Monday, November 09, 2009

  ------------

Tiada kata seindah ini. im surrender now....mmmmm.......

Aku tersepit.
Aku rimas.
Aku lemas.
Siapa aku dalam hidup kau?
Kenapa kau meletakkan syarat kau pada aku?
Kenapa aku perlu ikut syarat kau?
Kenapa tidak biar saja aku menjadi pengikut kata kau?
Aku seperti apa?
Aku cuba memahami….
Aku cuba mendengar….
Aku cuba melihat….
Aku cuba apa yang kau minta aku cuba….
Tapi kau cuba apa yang aku cuba?
Ada kau cuba memahami apa yang aku cuba fahami?
Ada kau cuba mendengar apa yang aku cuba katakan?
Ada kau cuba melihat apa yang aku lihat?
Kau menuduh aku melukai hati kau.
Kau menuduh aku pembuli hati kau.
Kau menuduh aku punca kau menjadi begitu.
Kau melihat aku dari mana?
Mata, hati atau telinga?
Kau kata kau selalu mengalah.
Kau kata kau selalu memaafkan kesalahan aku.
Tapi ada aku mengungkit perkara yang pernah kau lakukan?
Ada aku teriak suara sepertimana kau teriak pada aku?
Ada aku kata aku perempuan yang sempurna?
Kau terlalu ingin memiliki.
Sampai kau lupa siapa aku.
Keinginan kau terlalu tinggi sampai kau biar hati aku dijahanam.
Biar aku begini.
Sendiri membawa haluan.
Sendiri menjerit kelesuan.
Sendiri memujuk diri.
Jangan kau kata aku pemberi harapan.
Kerana kau sendiri yang mencipta harapan.



0 kaseh sayang :