Thursday, January 12, 2012

  PM

Aku rasa hari ni mood aku ke laut . rasa macam nak cari pasal dengan semua orang . mungkin ni gara gara exam system programming pagi tadi yang buat aku terpikir pikir sampai sekarang . dan sekarang bila buka notes project management aku rasa kepala aku kosong dan mula rasa malas nak baca dan mata aku hanya mampu merenung dalam dalam setiap huruf yang tertulis di notes tersebut sedangkan kepala langsung tiada di setiap huruf tersebut tetapi sibuk memikirkan situasi yang aku paling tak suka . aku seperti sedang cuba membayangkan keadaan aku dalam situasi itu dan cuba untuk bersedia tentang sebarang kemungkinan yang kadang kadang akhirnya tidaklah seteruk apa yang aku bayangkan . ini pemikiran terlampau yang aku punyai supaya aku tidak terlalu bersedih bila ia betul betul berlaku . kunun kunun bila ia betul betul berlaku aku masih mampu tersenyum seperti selalu . kadang kadang aku memang rasa loser bila apa yang aku usahakan akhirnya buat aku rasa give up lalu malas untuk berusaha lagi . dan sekarang aku tak tahu macam mana untuk mulakan semua ini kembali dan terus senyum seperti selalu dan membayangkan saat saat indah yang mungkin boleh jadi penawar . dalam kepala aku sekarang berselirat dengan pelbagai andaian yang buat dahi aku makin berkerut dan mulut mula mengeluh tak tentu pasal . 




p / s : terima kaseh kepada si pemberi pemberi semangat . aku tahu bukan mudah untuk memberi semangat . aku hargai . 




0 kaseh sayang :