Wednesday, October 13, 2010

  tercipta satu lembaran kehidupan



13 10 1958


lahir seorang wanita yang telah melahirkan seorang anak gadis yang jelita lagi pandai memasak . tiba tiba je cakap pandai masak . point di sini adalah lahir seorang wanita yang telah melahirkan ok . sila abaikan anak gadis itu . 


wanita itu bergelar ibu . mengajar anak gadisnya berjalan . tetapi anak gadisnya berjalan seperti spiderman . kerana semasa kecil . anak gadisnya itu berjalan melekat pada dinding . memang pelik . tapi benar . tetapi akhirnya . wanita yang bergelar ibu telah berjaya mengajar anak gadisnya berjalan seperti orang biasa . orang kebanyakan . keh . keh . keh .


wanita itu bergelar pendidik . pendidik yang mendidik anak gadisnya mengaji . sehingga anak gadis itu menanges teresak esak ketika mengaji . kerana dicubit . dimarah . dan ditarik telinga . har . har . har . sumpah ! saya agak berkira kira untuk menulis hal ini di dalam blog . eh ! saya ke ? bukan . anak gadis itu ok . 


wanita itu bergelar surirumah . surirumah yang gigih memasak . mengemas . membasuh . dengan sepantas kilat . tanpa ada cacat cela . pada setiap perbuatannya . hebat ! adakah anak gadisnya bakal mengikuti jejak langkahnya ? kita tunggu dan lihat . kadang kadang ada ciri ciri itu pada anak gadisnya . tetapi kadang kadang langsung takde ! 


wanita itu bergelar sahabat . sentiasa mendengar cerita . karutan mengarut dari anak gadisnya . walaupun di saat dea mau memejamkan matanya . dea tetap melayan anak gadisnya yang suka bercakap . dan kepo bercerita . seringkali juga anak gadisnya mempermaenkan dea . sungguh kejam anak gadisnya itu ! hu . hu . hu .


wanita itu bergelar permaisuri . kerana dea lah ibu . kerana dea lah pendidik . kerana dea lah surirumah . kerana dea lah sahabat . dan kerana dea lah . anak gadis itu menjadi manusia hingga kini . di sebalik kaca matanya . terselit seribu cerita kehidupan . dan cerita kehidupan itu . akan saya abadikan . selama lamanya . kerana hanya dea . dea yang telah melahirkan saya sehingga mata ini dapat melihat dunia . lalu melalui cerita kehidupan itu . dea lah . M A K P A H . wanita yang bergelar permaisuri . kepada anak gadis jelita . si pemilik blog pinky winky ini . perlu ka pinky winky itu ???


wah ! sungguh puitis entry kali ini . huh ! berpeluh keringat nak membuat ayat begini . romantik tak saya ? saya romantik tak ? tak romantik saya ? kalau MakPah baca beliau suka tak ? har . har . har . sumpah ! kena bahan . kena mengolok . satu tahun belum tentu habes . kejam kan . hu . hu . hu .


amaran keras kepada akak saya yang gedik . akak saya yang ganas . dan abang saya yang garang . sila baca tanpa kutukan keras untuk saya ! :p


T  N  
M A K P A H

semoga Allah sentiasa mengasihi beliau sepertimana beliau telah mengasihi saya semasa kecil . 

semoga Allah memberikan kesihatan yang baek kepada beliau .

semoga Allah mempermudahkan setiap jalan yang beliau lalui . 

amin .


ini MakPah yang hebat ! sebelah itu . anak gadis yang baru ingin belajar menjadi hebat . ha . ha . ha .


2 kaseh sayang :

Afendi Othman said...

happy besday mak pah..send my regard to her k...

genetik 3G said...

terima kaseh fendi. makpah ckp.ha.ha.ha...