlang . . . . 


Lahir dari akal dan minda yang cerdas !


Ya . ya .*gaya professor*


:)

Saturday, April 16, 2011

  blog diupdate pengobat rindu.yuhuuuu....

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Eh . eh . saya dah ada kembali ? kenapa sebelum ini saya menghilang ? kenapa blog saya private ? jawapannya . saya ingat nak tukar layout blog dan edit segala bagai . tapi tiada masa . saya private dan terlupa nak publickan semula . jawapan macam penipu je kan . :p ok . ok . bila saya dah kembali . sila baca blog saya hari hari . jangan nak bising bising tanya mana saya pergi . macam hot je rasa bila orang tanya kenapa blog private . dah tak boleh baca . penulisan awak kiut tau . bukak balik pleaseeeee . kah . kah . kah . menyampah !*sambil jotos kepala sendiri*


Hari ini saya nak senyum puas puas sebab hari hari sengsara sebagai seorang pelajar sudah berakhir semalam . hari hari sibuk . sibuk macam dea sorang je ada projek . sumpah sibuk . serius saya tak tipu . hiks . sibuk saya tu sampai terjadi satu peristiwa yang saya belum pernah cerita pada orang . takot digelakkan kuat kuat dan menjadi bahan badut untuk ditertawakan . maknanya kamu perlu rasa bertuah sebab dengan tanpa segan silu saya cerita dalam blog dan kamu baca . tak kisah la kamu nak gelak kuat kuat ke . nak gelak sampai guling guling ke . tapi lawak ke ? eerrrkkk ! ! ! ehem . ehem . ceritanya bermula di sini . . . .*sambil muka beria*


Di suatu pagi yang dingin . saya bangun dengan kelam kelibut sebab terlambat untuk pergi menyiapkan projek . walaupun baru pukul 7.30 tetapi untuk saya itu sudah terlambat kerana masa itu amat berharga dan perlu digunakan sebaek mungkin untuk saya menyiapkan projek . bangun terus pergi toilet . dengan kewarasan di bawah tahap kalau kena sepak baru normal . saya mengambil berus gigi dan facial wash . kemudian facial wash itu saya letakkan di atas berus gigi dan dengan lajunya saya terus memasukkan berus gigi ke dalam mulut dan mula memberus . mata mula terpejam untuk mendapatkan feel menggosok gigi . tapi hanya baru satu gosokkan . saya mula rasa pelik . apa ke pelik rasa ubat gigi pagi ni ? ubat gigi sensodyne ke ni ? har . har . har . saya pun mengeluarkan berus gigi dari mulut dan terbeliak biji mata bila melihat ubat gigi berwarna kuning . oh ! demmm ! saya guna facial wash untuk gosok gigi . rasa sadis ok bila gosok gigi pakai facial wash . nasib baek tak guna ubat gigi untuk basuh muka . kalau tak lagi rasa nak sepak muka sendiri kuat kuat sebab muka rasa pijar dan berangin . taktaula nak namakan ini sejenis kesengalan atau lumrah orang yang letih tak cukup waras untuk membezakan ubat gigi dan pencuci muka . kalau cerita pada MakPah mesti beliau akan cakap saya memang suka berangan . kemon la MakPah . hi . hi . hi .





Rindu . rindu . rindu ! pada MakPah .


Kamu rindu saya tak ?


Rindu kamu juga .
*gaya manja mintak kaki* 


T____T


Sunday, April 10, 2011

  BB

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .
*nada ceria . kunun je ceria*


Entry hari ini adalah entry untuk bestfriend . entah kenapa tiba tiba nak cerita tentang bestfriend . semua orang mesti ada bestfriend . tak kisah la bestfriend dea lelaki ke perempuan ke sereyh ke . choyyy ! yang penting dea kawan kita yang paling best dan kita selesa . kadang kadang even kita ada girlfriend or ada boyfriend . kita tetap akan cari bestfriend kita bila kita nak luahkan sesuatu . betul tak ? ke saya je macam gitu ? hiks . dan kadang kadang bestfriend kita boleh jadi girlfriend or boyfriend kita kan . itu namanya chenta bestfriend . ahaks . tapi bergantung pada keadaan . kalau bertepuk sebelah tangan . maka . sila cari orang yang ingin bertepuk tangan dengan kamu . jangan buang masa sedih sedih pada orang yang tak hargai kamu . naaaaahhhh . macam sentap je ayat ini . tapi kita semua tahu . perasaan itu anugerah Allah . dah kalau begitu hendakNya . maka . begitu la jadinya . kun fayakun . 


Suatu ketika dahulu . saya pernah ditujukan dengan satu soklan yang saya menjawabnya dengan penuh confident dan 100 % pasti . ngeh ~ antara bestfriend dan boyfriend . manala kita akan pilih ? macam susah je nak jawab soklan ini kan . untuk saya di usia yang telah matang ini . ceh ! saya memerlukan kedua duanya . bukan tamak . tapi saya memang haloba . har . har . har . ok . ok . serius . tapi tang boyfriend itu . hanya berserah pada Yang Maha Esa . yang bestfriend itu selagi saya boleh menjaga dan menghargainya . selagi itulah akan lahir satu rasa kalau awak susah saya pun rasa susah . kalau awak gembira . saya pun gembira tengok awak gembira .*sambil tutup muka malu* tapi kan . apela kita akan buat bila ada boyfriend yang tiba tiba suruh kita jangan rapat lagi dengan bestfriend kita . mesti kita rasa kenapa awak suruh saya buat pilihan ? dulu masa saya terima awak takde pun saya minta awak buat pilihan antara bola dan saya . antara kamera dan saya . antara kawan kawan awak dan saya . tak aci tahu awak ini ? ? ? tapi bestfriend tak pernah pun suruh saya buat pilihan . malah suruh saya mengalah dengan awak lagi ada . bestfriend selalu cakap ada sebab awak buat saya macam ini . ada sebab awak buat saya macam itu . tak pernah pun burukkan awak atau mengapikan awak pada saya walaupun saya selalu merungut tentang awak pada dea . eh . eh . ayat macam dah terlebih emo . har . har . har . ini contoh je ok . mesti ada kan situasi macam ini berlaku dalam hidup kamu . 


Secara rasional . dan logiknya . ceewah ! bestfriend itu penting dan perlu kita hargai kerana dengan adanya bestfriend la kita menjadi kuat dan gembira dengan hidup setiap hari . kalau dah nama bestfriend . mestila orang itu orang yang paling kita selesa dan kalau boleh apa yang kita ada , kita pun nak dea ada . kan ? tapi bukanla sampai berkongsi boyfriend / girlfriend . nak mati kau kalau jadi macam gitu ? huk . huk . huk . tapi kalau kita ada boyfriend / girlfriend . kita sayangla dea dan hargai dea seperti orang yang betul betul kita perlukan dalam hidup . tak salah kalau kita berterus terang dan berusaha tunjuk yang kita memang sayang dea . penipu kan kalau orang yang tak reti tunjuk kaseh sayang . rasa nak tumbuk kuat kuat je tau kalau ada orang macam ini . T___T kan suwit kalau awak cakap i love u more setiap hari . sejuk hati boyfriend / girlfriend awak walaupun tengah gaduh . har . har . har . tapi jangan lupa sayang yang kekal hanyalah sayang pada Yang Maha Esa kerana Dea yang menciptakan dan melahirkan segala rasa yang ada dalam diri kita . :)   


PENAKUT 
 Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap kau tak pernah tunjuk
Dan bila tiba saat aku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
Ini bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku









kalaukamukepobacaini : tiba tiba mood taknak makan nasi dah menyerang . tapi mood untuk selalu makan coklat dan benda benda tidak sihat telah datang dengan gembiranya . dalam bilik saya rasa macam dah jadi kedai cikedis . ehem . ehem . btw . terima kaseh ye bestfriend sebab call saya malam tadi .*tiba tiba* ;)


Saturday, April 09, 2011

  banyak cakap

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Walaupun hari ini hari sabtu . tapi saya rasa hari ini akan menjadi seperti hari isnin ! hari untuk buat projek . hari untuk hafal french . hari untuk buat poster . hari untuk serius dan jarang bergelak ketawa .*tipu sangat* tapi yang lebih merisaukan dan membimbangkan . ceh ! bimbang . adalah projek computer security yang bayang bayangnya pun masih belum nampak . tapi hari isnin sudah mau present . tak ke memang kritikal keadaan saya sekarang ? ? ? tapi sesungguhnya saya masih tidak sedar dan esok hari bakal menanges seperti budak kecik tak siap kerja skola dan taknak pergi skola .*sambil baling segala stationery* har . har . har . 


Tiba tiba teringat zaman kecik kecik dulu . saya lebih dijaga oleh Uncle Bun kerana MakPah bekerja dan Uncle Bun seorang polis yang masa kerjanya adalah shift . dulu saya panggil abah kadang kadang kerja pagi .  kadang kadang kerja petang . kadang kadang kerja malam . dan kadang kadang abah malas nak pergi kerja .*offday* tapi yang saya paling suka bila abah kadang kadang malas nak pergi kerja sebab boleh hantar dan amek saya dari skola . saya tak suka naek bas sebab selalu kena berdiri ! penat tau ! dahla ramai budak budak laki yang suka maen tarik tarik beg budak pompuan yang berdiri dalam bas . dan saya selalu terkena . tak suka ! tak suka ! tak suka tau !*sambil hentak kaki* eh . eh . ini bukan cerita utama . cerita utamanya adalah saya pernah pergi ke skola sambil nanges nanges sebab tak siap kerja lukisan . dahla saya paling tak suka melukis ! mewarna je saya suka . tapi kerja lukisan yang ini bukan melukis . tapi mngecop ! ala . . . . yang pakai kentang la . star fruit la . carrot la . last last Uncle Bun yang buatkan lukisan itu . sambil Uncle Bun masak . Uncle Bun buatkan bintang pakai kentang untuk saya . suuuuuwit kan !*sambil hug Uncle Bun* kalau saya tak reti english pun Uncle Bun yang ajar . sebab Uncle Bun pandai english . pandai speaking lagi hebat dari saya .*thumbsup* tapi kalau MakPah kan selalu ajar saya mengaji sampai saya nanges tersedu sedan . naaaaaahhh . . . . setiap hari bila tiba je nak maghrib saya la orang paling takot untuk mengaji sebab MakPah garang . cubit cubit tau . sakiiiit . . . .


Tapi bila dah dewasa macam sekarang ni . bila susah sikit dah mengeluh . bila susah sikit buat assignment . rasa nak berhenti belajar . belajar memangla susah kan . kalau nak senang pergi belajar ABC je . ceh ! kunun sedapkan hati . setiap kali MakPah telefon MakPah mesti cakap macam ini :

" Mak tau kamu belajar susah . tapi kamu kena kuat . tabah . teruskan semua ini . benda akan jadi senang kalau kita selalu berusaha . Mak duduk rumah ni pun rasa susah . bla . bla . bla . bla . bla . " MakPah bebel sampai saya rasa sedih dan rasa bersalah sendiri . 

Naaaaaaahh . siapalah tak terpana bila mak mak kita dah mula buat ayat sedih sedih nak bagi kita kuat dan insaf kan . keputusan saya nak ambil short sem pun tidak mendapat persetujuan dari MakPah kerana masalah masalah tertentu . tapi mungkin ada hikmah untuk semua ini . balik cuti . jual kueh depan rumah . dah kaya boleh pergi umrah . ngeh ! dan kamu kamu yang teringin sangat nak jumpa saya pada cuti nanti boleh buat appoinment dengan saya mulai awal bulan 6 nanti ok . tapi appoinment appoinment itu semua mestila dibuat melalui MakPah . kah . kah . kah . MakPah garang tau . saya pun kadang kadang takot . :p 





kepokepo : saya tau kamu sengaja tersalah hantar mesej pada saya kan . taktik kamu tu kadang kadang saya buat pada kamu jugak . ops ! kamu nak bagitau keadaan kamu kan ? atau kamu rindu saya ea ? :p takpela . saya doakan kamu berada dalam keadaan baek dan dilindungi Allah sentiasa . amin . ada sebab saya bersifat kejam pada kamu . :)


Thursday, April 07, 2011

  @-@




Bila rasa sedih hanya diri sendiri yang tahu bagaimana rasa itu .


Bila rasa ingin menanges seboleh boleh mata menahan air mata dari mengalir .


Bila rasa sedih . . . .


Hanya memohon agar diberi kekuatan dengan semua ini .


InsyaAllah . . . .


Allah akan permudahkan semua ini .


Kita merancang Allah menentukan .


Kuat !


Kuatkan hati kamu seperti mana kamu cuba kuat untuk diri kamu sendiri wahai azriyani bunaim sayang . . . .