Tuesday, September 14, 2010

  eh! dah raya ke-5 la.....


5 SYAWAL. akhirnya. saya menjenguk blog untuk membuat laporan hari raya. ke mana saya menghilang??? sungguh sibuk ok! sibuk mengemas! sibuk membuat kueh! sibuk memasak! ciri-ciri gadis idaman mak kamu memang sibuk begini di hari raya. ahaks! oh! maaf kepada kamu-kamu yang menanti update dari saya. terima kaseh kerana sentiasa membaca blog ini. amat terharu!


Berikut adalah laporan sepanjang hari raya ini :


PERTAMA
Saya hanya berjaya membuat sejenis kueh raya kerana tiba-tiba rumah blackout yang tidak membenarkan saya untuk meneruskan aktiviti membuat kueh raya. tapi kueh raya di rumah Uncle Bun & MakPah masih berbalang-balang walaupun saya hanya berjaya membuat sejenis kueh raya. magic! magic dari kedai!


KEDUA
Saya berjaya bergaya dengan jubah di hari raya ini. oh! sungguh kelihatan seperti gadis muslimah(sila bayangkan azriyani bunaim memakai jubah dan shopan tersipu malu ketika beraya) sumpah! semua orang taknak percaya itu aku!!!!!! lagi teruk bila ada sedara-mara yang sudah tidak mengenali saya. mungkin semakin jelita. T A T A T A T A H I K sangat! kecik hati tau. 


KETIGA
Setakat ini azriyani bunaim telah berjaya mengumpulkan duet raya sebanyak rm60 sahaja! mungkin perlu pergi beraya lagi. saya kan baru berusia 21tahun....(sambil kelip-kelip mata)


KEEMPAT
Setiap sedara-mara yang datang ke rumah pasti akan mengatakan saya semakin kurus tetapi hitam semakin lebih! ok! fine! terima kaseh dengan pemerhatian kamu. komen kurus itu suka. tetapi tang komen semakin hitam itu.....menci tau! saya da pakai fair & lovely ok! hahahaha.....


KELIMA
Wahai kawan-kawan sekalian.....dengan rasminya saya menjemput kamu semua datang ke rumah Uncle Bun & MakPah pada bila-bila masa tetapi sebelum selasa pada minggu hadapan. duet raya memang takkan dapat. tetapi yang pasti kamu akan mengalami hari raya yang begitu seronok kerana rumah Uncle Bun & MakPah ada air roselle. bukan ribena. bukan sunquick! tapi roselle. perlu ke bagitau??? takde kena mengena!


gamba lakonan semata-mata! orang sedih! saya bermaen-maen. maaf MakPah......

sayang Uncle Bun! tapi kepit bibir jaga lipstik! hahaha.....maaf Uncle Bun.....

perkenalkan.....wajah terbaru MakPah! hehehe....

budak baju hijau ini nama dea izzah gedik! tapi dea panggil nama dea jijah!mungkin akibat masih pelat.:p

saya tak paham naper dea suka peluk saya. biasalah....peminat no.1 saya memang gedik begini.....

tengok. dea memang fanatik pada saya. aish.....

yani jelita. mintak ampun jika kamu rasa nak muntah dengan kenyataan ini.:p






Sekian saja laporan hari raya bersama azriyani bunaim. semoga kamu gembira di hari raya ini bersama orang-orang yang tersayang. pandu cermat, jiwa selamat! selamat hari raya ke-5 kawan-kawan.....(sambil lambai-lambai kunun-kunun tengah buat show dalam tb!) 



0 kaseh sayang :