Sunday, April 10, 2011

  BB

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .
*nada ceria . kunun je ceria*


Entry hari ini adalah entry untuk bestfriend . entah kenapa tiba tiba nak cerita tentang bestfriend . semua orang mesti ada bestfriend . tak kisah la bestfriend dea lelaki ke perempuan ke sereyh ke . choyyy ! yang penting dea kawan kita yang paling best dan kita selesa . kadang kadang even kita ada girlfriend or ada boyfriend . kita tetap akan cari bestfriend kita bila kita nak luahkan sesuatu . betul tak ? ke saya je macam gitu ? hiks . dan kadang kadang bestfriend kita boleh jadi girlfriend or boyfriend kita kan . itu namanya chenta bestfriend . ahaks . tapi bergantung pada keadaan . kalau bertepuk sebelah tangan . maka . sila cari orang yang ingin bertepuk tangan dengan kamu . jangan buang masa sedih sedih pada orang yang tak hargai kamu . naaaaahhhh . macam sentap je ayat ini . tapi kita semua tahu . perasaan itu anugerah Allah . dah kalau begitu hendakNya . maka . begitu la jadinya . kun fayakun . 


Suatu ketika dahulu . saya pernah ditujukan dengan satu soklan yang saya menjawabnya dengan penuh confident dan 100 % pasti . ngeh ~ antara bestfriend dan boyfriend . manala kita akan pilih ? macam susah je nak jawab soklan ini kan . untuk saya di usia yang telah matang ini . ceh ! saya memerlukan kedua duanya . bukan tamak . tapi saya memang haloba . har . har . har . ok . ok . serius . tapi tang boyfriend itu . hanya berserah pada Yang Maha Esa . yang bestfriend itu selagi saya boleh menjaga dan menghargainya . selagi itulah akan lahir satu rasa kalau awak susah saya pun rasa susah . kalau awak gembira . saya pun gembira tengok awak gembira .*sambil tutup muka malu* tapi kan . apela kita akan buat bila ada boyfriend yang tiba tiba suruh kita jangan rapat lagi dengan bestfriend kita . mesti kita rasa kenapa awak suruh saya buat pilihan ? dulu masa saya terima awak takde pun saya minta awak buat pilihan antara bola dan saya . antara kamera dan saya . antara kawan kawan awak dan saya . tak aci tahu awak ini ? ? ? tapi bestfriend tak pernah pun suruh saya buat pilihan . malah suruh saya mengalah dengan awak lagi ada . bestfriend selalu cakap ada sebab awak buat saya macam ini . ada sebab awak buat saya macam itu . tak pernah pun burukkan awak atau mengapikan awak pada saya walaupun saya selalu merungut tentang awak pada dea . eh . eh . ayat macam dah terlebih emo . har . har . har . ini contoh je ok . mesti ada kan situasi macam ini berlaku dalam hidup kamu . 


Secara rasional . dan logiknya . ceewah ! bestfriend itu penting dan perlu kita hargai kerana dengan adanya bestfriend la kita menjadi kuat dan gembira dengan hidup setiap hari . kalau dah nama bestfriend . mestila orang itu orang yang paling kita selesa dan kalau boleh apa yang kita ada , kita pun nak dea ada . kan ? tapi bukanla sampai berkongsi boyfriend / girlfriend . nak mati kau kalau jadi macam gitu ? huk . huk . huk . tapi kalau kita ada boyfriend / girlfriend . kita sayangla dea dan hargai dea seperti orang yang betul betul kita perlukan dalam hidup . tak salah kalau kita berterus terang dan berusaha tunjuk yang kita memang sayang dea . penipu kan kalau orang yang tak reti tunjuk kaseh sayang . rasa nak tumbuk kuat kuat je tau kalau ada orang macam ini . T___T kan suwit kalau awak cakap i love u more setiap hari . sejuk hati boyfriend / girlfriend awak walaupun tengah gaduh . har . har . har . tapi jangan lupa sayang yang kekal hanyalah sayang pada Yang Maha Esa kerana Dea yang menciptakan dan melahirkan segala rasa yang ada dalam diri kita . :)   


PENAKUT 
 Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap kau tak pernah tunjuk
Dan bila tiba saat aku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
Ini bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku









kalaukamukepobacaini : tiba tiba mood taknak makan nasi dah menyerang . tapi mood untuk selalu makan coklat dan benda benda tidak sihat telah datang dengan gembiranya . dalam bilik saya rasa macam dah jadi kedai cikedis . ehem . ehem . btw . terima kaseh ye bestfriend sebab call saya malam tadi .*tiba tiba* ;)


0 kaseh sayang :