Friday, October 08, 2010

  hati membeku mengingatkan .....


sini . sinila jap .... kamu . ya . kamu yang sedang melihat blog pinky winky ini . pinky winky ! ommaa ! aaasah !!!! ini akibat terpengaruh dengan budak-budak yang gila korean . hu . hu . hu .


sebenarnya saya bukan penggemar warna pink . tapi kebanyakkan baju dan barang saya berwarna pink ! apakah ??? mungkin aura apabila saya memakai warna pink lebih terserlah dan sesuai berbanding warna laen ! ish ! mengarut sungguh ! 


eh . eh . ini bukan tajuk sebenar entry . membebel tentang warna pink ! warna apa-apa pun saya suka . tetapi tidak pada warna cekelet . bukan tak suka  . tetapi kurang suka . kerana pernah orang berkata kepada saya . warna cekelet warna orang tua . eh ! boleh plak macam gitu . sesukati je . 


ok . serius . mulakan dengan Bismillah ..... entry pada hari ini ingin saya bincangkan tentang ' JANJI MANISMU ' . macam lagu aishah la . hati membeku mengingatkan kata janji manismu ...... (sila bayangkan saya menyanyi dengan penuh perasaan duka di hati) ceit ! macam dalam tb tau . macam segmen tilam dan bantal dalam wanita hari ini . har . har . har .


ok . ok . serius . berikut adalah senarai janji manismu yang biasa kita dengar daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan apabila perkongsian hati dan perasaan sedang berlaku : 

1) saya janji . saya akan sayang dan cinta pada awak buat selamanya . awaklah yang terakhir buat saya . betul . takkan ada perempuan laen selaen awak . 

2) saya tak pernah rasa cinta seperti ini dengan orang laen . tapi dengan awak saya rasa apa itu cinta . awak dah memberikan saya satu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ini . saya janji . saya takkan tinggalkan awak . walaupun saya didatangi dengan perempuan yang lebih chantek dan menawan . 

3) saya sanggup buat apa saja untuk awak . demi cinta kita . lautan pasifik pun sanggup saya renangi . walaupun ada banyak jerung ! kalau cakap lautan api macam penipu sangat . 

4) saya janji . walau sejaoh mana saya pergi . saya akan sentiasa mengingati awak . awak sentiasa berada di hati saya . saya takkan ada perempuan laen . 

5) saya janji . saya akan kawen dengan awak . awak sorang je perempuan yang saya nak kawen . taknak perempuan laen . taknak !!!!!(sambil hentak-hentak kaki)

6) saya janji . nanti kita dah kawen saya akan jaga awak baek-baek . baek-baek tau . saya sayang awak sorang je . sayang sangat . (penuh emosi ketika meluahkan)


huh ! banyak sangat nak senaraikan janji manismu ini . banyak lagi kan . kan . kan . kan . tapi kamu rasa janji-janji ini boleh pakai ke ? saya bukan mempertikaikan hal ini . tapi kalau berjanji hanya untuk menjaga hati . lebih baek kamu diam . kalau berjanji hanya untuk meraih simpati . lebih baek tak perlu kamu lakukan . kalau berjanji hanya untuk membuatkan hati laen menggunung harapan tinggi pada kamu . tetapi akhirnya berduka . lebih baek kamu simpan saja janji-janji manismu itu .  


sebab apa ? sebab ...... janji-janji ini hanya membuatkan hati laen terluka kerana kamu . kerana kata-kata kamu yang kununnya bisa membuat hati laen percaya kepada kamu . tetapi akhirnya . huh ! sukar digambarkan dengan perkataan bagaimana bila kekecewaan itu melanda diri . menabur janji pada perempuan yang dulu kamu pernah cintai . tetapi akhirnya perempuan itu sedang mengharungi kesan daripada perbuatan kamu yang tanpa ada perasaan bersalah . ish ! kesian ...... 


entry ini hanya sekadar berkongsi pendapat . tiada kaitan dengan sesiapa . laen orang . laen pemikirannya . laen orang . laen caranya . laen orang . laen pendapatnya . kan . kan . kan . ini yang membuatkan kita berfikir sejenak . ini yang membuatkan kita berkongsi pengalaman . renung-renungkan ..... ;) 





hati-hati dengan cinta . kerana cinta boleh membuat orang sihat menjadi sakit . orang gemok menjadi kurus . orang kaya menjadi miskin . orang normal menjadi gila . jika cintanya itu ditolak oleh para pencinta PALSU




sebenarnya kan saya agak geli menggunakan perkataan cinta . saya kan ganas . garang pulak tu . bila sebut cinta macam geli-geli je . hi . hi . hi . kamu jangan gelak . diam ! 

0 kaseh sayang :