Wednesday, August 04, 2010

  exPRESS update!

1) SELAMAT ULANGTAHUN BUAT UNCLE BUN yang amat disayangi. walaupun beliau lupa hari ini adalah hari lahir beliau. uh! sungguh lawak Uncle Bun saya. mungkin terlalu banyak aktiviti di masjid sehingga beliau tidak ingat hari ini adalah 04 OGOS iaitu hari lahir beliau. aish....semoga beliau diberikan kesihatan yang baek dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya....amin.... 


2) Seorang sahabat saya, Shallu sedang menunaikan umrah selama 2minggu ini. mudah-mudahan kamu sentiasa sihat di sana dan pulang dengan selamat. semoga apa yang kamu hajati di depan Kaabah akan termakbul. kebahagiaan yang kamu harapkan InsyaAllah akan kamu miliki suatu hari nanti. amin....



3) Tahniah buat sahabat saya, Hazi Farhana kerana telah berjaya mendapat kerja. impian kamu untuk menjadi seorang engineer sudah tercapai. jika gadis laen berangan-angan untuk pergi bekerja dengan memakai pakaian yang chantek-chantek....tetapi kamu sangat menginginkan untuk memakai coverall agar kelihatan macho. oh! sungguh aneh impian kamu ini! apa-apapun semoga kamu selesa dengan kerja pertama kamu ini. first experience will give you best learning.;)







Walaupun bermacam-macam benda sudah terjadi untuk beberapa hari ini.....tetapi perkara-perkara di atas telah membuat saya cukup gembira. gembira bila orang di sekeliling saya juga gembira. apa yang saya harapkan hanyalah saya akan terus kuat dan kuat untuk melalui semua ini.




nota kaki : kadang-kadang kita cuba. kemudian kita terjatuh. tetapi lebih baek mencuba dari terus tidak berbuat apa-apa.

0 kaseh sayang :