Saturday, November 13, 2010

  apekejadah blackberry tu ?

Dengan bangganya broadband aku telah diblock ! si tuan blog tidak berapa nak tertekan dengan kejadian ini . tetapi ada sikit sikit rasa macam nak ketawa kuat kuat arini . har . har . har . eh . eh . shuuttttt . ingat ! banyak ketawa hati gelap . 



Perut kenyang . hati senang . jiwa pun mula nak jiwang . mana tak jiwang nyah oiii . . . . makan burger + kentang + bubur + eskim = macam seminggu aku tak makan ! belum big apple lagi . belum roti cap TAKA lagi . jangan tanya cap TAKA ini roti cap apa . sebab aku dah lama meroyan nak makan roti cap gardenia memang tak dapat dapat kat bumi kenyalang ni sebab roti gardenia itu seperti roti emas di sini ! memang tak wujud ! dan kalau wujud pun mungkin lebih baek kau beli dua bungkus nasi . kenyang satu hari . beli satu buku roti gardenia . kau boleh dapat dua bungkus nasi lauk ayam goreng besar . haaaa . . . . orang yang tak siuman macam aku je penah beli roti gardenia yang berharga ringgit malaysia lapan ! 


Entah kenapa malam malam begini nak buat luahan perasaan kehidupan di sini . mungkin sebab itu orang nampak aku kurus dan semakin hitam . kurus ke ? mungkin jari yang kurus . waka . waka . eh . eh . kurus sebab kurang makan . kurang makan ??? memang fitnah diri sendiri . dan semakin hitam sebab i tak sesuai dengan cuaca di sini la u . . . .  padahal dah memang kau hitam kan . :p 


Kadang kadang emosi juga bila sifat fizikal kau diperhatikan oleh orang orang yang suka melihat kau . errrkkk ! ! ! sampai muka kau pimple suka membiak pun orang perhatikan . memang sentap la kan . boleh tak aku nak emo emo yang aku tak bersalah dalam hal ni ! ! ! tengok . memang dah emo . eh . eh . tak . tak . aku tak emo dengan kau . aku emo dengan naseb diri aku di bumi kenyalang ini . sob . sob . sob . sapa tegur aku makin hitam balik cuti nanti . . . . siap ! har . har . har . tapi kalau tegur aku semakin kurus takpe . itu memang kenyataan yang perlu diluahkan dengan kata kata . what im talking about ? pengsan nyah baca entry budak ni . 



motif gambar ? cacat cela di muka itu seni . art . 




hp aku semakin buat perangai . tapi apekejadah blackberry tu ? aku tengah sibuk tanya pokcik google sekarang . kih . kih . kih .





Friday, November 12, 2010

  malam yang menggantikan siang

Oh ! pelik . broadband masih boleh berfungsi seperti biasa . saja je gertak aku kan celcom ni . ceh ! ape kes buat post malam malam buta ? sebab tiba tiba nak gila meroyan bila tengok noh hujan dah potong rambut jadi macam tomok ! ! ! ommaa ! u sudah tidak comey bila rambut u yang comey itu sudah tidak bersama dengan u lagi wahai noh hujan . bila i tengok u macam i tengok tomok . oh ! tidak ! ! ! i amat kecewa dengan u . sob . sob . sob . ada noh kesah aku kecewa dengan dea ? ? ?


Kebetulan di dalam rumah aku ada peminat lagu lagu rock tangkap cintan . hah ? genre muzik apakah ini ? macam pelik . he . he . he . hari hari melalak lagu zaman dolo dolo yang kita sudah jarang dengar . rasa taksub juga bila ada orang muda yang berjantina gadis gadis yang tidak suka mendengar lagu terbaru . terkini . lagi terhangat . tetapi lebih meminati lagu lagu zaman akak abang kita berchenta . ahaks ! maka . mendapat satu berita dari peminat beliau merangkap junior housemate aku . salam takziah buat keluarga Shamrin Fotograf . semoga Allah menempatkan beliau bersama dengan orang orang yang beriman . Al - Fatihah . . . . 


Ok . da . jangan risau . aku takkan update panjang panjang . tapi macam panjang jugak ni . keh . keh . keh . sebenarnya saja nak gedik test signature kat bawah ni . nak tengok jelita ke tak  ada dalam entry . har . har . har . memang sah ! sah jelita ! macam T A H I K sangat . :p 





Selamat Malam kawan kawan . . . . z z z z z Z Z Z Z Z Z Z




Thursday, November 11, 2010

  yani tertipu bang. yani tertipu !

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Hari ini dilaporkan seorang budak perempuan telah termakan sabun basuh pinggan yang bertajuk AXION perasa lemon . budak perempuan yang sungguh bijak itu menyangkakan warna kuning yang melekat di jarinya itu adalah planta yang comot yang baru saja disapu pada sekeping roti cap shinchan . 


Dengan rakus dan tanpa berpikir panjang budak perempuan itu terus menjilat dan terkebil kebil setelah merasakan kepelikan pada planta yang baru dijilatnya tadi . budak perempuan itu semakin bertambah bijak apabila dea terus mengambil keputusan untuk menelan sabun tersebut tanpa berpikir untuk meludah atau berkumuh . keputusan ini diambil akibat daripada sifat kemalasan yang melampau untuk pergi ke sinki . 


Huh ! sumpah rasa seperti bongok sekejap selepas makan sabun tersebut . kalau sikit mungkin sedap . tetapi ini banyak ! kuingatkan planta yang comot di jari . rupa rupanya sabun yang tidak kubasuh bersih melekat di jari ! cis ! rasa bangang juga bila terus telan . bukan ludah atau kumuh ! har . har . har . 


Dan hasil daripada kejadian tersebut . maka hasil jawapan pada kertas peperiksaan dialek sarawak pada petang tadi amatlah melawakkan untuk dibaca oleh lecturer . maafla . saya tidak sengaja mau buat puan sakit kepala menanda kertas saya . buat karangan dalam dialek sarawak . memanglah seperti menulis surat nak bagi boyprend kau ! no grammar . no past tense . no present tense . kau bantai je ayat itu . letak tok . tek . mun cam ya . kamek . kitak . gine tok ? kamek bante ajak polah karangan tadik tok . mun cam ya kamek rasa memang lecturer kamek pening palak bila nangga ketas kamek . gembira gilak kamek hentam polah ayat sampe kamek sendiri sik taok maok madah apa agik . haaa . . . . jadilah karangan . yang penting sedap ! har . har . har . 


Paper selepas ini agak jaoh untuk aku lalui . tetapi sungguh banyak onak dan duri yang harus aku tempuh untuk aku terus memastikan aku berjaya menjawab keempat empat paper tersebut dengan jayanya walaupun di saat ini paper paper tersebut telah cukup membuatkan aku semakin tertekan . tertekan . tertekan . dan terus tertekan . poyo sungguh ayat ! apa yang penting . b e r u s a h a ! basyah !





AGI IDUP ! AGI NGELABAN !



Wednesday, November 10, 2010

  senyum pengubat sedih

Tuhan berikan kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang , dua telinga untuk mendengar , dan dua mata untuk melihat . Tetapi mengapa Tuhan menganugerahkan kita sekeping hati ? Kerana Tuhan telah berikan sekeping lagi hati untuk orang yang kita sayang . . . .



selesai sudah satu paper pada hari ini . hanya mampu tersenyum kerana hanya itu saja yang mampu dilakukan untuk menghilangkan segala tekanan dan rasa yang bercampur baur . ok . kakak gedik saya dan jijah perasan chantek di Sabah dapat berpindah ke Kuala Pilah . saya tersenyum . tersenyum di samping sedih . lagi sedih bila esok broadband akan kena terminate sebab aku tak bayar bil ! sungguh tiada masa untuk keluar . perlu makan eskim sekarang . 



dialek sarawak itu lebih penting dari semua ini . 



tata .


Tuesday, November 09, 2010

  TUTORIAL : testing testing . berjaya ! ! !

ehem . ehem . oleh kerana mood saya tengah mood exam . maka . mood untuk berfeeling feeling . bertouching touching . atau bersedih sedih . tidaklah akan dilayan oleh hati dan perasaan ini . ceh !


siapa yang jeles . iri hati . atau mata tidak berkelip melihat saya . eerrkkk ! ! ! sila jangan buang masa kamu . saya hanya orang biasa . yang sedawa kuat . berkulit muka hitam . tapi manissss . dan kadang kadang berjerawat di dahi . dagu . dan juga pipi . ada eyeback lagi ! aarrrggghhh ! ! ! serta tidak lupa . kadang kadang terselit lada di gigi selepas makan . serius . aku tak tipu kau . jadi ? jangan buang masa untuk cemburu atau jeles atau iri hati pada saya ok . 


kamu hanya perlu jeles kepada saya sebab saya sudah pandai buat blockquote ! ! ! ! har . har . har . jakun ! orang da lama pandai . kau baru nak pandai . takpe . biar lambat . asal mencoba . hik . hik . hik . 


untuk membuatkan kamu tidak jeles kepada saya . mari sini . mari sini dekat dekat sikit . tapi jangan geli tengok gigi saya yang ada lada ni ok . :p gila sekeleh ! kau mesti takde selera nak baca entry haku kan ? nak belajar ke taknak ? nak ke taknak ? kalau nak , kena tengok gigi aku yang ada lada ni kejap . 


1) Pertama sekali , pergi kat Dashboard > Design > Edit HTML .

2) Then , tick kat Expand Widget Template .

3) Lepas tu tekan keyboard kamu yang ada Ctrl + f . taip word ni :

.post blockquote {

4) Lepas tu mesti akan keluar seperti ini :

.post blockquote {
margin : 1em 20px ;


5) Kemudian , kamu copy and paste coding kat bawah ni menggantikan coding di atas .

.post blockquote {
background : #FF9999 ;
-moz-border-radius-topleft : 10px ;
-moz-border-radius-bottomright : 10px ;
padding : 6px ;
Border : 2px solid #000000 ;
margin : 1em 20px ;
}

6) Akhir sekali , klik button save . siap ! kalau nak tukar warna background blockquote tu . . . . tukar nombor #FF9999 kepada nombor laen . tengok kod warna ok . mengikut warna yang kamu suka .

7) Kalau nak border blockquote kamu itu nipis je . kamu tukar border 2px itu kepada 1px . kalau nak tebal pula tambah la ikut sukati kamu . asalkan kamu gembira melihat blockquote kamu itu . agagaga . . . .

8) Lepas tu , kamu pergila buat new post seperti biasa . taip apa yang kamu nak tulis itu seperti biasa . kemudian highlight ayat yang kamu nak dea jadi blockquote kamu itu . lepas itu klik simbol ini :




9) Ini dea contoh blockquote saya yang sudah siap . tadaaaaa ! ! ! ! 

susah tak nak paham apa yang saya ajar ni ? susah tak ? susah tak ? susah tak ? ? ? 

10) Kadang kadang ada template yang takde coding  .post blockquote {  itu . jangan risau . jangan bimbang . jangan tensen tensen . kamu gantikan coding itu dengan coding ini :

/b:skin>

11) Lepas tu kamu copy and paste je coding yang langkah ke 5 tadi itu sebelum coding di atas ini . ingat ! sebelum coding di atas ini tau . bukan selepas .


kamu godeh saja apa yang kamu suka untuk mengubah rupa blockquote kamu itu . jangan takot . jangan segan . kalau kamu ubah ia tidak akan memberi kesan bunga api atau sebarang kerosakan kepada laptop kesayangan kamu itu . ia hanya memberi kesan kepada rupa bentuk blockquote kamu itu . atau memberi kesan kepada perasaan kamu kerana bengang sekiranya tak jadi . aaiiyyooo . . . . taktau . cuba ok . mesti berjaya ! ;)


ini saja yang mampu saya godeh sementara berehat membaca buku EPP . ceh ! baca ke ? hu . hu . hu . jangan jeles jeles pada saya lagi ok . setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri . sebab itu kita saling memerlukan bagi melengkapi antara satu sama laen . fuh ! macam pakar motivasi la . :p



senyum . . . . senyum kan sedekah . . . . .