Saturday, January 23, 2010

  Salah Paham

LoVe        
FriendShip 
 LIKE
                                                                                                          miss

Arrrggghhhh!!!!!sume ni 1 salah paham. Dlm sekenyit mata kanan aku ditanya pelbagai persoalan. Mendadak. EXPLANATION yg bagaimana lg harus aku lakukan??? Kalau bisa aku keluarkan hati ini…..aku bg mereka lihat. Lihat betapa anggapan mereka itu sumenya tidak sama seperti yg terlakar di hati yg mula merasa kesakitan ini. Aku tahu kesakitan yg kau rasai. Aku tahu kelukaan yg kau alami. Aku tahu merananya jiwa kau dgn sume ini. Apa yg kau alami aku pernah alami. Apa yg kau rasai aku pernah rasai. Argh!sh*t. Aku kembali mengingati kenangan yg menyakitkan. Aku bkn sapa2 utk memahami kau. Aku hanya manusia yg kdg2 sering disalah anggap. Aku bkn sekejam yg kau sangkakan. Kebahagiaan aku bkn dibina atas keruntuhan jiwa yg laen. Kebahagiaan aku bkn atas tangisan kau. Kebahagiaan aku bkn atas rayuan kau. Aku mohon maaf sekiranya kau merasakan aku punca semua ini terjadi. Aku gadis yg tidak mahu melihat gadis laen merintih kerana wujudnya aku di dlm hidupnya. Aku gadis yg tidak mahu gadis laen merana jiwanya kerana aku. Aku gadis yg akan pergi dr semua ini buat selama2nya utk membuat kau kembali bahagia…..

Aku tidak akan sesekali mengungkit aku keletihan dgn sume ini. Aku menjadikan sume ini suatu kekuatan utk aku terus berdiri & berlari. Semoga Allah memberikan aku kekuatan dgn semua ini….Aku sudah tidak mampu menanges. AKU hanya mampu berlari sekuat2nya utk mencari apa yg Allah telah sediakan utk aku. Kpd sahabat2 rapat aku yg merasakan aku telah menyusahkan hidup kalian dgn tindakan org2 yg terlalu menyayangi aku…aku mohon maaf. Aku tidak minta sume ini terjadi. Malah aku terlalu malu bilamana sume ini terjadi. Kpd sesiapa yg meletakkan aku di dlm hatinya....aku mohon maaf kerana tidak mampu membuat kamu masuk di dlm hati kecil ini. Aku hargai sume ini. AZRIYANI akn pergi dr hidup kalian. Semoga pemergian ini tidak akn ada lg bebanan dlm hidup kalian…..




"Blog ini mungkin akan ditutup. Kepada sesiapa yg telah sudi menjenguk, mengikuti & membaca tulisan aku…..terima kasih byk2 kpd kalian. Aku mohon maaf sekali lg sekiranya penulisan aku di dlm blog ini membuat kalian tidak senang hati dgn aku. Maafkan aku….."

0 kaseh sayang :