Thursday, May 05, 2011

  serious

Setahun sudah berlalu . tapi macam baru semalam aku menanges kuat kuat tak henti henti sampai mata bengkak bengkak sampai baca buku untuk final exam pun nanges tersedu sedan macam baca buku novel chenta sedih . sampai beshfrend kau tengok kau pun dah tak mampu nak tenangkan kau . barulah aku tahu bagaimana rasanya bila orang yang kita percaya dan pernah berjanji takkan tinggalkan kita walau apapun keadaan kita tapi akhirnya pergi tinggalkan kita jugak . bila orang tanya macamana aku melalui semua ini dan macamana aku melupakan dea . aku hanya senyum dan menjawab seperti kau memang betul betul kuat dan gagah di mata orang walaupun jaoh di sudut hati kau masih ada saki baki parut kerinduan dan kelukaan yang entah bila akan hilang . lagi sadis keadaan diri kau bila orang tanya macamana kau berdepan dengan dea kalau kau terserempak dengan dea ? dengan muka tenang kau menjawab kau hanya mampu tunduk dan buat buat seperti tidak pernah mengenali dea walaupun dulu muka itu yang selalu kau harapkan kau akan lihat . walaupun aku cuba teruskan hidup macam tiada apa apa pernah berlaku . tapi aku tahu yang aku masih hidup dalam kenangan dan sikit sikit mengimbau masa lalu yang menyakitkan . kesian pada orang yang menjadi mangsa keadaan aku yang tak pernah pikirkan perasaan orang dan bila ditanya kenapa aku masih begini , aku akan memberikan reason yang ada kalanya menunjukkan kelemahan diri aku sendiri sebagai seorang perempuan .


Lagi rasa teruk bila membandingkan orang yang cuba keluarkan kau dari kesedihan dengan orang yang membuatkan kau rasa sedih hingga kini . kalau kau jadi aku mesti kau rasa aku bodoh dan tak reti membezakan mana yang baek dan mana yang buruk untuk hidup aku kan . walaupun aku cuba berpikiran positif . tapi aku rasa aku masih tak mampu untuk terima yang laen sepenuh hati aku macam aku pernah terima dea sepenuh hati aku . dan sekarang aku rasa lega dan gembira bila tahu dea bertambah bahagia bersama pilihannya . biarlah suatu ketika dulu aku pernah digelar sebagai perampas sekalipun . dalam hidup aku , mak aku tak pernah mengajar aku dendam apatah lagi membenci orang kerana kita semua manusia yang sama yang selalu melakukan kesilapan . sama jugak aku . jangan diingat apa keburukan orang terhadap kita . tapi ingatlah apa kebaekan yang pernah dilakukan orang kepada kita . terima kaseh MakPah kerana selalu mengingatkan aku tentang semua ini . tapi , hanya aku yang tahu keadaan sebenar dan akhirnya aku kecundang sampai aku selalu cakap aku memang perempuan yang tak layak untuk kau tunggu hatinya terbuka apatah lagi untuk dijadikan isteri . biarlah kau cakap aku hati batu . aku kepala batu . aku tak pernah pikirkan apa kau buat untuk aku selama ni . tapi apa yang aku tahu . Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk aku . sekian .




p/s : serius kan entry saya . sampai tiada lagi saya . aku itu lebih menunjukkan aku betul betul serius . entry serius tak boleh ada gambar . :p sebenarnya point utama nak cakap Allah lebih tahu apa yang terbaek untuk kita dan tak perlu kita nak melawan takdir yang dah ditentukan . ye dok ?  


0 kaseh sayang :