Sunday, December 26, 2010

  First Contest by Adam Haiqal

senyum . . . . sebagai pembuka entry untuk membodek tuan blog AdamHaiqal . blog apakah itu ? apa kes mau bodek tuan blog itu ? ? ? saja mau ngorat tuan blog bagi saya menang contest AdamHaiqal . ngeh ! wah ! join contest pulak da . saja suka suki isi masa lapang . kebetulan enchek AdamHaiqal ini selalu golek guling guling di blog aka yani jelita ini . selalu ke ? eerrrkkk ! ! ! teheee T___T tapi kan setiap kali saya nak view blog beliau . mesti loading lambat ! mesti cannot view . mesti itu . mesti ini . tapi tiba tiba hari ini saya berjaya view blog beliau . amazing ! memang suruh masuk contest . la la la ~ kecik hati AdamHaiqal kalau tau saya baru dapat view blog beliau hari ini . hik . hik . hik . by the way . terima kaseh ya enchek AdamHaiqal . siap jemput masuk contest beliau lagi tau ! terharu ni . sob . sob . sob . tak percaya ? saya pun tak percaya ! har . har . har . ini baru mukadimah entry . belum masuk mukadimah contest dan isi contest . hebat kan saya mengarut ? agagaga . . . .




tanpa membuang masa . tema contest AdamHaiqal ialah " Kenangan 2010 dan Azam 2011 " . maka . perlulah membuat entry yang berkisar . berkisah . atau penceritaan entry ke arah tajuk tersebut . . . . ehem . ehem . dimulakan dengan Bismillah . 


Kenangan 2010

Setiap orang ada kenangan masing masing . tak kira la kenangan semanis kurma ke , kenangan sepahit kopi cap kapal api ke . . . tapi yang penting kenangan itu akan buat kita semakin dewasa . matang . chantek . ensem . gembira dengan hidup kita . ceeewah ! kalau nak semakin chantek dan ensem . sila la cipta kenangan yang besh besh . har . har . har . saya pun ada kenangan tau . *gaya manja mintak pelempang* . tapi taknakla cerita kenangan sepahit kopi cap kapal api . biar saya simpan buat cerita dongeng buat anak anak dan cucu cucu saya nanti . ngeh ! meh sini dekat dekat . meh la sini . . . . saya nak cerita kenangan besh ni . kamu pun pasti akan tergoda . dan entah entah esok kamu terus pergi ke tempat itu . T___T kenangan paling besh untuk Tahun 2010 ini  ialah . . . .

Saya dapat pergi meronggeng berambu ramba ke Genting Highlands ! ! ! yeeeeha ! yeba ! yeba ! andre ! ! ! bukan senang MakPah nak bagi saya berjalan jaoh jaoh .  bertambah kebeshan lagi bila pergi bersama kawan kawan yang besh merangkap sahabat baek aka sahabat tidur sebantal aka sahabat mengumpat aka sahabat suka ketawa kuat kuat tidak kira di malam atau di siang hari semasa belajar di poly dahulu . kami pergi berlima . tiga gadis yang sudah pasti terbukti jelita . dan dua orang jejaka yang tak pasti ketampanannya . :p tetapi kini kami semua sudah berjaohan membawa haluan masing masing . sedih sekejap . sob . sob . sob . kembali gembira bila saya dapat mencapai impian menaiki roller coaster ! ! ! wah ! impian ! macam bagus sangat kan impian saya itu . kamu ada impian macam saya ? dapat menguji keberanian  lagi kemantapan keyakinan diri untuk naek benda alah itu tahu ? ? ?

Kamu hingat tak dup dap dup dap ke jantung sebelum naek benda alah itu ? huh ! muka sebelum naek memang macam tengah tahan kareb ! bila da naek lagila . macam nak turun balik . taknak naek ! taknak naek ! taknak naek ! tapi semasa benda alah itu sedang berpusing . . . . MasyaAllah . . . . macam nak tercabut segala anggota badan yang ada . lagi nak tercabut anak tekak bila masing masing menjerit syok sendiri ! naseb baek contact lens di dalam mata tak terkeluar akibat mata terbeliak menjerit mengalahkan orang gila meroyan . cuba bayangkan saya menjerit sambil mata terbeliak . tak ke comey macam rapunzel . KAH . KAH . KAH . memang fitnah diri sendiri .

Tapi serius memang besh naek roller coaster . da naek sekali macam nak naek lagi ! da naek lagi macam nak naek lagi dan lagi dan lagi dan lagi ! serius saya tak tipu . apalagi . . . . pergila ke Genting untuk jerit kuat kuat hilangkan tekanan perasaan ! ! ! ! goGenting Kota Keriangan !  betul betul riang ~ ~ ~ ada macam Duta Genting Highlands tak ? waka . waka . eh . eh . di sini . saya nak jakun jakun dengan kamu gambar kenangan kami berlima meronggeng berambu ramba di Genting Highlands pada bulan Mei tahun ini . gambar itu kan menceritakan segala galanya . . . . ;)


Genting Highlands Kota Keriangan ! ! ! memang riang !

five of US

cable car yang panjang & tinggi ! uh ! geruuunnnnn . . . . .

geng bas merah makngah !

tak paham kenapa tangga menjadi tempat mengambil gambar . eeeyyuuuu ~ ~ ~ 

waaahhh . . . . gigi dinosour . . . . kuat & tajam ! gunala ubat gigi mukmin . dijamin halal . . . .

flying swingssssssss . i believe i can fly . . . . 

hello . . . .  kopi ke milooo ? ? ?

jambatan gantung .

beryl's cekelet celup ! 

last but not least . souvenir naek roller coaster . 20hengget tau !


Azam 2011

  • Nak up pointer bagi naek . nak 3.50 bole ? ? ? usaha dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa ! basyah !
  • Nak kuruskan badan . hak . hak . hak . no komen !
  • Nak kurangkan ketawa kuat kuat . nak shopan shopan ketawa senyap senyap . :p
  • Nak kumpul duet beli kamera . tapi bukan dslr . kamera olympus 14mp suda . . . . dslr tu nanti mintak masa hantaran kawen jela . memang takde sapa nak kawen dengan saya . *juling mata*
  • Nak ada diari tulis tulis . macam old skool je kan azam ni . hik . hik . hik . sepanjang hayat 23 tahun ini tak pernah ada diari . eh . eh . salah . bukan 23 tahun . baru 20 . sweet 20 ! ngeh !
  • Nak pergi bercuti tepi pantai yang ada chalet . wah ! romantika d amor . . . .
  • Nak kurangkan soping . macam tak guna je ada azam macam ni . memang tak berjaya laksana ! :p

ok . ini saja azam yang terlintas di dalam kepala ketika ini . semoga dapat dicapai satu persatu . InsyaAllah . . .


saya nak tag semua yang baca blog saya . tanda penghargaan dari saya buat kamu .
  *tersipu sipu malu*


jom kita join contest ini ramai ramai berkongsi kenangan serta azam ! ! !


kan sharing is caring .


senyum .


tak perlu kata apa apa .


senyum !


:)


sekian . 


entry tamat . 



9 kaseh sayang :

aNa HaSaNaH said...

wawa..all the best dgn azam baru..moga segalanya terlaksana ^^..selamat tahun baru in advanced

Isma Isz Eiqa said...

suka sama azam kamu yg second last tue....ehehehhe jom jom...=)

Adam Haiqal said...

entry yg kemas dan menarik!:)

Azriyani Bunaim said...

nurul : hehehe....amin....xnak wish skrg la. nk wish nnt.T____T

isma : hahahaha...saye lg ske bila kamu pn ske!!!jom!!!!!bln 5 next year ea.hehehehe.....

adam : hehehehe....gudluck utk saye!hahahaha....

Adam Haiqal said...

adam dah list kan senarai nama peserta..sila inform kalau nama tiada dalam senarai..:)

Adam Haiqal said...

check it out siapa pemenang bagi contest Adam Haiqal sekarang!!

cik Ladies said...

tahniah sebab menang :)

ɐɥsɐɟ said...

TAHNIAH ye. .
jgn isau, mmg jelita :)

Azriyani Bunaim said...

cik ladies : tq dear...:)

fasha : hehehe...tq dear...:)


thanks sudi bw kat cni...T__T