Friday, December 03, 2010

  1entry banyak cerita.ok la tu.....

Bila sudah duduk di rumah . kadang kadang busan juga . baru empat hari . kalau sebulan tanpa membuat apa apa . boleh jadi gila meroyan nyah . mungkin belum memanaskan badan dengan aktiviti aktiviti keibuan dan kegadisan . teheee . . . .


Senggugut oh senggugut . sakit tahu tak ? pengsan satu hari . rasa seperti mahu gigit orang pun ado . oleh itu . saya dihindarkan dengan kanak kanak yang ada di rumah ini . termasuk baby kecil itu . takot tergigit pulak . hu . hu . hu . eh . eh . baby kecil itu sudah besar . besar dan tidak kecil seperti dulu . putih gebu kau . hari hari MakPah sapu lotion . kalau saya sapu lotion hari hari . agak agak boleh putih gebu macam baby itu tak ?  makin tinggi kencing manis MakPah kalau saya tanya beliau soklan ini . :p gembira melihat MakPah dan Uncle Bun gembira bermaen dengannya . 


Semalam saya pergi hidupkan lesen L yang telah mati . ah ! MALU nak cakap baru ada lesen L . takpe . takpe . sikit hari saja lagi . sikit hari saja lagi saya boleh jadi drebar kepada MakPah dan Uncle Bun . berani . gigih . sifat ini yang kita mau . yeah ! tersebutlah al-kisah hari semalam . akak clerk itu mintak ic . dengan wajah penuh keyakinan dan ketrampilan . saya bagi . akak itu melihat saya seperti mau mengatakan saya chantek hari ini . tudung beli kat mana dik ? tapi sayang . seribu kali sayang . bukan ini dialog akak itu . tapi ini dialog akak itu :


" dik . akak nak ic . bukan kad bank . kalau adik nak bagi pun boleh juga . tapi no pin jangan lupa . " sambil tersenyum perli .


Ah ! demmm ! malu ok . kepala hotak saya seperti terawang awang . lagi malu bila abang clerk di sebelah akak itu melihat saya sambil tersenyum dan selepas itu terus memandang saya tidak henti henti . sibuk kan awak ni nak tengok tengok saya . aaarrggghhh ! ! ! lambat pula akak ni key in apa ke bagai . cepat la kakkkkkkkk ! ! ! saya nak terkareb ni ! ! ! ! *dalam hati* har . har . har . 


Sekarang musim hujan . bila petang saja hujan . bila hujan saja petang . sejuk . alhamdulillah . perasaan saya ketika ini pun seperti hujan . sayu . mula membeku . eh . eh . touching pula . hujan yang turun . . . . bagaikan mutiara . . . . la . la . la . la .




hatiberkatakata : ada orang cakap perasaan mengawal saya . ada orang cakap juga . saya perlu melupakan kenangan lama . tapi pernahkah orang yang ingin saya mencipta kenangan bersama dea itu berusaha membuat saya sentiasa ada bersamanya ? cis ! saya terabai lagi . hak . hak . hak . haktuih ! 


0 kaseh sayang :