Friday, September 03, 2010

  saya KUAT!(sambil angkat tangan tunjuk muscle)


Gigi masih belum bergosok. muka masih belum dibasuh. buka buku muka. tiba-tiba seorang sahabat memberitahu esimen perlu dihantar sebelum pukul 12tengahari. jam pada ketika itu sudah menunjukkan 11.45pagi! terus menyarung tudung. tanpa menggosok gigi. tanpa membasuh muka. masa yang diambil untuk sampai ke fakulti sains komputer & teknologi maklumat adalah 15minit! berjalan laju. tapi mata masih sempat meliar melihat kiri kanan. jika ada orang yang berselisih jalan....pasti aku akan tunduk! hahahaha.... 


Sampai saja di fakulti. terus masuk ke dalam ofis. selamat. tiada orang yang perlu melihat keadaan diri ini. tetapi tiba-tiba aku mendapat berita esimen tersebut perlu dihantar sebelum pukul 4petang! ok! kebengangan di situ! huh. letih berjalan laju seperti sedang marathon! muka basi malu nak berdepan dengan orang belum kira lagi. 


Semasa perjalanan pulang ke kolej tiba-tiba terserempak dengan sekumpulan lelaki yang mau pergi menunaikan solat jumaat. MasyaAllah.....nak taknak kau terpaksa lalu di depan mereka semua! hanya itu jalan yang ada untuk sampai ke kolej. kalau ada payung boleh tutup muka dengan payung! naseb la labu.....kau bukan kenal aku pun kan? seumur hidup di dunia fana ini....belum pernah aku berbuat begini! sumpah! aku taknak buat lagi! 


Semangat untuk ke kelas pada pukul 2petang tadi tiba-tiba terbantut setelah mendapat pesanan ringkas dari seorang sahabat yang mengatakan kelas dibatalkan. sedikit gembira di situ. tetapi hati tetap risau kerana naek cuti nanti akan ada test midterm untuk subjek yang buat saya mau berhenti belajar dan kawen sekarang. T A H I K tau awak ni azriyani bunaim


Tiba-tiba selepas mandi seorang sahabat laen memberi pesanan ringkas mengatakan bahawa kelas tersebut ada. tidak dibatalkan. oh! jam sudah menunjukkan pukul 2.30petang. selamat jalanla kelas....tetapi hanya 4orang yang hadir ke kelas tersebut. kalau termasuk aku boleh jadi 5. tapi masalahnya aku tak termasuk. aku termasuk dalam golongan kunun-kunun da balik cuti beraya! padahal masih terperuk di dalam bilik yang indah ini. ceit!


Barang untuk dibawa pulang masih belum dikemas. dan mungkin malam ini azriyani bunaim akan mengalami sakit kepala otak sebab azriyani bunaim sudah lupa di mana dea meletakkan buku biru yang wajib ada semasa mau terbang menaiki belon. lupa ingatan yang semakin menjadi-jadi. jangan lupa untuk ambil kek sarawak pada esok pagi sudahla. merajuk MakPah nanti. huhuhu....


Sungguh banyak aku menaip hari ini. ini adalah kerana ingin kepo-kepo nak bercerita perkara yang tak pernah jadi dalam hidup ini. saja nak mengadu pada kamu. gedik sangat! sudah lama tidak menyebut perkataan ini. sebab sekarang da ada T A H I K! ha.ha.ha.ha.ha......ops! shopan!





"Sesungguhnya besarnya pahala terletak pada besarnya dugaan. Sesiapa yang redha menghadapi dugaan itu,  tentu dia memperoleh redha Allah. Dan sesiapa yang kecewa, tentu dia dimurkai oleh Allah."
(hadis riwayat Al-Tarmizi)  





0 kaseh sayang :