Thursday, August 12, 2010

  1 PAGI

Baru selesai solat Isyak. tertidur selepas Maghrib sementara menunggu azan Isyak. cuaca yang panas semacam dan tiba-tiba sejuk semacam telah membuatkan kesihatan menjadi tidak menentu. tiba-tiba badan menjadi panas yang mungkin ke arah demam. oh! sangat berdoa bulan Ramadhan yang mulia ini janganlah demam itu datang untuk berchenta dengan azriyani bunaim. amin....

MakPah menelefon bertanyakan keadaan saya pada hari pertama berpuasa. jawapan yang diberikan adalah dalam keadaan mamai atau lebih mudah diperkatakan adalah dalam keadaan mata terpejam tapi mulut bercakap. entah apa yang diperkatakan pun saya tidak ingat. tetapi yang pasti hari semalam saya telah membelanjakan rm10.50 untuk juadah berbuka puasa SAHAJA. nasi ayat penyet tambah epok-epok tambah popia sayur tambah ayam panggang. adakah ini nafsu semata-mata atau sememangnya azriyani bunaim adalah penchenta makanan???

Semalam juga adalah hari memalukan diri sendiri untuk azriyani bunaim. kain baju kurung yang dipakai telah tersangkut semasa kaki hendak melangkah menuruni tangga bas. apabila kain sudah tersangkut….maka keadaan si pemakai ketika itu adalah sudah seperti mahu tersungkur. dan di belakang saya ketika itu adalah seorang budak lelaki. xnak panggil jejaka sebab dea memang budak. budak bawah umur. jadinya ada aku kesaaahhhh??? lagipun budak bawah umur tersebut sama kelas dialek sarawak dengan saya dan suka duduk di sebelah saya. sumpah saya bukan perasan. silala percaya dea memang suka bercakap dan duduk sebelah saya. mungkin mau menjadikan saya akak angkat. T A H I K sangat!

Kepada kamu wahai kakanda gedik.....sungguh kepo kan kamu membaca blog saya. menci tau.....ish! selepas ini segala luahan di dalam blog ini perlu ditapis terlebih dahulu agar kamu tidak menjadi tukang report kepada MakPah atau yang seangkatan dengannya. huhuhu.....ops! lupa mau memperkenalkan watak kakanda gedik di dalam blog ini. kakanda gedik adalah kakanda kedua saya yang gem+gedik+menjanguk lebih = azrinda bunaim.:p orang cakap wajah saya sama sepertinya. tapi saya cakap wajah saya xsama sepertinya. ahaks!

Akhir sekali saya ingin meluahkan perasaan geram saya terhadap babunband cap burung terbang ini!!!!!!! tekanan perasaan bila melihat lampu biru itu terkelip-kelip tidak mahu memberikan sambungan internet yang baek! sengaja tau buat saya marah.....sah! saya akan terminate kamu! kita putus hubungan buat sementara waktu. hukhukhuk....



nota kaki : esok saya perlu mengurangkan perbelanjaan saya semasa membeli juadah berbuka puasa. saya akan memastikan saya hanya membawa rm10 semasa pergi ke baazar. hari kedua berpuasa perlu mengurang perbelanjaan sebanyak 50sen. hahaha....ok la tu kan. hari ketiga berpuasa kurangkan 50sen lagi. lagipun bazaar xdela menarik sangat. ceh! xmenarik tetapi perbelanjaan yang dibuat telah menarik saya ke lembah nafsu syaitan yang direjam.....Astagfirullahalazim.... 

2 kaseh sayang :

zalin said...

kawal nafsu makan kamu ye kawanku.

genetik B&M said...

hahahaha....baek!!!!tapi x aci la kan kalo kawanku ini xde buat entry psl gi bazaar beli makanan.:p entah2 lagi byk!!!!!lalala....