Wednesday, June 01, 2011

  here we go

Assalamualaikum .


Hai kawan kawan .


Ehem . ehem . taknak cerita banyak . tapi saya rasa saya ada banyak cerita . banyak sangat . tapi gambar tak banyak . ok . cakap dah putar belit . trip langkawi yang 80 % sangat best ! dan 20 % best je . gagagaga ~ ~ ~ yang tak best itu semestinya kaki saya bengkak lagi selepas pulang dari langkawi ! mengalahkan MakPah tau . MakPah yang dah veteran pun kaki tak bengkak . tapi kaki saya over nak bengkak bengkak . kaki manja ! :p trip kali ini saya harus cerita lebih detail sebab bercuti dengan warga warga veteran yang kau hingat senang nak masuk dengan warga ibu ibu ni ? ? ? tapi diorang semua memang best ! lagi havoc dan kuat ketawa . kah . kah . kah . cayalah makcik ! ngeh ~


Seriously semua tempat yang ada di langkawi memang best ! tapi yang saya perasan . percutian kali ini saya asek naek bas . feri . boat . tengok laut . tengok sunset . tengok alam . memang jiwa romantika d amor . saya memang penchenta alam . tak suka la pergi soping soping complex lagi .*muka annoying* tak rasa aman . tengok alam lagi tenang . tenteram jiwa . serius tak tipu . har . har . har . tapi yang mengejutkan bila MakPah lagi suka pergi bersoping . sikit sikit pinggan mangkuk . sikit sikit kristal . sikit sikit gamat . setia teman MakPah beli pinggan mangkuk punya pasal sampai saya tidak sempat untuk pergi ke Dataran Helang untuk mengambil gambar  . omaigod ! fening tau layan MakPah soping . tapi sebab dapat upah satu beg besar segala jenis cekelet idaman . saya terus zip mulut ! terus pasang konkrit kat kaki bagi kuat berjalan untuk layan MakPah soping . har . har . har . tapi kan ibu ibu ni lagi kuat bersoping dari anak anak dara seperti saya rupanya . mungkin belum tiba masanya saya nak berminat dengan pinggan mangkuk segala bagai .*sambil mata juling*


Oleh kerana asek cakap best . saya pun nak jakun jakun cerita pada kamu benda yang tak pernah saya buat . dan bila buat saya agak teruja walaupun ada sikit sikit ah ! saya memang jakun rupanya . pertama kali masuk ke dalam gua kelawar dan tengok cara kelawar tidur . ekzotik ! ni je word yang mampu saya ungkapkan . har . har . har . pertama kali juga melihat burung helang dan memberi ikan pari besar makan . geli geli geleman . eeeeeey ! hiks . dan pertama kali saya naek cable car dengan MakPah . kalau dulu masa naek cable car di genting dengan beshfrend yang sudah semestinya muda . tapi kali ini dengan MakPah yang otai . seriously MakPah memang otai . cable car di langkawi agak panjang dan semakin lama semakin tinggi mencuram . over tak saya jerit jerit dalam cable car bila cable car semakin naek meninggi ? MakPah relax je . diam sambil boleh tengok tengok bawah lagi . saya yang beria pegang tangan beliau . dahla pegang tangan . jerit jerit pulak tu . sampai MakPah cakap telinga beliau pekak sebab dengar saya jerit . kah . kah . kah . memalukan sungguh !*sambil tutup muka* demmm ! baru saya sedar yang saya sebenarnya takot pada ketinggian . dan MakPah dengan wajah berlagak ajak saya pergi naek cable car lagi . ommaa ! harusla saya berpikir 100 kali untuk naek lagi . tapi MakPah takot naek boat . saya berani !*muka berlagak* :p 


Sekali lagi saya tulis . pulau langkawi memang best ! kamu kamu boleh pergi ke sana . tapi bawak duet harus banyak banyak sebab barang di sana murah . tak tipu ! handbag murah ! perfume murah ! cekelet murah ! pinggan mangkuk murah ! segalanya murah ! datangla beramai ramai ke pulau langkawi . kamu pasti gembira dan tersenyum lebar selepas pulang dari langkawi . har . har . har . over ! saya takde dapat royalty dari mana mana ok . tapi kegembiraan itu harus dikongsi bersama . saya gembira . kamu pun harus rasa apa yang gembira di langkawi itu . ceeewah ! poyo sangat . dah . dah . jom tengok gambar yang ditelan mati mak . diluah mati bapak . har . har . har . gambar tak banyak sebab bateri hp asek kong ! ok . fine . esok saya pergi beli kamera nikon ! :p 


Makam Mahsuri .

MakPah di depan Makam Mahsuri .

Rumah Mahsuri .

Mahsuri . eh . eh . bukan ! saya azriyani bunaim di Gua Kelawar .

Cuba cari batu berbentuk muka baby pandangan dari tepi di muara sungai itu . hi . hi . hi .

Yang kecil itu Pulau Kasut . memang pulau itu bentuk seperti kasut ! tak tipu .

Makcik otai yang suka bagi makan ikan .

Anak MakPah otai yang bajet perkasa bila dah berjaya naek cable car walaupun jerit jerit . :p

Sunset yang chantek dilihat dari atas Bukit Mat Jinjang . 




Last but not least .


Anak MakPah otai yang driver bas sibuk nak ngorat . har . har . har . geli sungguh caption gambar ! eerrkkk ! ! ! ! ini Pantai Cenang . tempat kami menginap . 



Sekian . 


Laporan percutian dari azriyani bunaim di Pulau Langkawi .


Lepas ini dah takde percutian .


Harus mencari kerja cuci pinggan di kedai kedai supaya boleh cover duet yang sudah habes .


Tapi macam bakal ada je percutian lagi . 


Duet pun semakin habes . 


*pengsan*


0 kaseh sayang :