Friday, January 22, 2010

  Hidup ini INDAH…:)

Khamis, 21 Jan 2010

Aku mula merasakan hari smlm adalah hari yg sukar utk aku warnai dgn kaler2 yg ceria. Hati mula merasakan sesuatu yg tidak memberi keselesaan. Hari smlm dirasakan seperti hari yg paling membusankan. Tetapi sekelip mata…..apa yg dirasakan berubah menjadi sesuatu yg sgt chantek & indah utk dialami. Allah mendengar apa yg dirintihkan di dlm hati. Aku bersyukur….Alhamdulillah….:) Kesuraman hari yg pd mulanya dirasai bertukar menjadi hari yg paling menyeronokkan. Bergurau senda membuat proposal, melihat gambar2 yg membuat hati berbunga2, saling mengutuk tetapi tidak pernah sesekali kutukan itu dilekatkan di dlm hati. Aku tidak pernah bergurau senda bersama kamu. Tetapi kita menjadi seperti sahabat yg saling memperkatakan sesuatu yg membuat kita ketawa bersama. Indah…..chantek….sukar dilupakan.:)

Ditambah pula aku diberi peluang merasakan sedikit kegembiraan selepas hati mula merasakan kegelisahan. Apa yg dihajati telah dimakbulkan dgn kuasa YANG MAHA ESA. Sungguh agung Dia. Sungguh Dia menyayangi setiap makhluk ciptaanNya. Dia memberikan aku keadaan sekeliling yg membuat diri ini gembira. Sahabat yg dtg tanpa dipinta. Bergurau senda hingga ke mlm. Mkn bersama. Berjalan bersama. Sahabat yg membuat aku ketawa sekuat2nya. Sahabat yg melihat perubahan diri aku. Sahabat yg memahami aku. Sahabat yg membawa aku terbang ke mana saja. Sahabat yg melihat aku tersenyum di saat dia juga tersenyum. Saling berpandangan. Mata membuat hati bergetar. Melayan kerenah, keletah sehingga waktunya. Aku telah diberi senyuman yg indah sehingga tiba lenaku. Hidup ini mmg indah….tetapi hanya kekuatan yg memberi keindahan. Kesedihan itu juga indah. Tangisan itu sesuatu yg meredakan. Tiada tangisan….tiadalah senyuman…..:)




0 kaseh sayang :