Sunday, February 06, 2011

  pergilah ayu . . . .

Kosong hidupku tanpamu
Cerminku membayang bayanganmu
Pameran kasihku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkanku dalam anganmu
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tewasku bila kuketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telah kusedari
Semula kuhias kau jauh dah pergi
Putus komunikasi kau elakkan diri
Kumencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Kuingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita tiada jalan penyambungnya
Ya Allah Maha Pemurah dan Maha Pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua kudoakannya
PadaMu kupohon sucikan hatiku
Sehingga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Pergilah pergilah ayu
Jangan kau hiraukan tentang dariku
Pergi kau pergi kau ayu
Kuanggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah-sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku


**********************************************************************************************


K O S O N G 


R U A N G


tiba tiba jatuh chenta pada lagu ini .


lirik yang mendalam dan penuh makna . 


ini dinamakan melayan perasaan sengal . :p






senyum .


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)


3 kaseh sayang :

Afendi Othman said...

aik..kite pun suka lagu..lirik dia mcam best..

1+1=infinity said...

dah blk ker?

Azriyani Bunaim said...

fendi : awk ni asek tiru kite je tau.:p

tasha : da blk smlm tghari...semangat nk gi kuliah!hakhakhak...