Saturday, April 23, 2011

  entry kucar kacir

Pagi ini saya berjaya stay up . tahniah azriyani bunaim !*sambil tepuk tangan* itupun setelah diberi ganjaran mcd . har . har . har . kalau tiada makanan . mungkin sudah tidur pada jam 2 pagi tadi . nampak sangat mengada kan . saya bukan mengada . tapi ada sedikit manja dan gedik . orang cakap . bukan saya cakap . hak . hak . hak . rasa nak ketawa terbahak bahak . geli ! tapi kan sebenarnya harus seorang perempuan itu punya sifat sifat begini . baru la keperempuananmu terserlah . hiks . tapi bukan manja yang mengada ngada . tapi manja pada certain perkara dan sesuai dengan keadaan atau masa . kalau memanjang nak manja . memang rasa kau dah kenapa ? ? ?


Entah kenapa tiba tiba cakap benda benda begini . mungkin sebab saya terpikir kenapa orang cakap saya manja ? ? ? ggggrrrrrrr . saya garang ok . kadang kadang kita tidak perasan ada orang memerhati gerak laku kita . hu ha hu ha . naaaaaahhhh . ada orang cakap kita ketawa sampai nampak gigi geraham belakang sekali . ops ! terus tutup mulut kalau ketawa . kalau hu hu hi hi . ada orang cakap kita buat buat ayu atau kata sejenisnya control ayu pulak . sentap sejibik ! kalau senyum senyum kambing cakap pun suara manja . ada orang cakap kita ni mengada manja lebih . terus merajuk taknak kawan dengan orang tu . jadinya wajibla kita menjadi diri kita yang sebenar walaupun orang cakap kita bajet hot . har . har . har . awak jeles kan sebab saya hot dari awak ? whatever ~ ~ ~*gaya gedik annoying* 


Untuk saya . seorang perempuan itu tidak salah jika dea punya sifat manja . sifat gedik . atau sifat control ayu . tapi yang mmbezakan hanyalah bagaimana cara dea menyesuaikan sifat sifat ini pada keadaan dan masa yang tertentu . paham tak apa saya cuba cakap ? camni . camni . contohnya . kalau pergi ke sebuah majlis perkahwinan atau kenduri  doa selamat . takkanla nak tunjuk sifat original yang kita ni ganas . ketawa hu ha hu ha . tak manis tau . pakai baju kurung dah ayu ayu . sekali ketawa boleh sakit jantung makcik makcik yang dengar . kadang kadang hipokrit dan berlakon itu perlu untuk kebaekan diri dan keluarga . ceit ! harus control ayu . datang rumah orang terus jadi shopan . kunyah makanan terus jadi 40 kali . duduk terus bersimpuh . barulah nampak inilah perempuan yang sesuai untuk anak makcik .*sambil usap kepala* har . har . har . tapi selalunya di depan orang yang kita sayang kita akan menjadi diri kita yang sebenar . macamana kita makan di rumah macam itulah kita makan di depan dea . tapi kalau tang manja tu mesti lebih sikit . depan dea bukan maen manja sampai makan comot pun nak dea lapkan . over tau ! eh ! tak . bukan saya . saya tak pernah . saya makan tak comot . :p 


Kepada lelaki lelaki di luar sana . sebagai seorang perempuan . saya perlu memberitahu . ceeeewah ! macam penting je . kalau nak tackle perempuan . atau ingin mengambil hati gf kamu yang sedang merajuk . tolongla cakap dea chantek . walaupun kamu rasa dea biasa . har . har . har . kejamlah kan kalau kamu rasa dea biasa . semua perempuan chantek ok . bila ada orang yang disayangi cakap kita chantek (perempuan) , dea punya berbunga dalam hati macam ada setaman bunga rose ! sumpah ! saya tak tipu . siapa tak cair dan suka bila orang yang kita sayang cakap kita chantek . cair terus sampai tengah marah pun boleh jadi cool . ok . saya cool . tak suka la marah marah ni . hari ini saya memang chantek kan sayang . . . ? T___T tapi letih jugak kalau ada perempuan yang asek tanya pada bf dea yang dea chantek ke tak . wahai perempuan sekalian . . . . kamu memang chantek . tak tipu . tapi janganla annoying sangat sampai setiap hari nak tanya kamu chantek ke tak . boleh kena kencing manis tau lelaki lelaki di luar sana . kan lelaki ? kih . kih . kih . akhir sekali . apalah conclusion entry ini ? kejap sifat seorang perempuan . kejap cerita pasal lelaki dan perempuan . ah ! saya dah berterabur membuat isi entry . sungguh kucar kacir ! ala kasim . . . . kenapala jadi begini ?*pengsan*





Makin hari macam makin panjang entry saya .


Ya ampun . . . .


Masa untuk saya tidur .


z z z z z Z Z Z Z Z Z Z


:)

Friday, April 22, 2011

  saya rasa cool bila tulis entry ni.

Oh ! bila study week je kepala terus pikir macam macam . macam macam tu contohnya tentang kesedihan atau kenangan . ceh ! macam nak cakap saya tengah sedih kan sekarang . tak . tak . saya tak sedih . betul . :) tapi berpikir akan satu persatu masalah yang datang . bukan masalah . tapi kejadian . ok . saya dah cakap putar belit . bukan . bukan . camni . camni . pernah tak kamu lalui satu masa yang kamu rasa down tentang hidup kamu sampai kamu rasa living is hard ? oh ! demmm ! MakPah mesti marah kalau saya cakap hidup itu susah . macam orang takde iman pulak . MakPah selalu cakap hidup bukan susah . tapi hidup itu memerlukan sesuatu usaha untuk kita keluar dari kesusahan itu . Allah menguji hambaNya tidak melebihi keupayaan hambaNya sendiri . sebab itu jangan tinggal solat dan jangan lupa pada Dea . naaaaahhhh . terus zip mulut dan takot nak cakap living is hard . 


Malam semalam , semalaman saya tidur tanpa rasa bersalah tak bukak buku atau biarkan buku tengok saya . lepas solat Isyak saya terus tidur dan kunun kunun kunci jam untuk stay up study tapi hampeh saya baling hp bila bunyi alarm . dan pagi tadi bangun dengan rasa bersalah yang amat ! sesal dahulu pendapat . sesal kemudian tak berguna . rasa bersalah itu mungkin kurang jika saya tidur tapi buku terbukak di sebelah kepala . baru nampak oh ! budak ini tidur sebab letih study walaupun realitinya budak ini baru bukak buku 30 minit tapi dah ngantok . begini la keadaan saya bila hidup di bilik single dan tiada siapa kacau atau membebel pada saya bila saya tido dan buat buat terlupa nak study . rasa mencik juga duduk di bilik single . but seriously aman dan bilik saya tak bersepah tanpa orang laen . har . har . har . tapi bila sedih . naaaaaaaaahhhhhhhh . nanges sorang sorang dalam bilik sampai kita demam terbaring ada dalam bilik pun housemate taktau . dahsyat kan . ok . keburukan yang jelas dan nyata dan sungguh tak cool untuk dilalui . janganla gedik gedik nak cuba duduk bilik single sem depan kalau kamu rasa kamu bukan seorang yang perkasa atau kata laennya hati kamu itu perlu kental dan tabah setabah saya . ehem . ehem . saya tabah la sangat kan . tabah . tabah . tabah . positif itu perlu .*poyos*


Sebenarnya saya nak buat entry yang saya rindu kawan kawan saya yang dulu . tapi macam dah merepek jaoh dari fokus utama . memang dah selalu berlaku . :p rindu kawan kawan saya yang selalu dengar saya cerita benda benda mengarut sampai ketawa menampakkan keshopanan seorang gadis itu hilang . kawan kawan saya yang suka berpoya poya macam saya . dan yang paling touching . kawan kawan saya yang hantar saya pergi klinik masa saya demam . sob . sob . sob . kawan kawan . sampai sekarang kawan kawan saya masih ingin tau keadaan saya walau saya jaoh dari mereka . terima kaseh kawan kawan . kalau diberi pilihan antara jongkong emas dan kawan kawan . saya tetap pilih kawan kawan walaupun jaoh di sudut hati saya nak jongkong emas jugakkkkkkkkkkk ! boleh bagi kawan kawan sikit . suwit kan . hak . hak . hak .  


dua orang gadis yang rapat dengan saya . anis & isma .

batch diploma .

ini geng ala ala geng bas skola . pergi mana mana semua nak ikut . geng suka gusip jugak !



Kenangan itu takkan berulang .


Tapi kita diberi peluang untuk mencipta kenangan yang indah walaupun kenangan yang tercipta itu takkan sama macam kenangan yang dulu .
*sambil peluk bantal muka romantik*


Hari ini saya rasa saya perempuan yang macam poyo sangat sebab tiba tiba berbicara tentang hidup .


Tengok . tengok . berbicara . menyampah !


Naseb kau la labu . . . . .


Kalau kamu sayang saya sila senyum baca entry ini .


Kalau tak sayang pun kena senyum jugak !


:)

Wednesday, April 20, 2011

  tanya sama hati

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Hari ini hati saya macam berdebar debar .


Nak kata ada orang cakap i love u memang takdela kan . har . har . har .


Nak kata dapat carry mark banyak . bersyukur dengan apa yang telah diusahakan .


Nak kata gigi dah tak sakit . bertambah sakit lagi ada la . tapi malas nak layan . 
sukati awak la gigi .


Entah . mungkin hari ini akan buat saya menanges atau tersenyum sorang sorang .


Bak kata MakPah :

 " Kalau mata kanan terkenyit kenyit . ada perkara baek akan berlaku . Tapi kalau mata di sebelah kiri yang terkenyit kenyit . mungkin ada perkara tak baek akan berlaku . Wallahualam . . . . "

Tapi kalau kedua dua belah mata yang terkenyit ?


Maknanya awak ni miang ! gatai ! mengenyam ! gedik ! atau cacat ! hak . hak . hak .


Masalahnya mata saya tak berkenyit .


Tapi hati saya yang berkenyit . eeeyyyuu ~ ~ ~ 


Berdebarnya hati saya macam ada gempa bumi dalam badan .


Berdoa mudah mudahan tiada apa yang buruk berlaku . amin .


Macam rajin je saya update blog kan . hiks .




Ada orang cakap susah nak paham saya .


Susah jugak ke nak paham entry entry saya ?
*sambil muka blur*


Tak sampai kena bukak kamus dewan kan ?


:)

Tuesday, April 19, 2011

  moon!soooo beautiful....;)

Seharian menahan sakit gigi .


Sumpah rasa nak tumbuk orang .


Hanya mampu menahan sakit sambil tekap bantal pada muka sebab rasa sakit berdenyut denyut sampai ke telinga .


Huh !


Rasa dea memang betul betul kaw !


Dah besar gedabak ni bila sakit gigi taktau nak mengadu pada siapa .
*ayat sadis*


Kalau masa kecik kecik dulu bila sakit gigi mak peluk kunun kunun bagi hilang sikit rasa sakit .


Tapi bila dah besar gedabak ni sakit gigi kalau peluk mak rasa macam kau dah kenapa ? ? ?


Dah jaoh jaoh begini peluk bantal jela yang mampu .


Masih bersyukur tak demam gara gara nak tumbuh gigi !


Wahai cik gigi . . . .


Awak tolong tumbuh diam diam takyah buat saya rasa sakit boleh . . . . ?


Argghhh ! ! !


Gigi sakit = hilang F O K U S study !


Tapi bila layan movie titanic rasa cool pulak .


agagagaga . . . .




Malam malam begini tiba tiba emosi rindu rinduan pada MakPah datang meluap luap .


Eh . eh .


Saya nampak bulan dari dalam bilik saya la . . . .
*gaya princess cakap dengan prince charming*:p


T_____T


  tooth fairy help me please....

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Kunun kunun hari ini bangun pagi pagi nak pergi library . tapi bila pikir kena mandi . terus jadi malas . ceh ! sebab malas mandi terus malas nak pergi library . memang rasa ngada ngadanyeeee awak ni ! lagi beberapa hari dah nak mula final . buku bersepah sepah . tapi macam satu hapa pun tak masuk dalam kepala lagi . mungkin sebab saya belum pergi tengok wayang atau makan sedap sedap bagi mood rajin nak study datang . atau mungkin saya perlu meneruskan niat untuk memotong rambut supaya ilmu lebih senang nak masuk dan tak tersangkut di helaian helaian rambut yang merimaskan . entah teori dari mana ada cakap ilmu boleh tersangkut di helaian helaian rambut . padahal study baru sikit maen game je lebih . demmm ! dea la . dea la ajak saya maen game . pastu kalah bising . pastu cakap game tipu . :p apa la kaedah nak hilangkan rasa malas ni wahai kamu kamu sekalian . . . ?


Dan lagi rasa teruk bila time time study week ni rasa macam orang tengah pregnant mengidam nak makan itu ini . eh . eh . saya  tak . saya tak .T___T kejap rasa nak makan durian . kejap rasa nak makan nasi lemak lauk sambal udang . kejap rasa nak makan orang sebab gigi geraham tengah sakit nak tumbuh lagi . bila sakit gigi semua benda jadi nak marah . lebih rela sakit perut dari sakit gigi sebab gigi sensitive tau ! guna sensodyne pun belum tentu hilang . sampai boleh buat orang tumbuk orang . saya je kot kalau sakit gigi macam nak tumbuk orang . har . har . har . macam gangster je kan . haaa . . . saya memang gangster !*sambil jeling manja* kamu takot tak ? baek takot cepat .*sambil tarik kolar baju*


ini bukan gigi saya . tapi gigi saya macam ini . eeyyuuu ~ ~ ~


Nak senyum pun macam tak ikhlas .


Tapi senyum kan sedekah . . . .


:)