Thursday, August 05, 2010

  5HARI lagi....sila kira guna jari tangan kanan.

Menghitung hari. 5 hari lagi Ramadhan yang mulia dan penuh berkat bakal tiba. 

Sayu....bila teringat keadaan di rumah apabila bulan Ramadhan. hanya bulan Ramadhan yang membuatkan seluruh ahli keluarga berkumpul dan makan bersama-sama.

Rindu....bila tidak dapat bersama-sama MakPah dan Uncle Bun di rumah apabila bulan Ramadhan. rindu mahu masak bersama MakPah, rindu mahu pergi ke bazaar Ramadhan beli ayam percik dan rindu juga mahu ikut Uncle Bun ke masjid. 

Tetapi masih gembira dan bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk merasai lagi bulan Ramadhan pada tahun ini. InsyaAllah....mudah-mudahan dipanjangkan umur....ajal maut ditangan Allah....

Aku mengharapkan bulan Ramadhan kali ini akan dapat aku lalui dengan sempurna. mencari sesuatu keinsafan dan kebaekan di sebalik anugerah yang telah dikurniakan. 

Oh! saya amat R I N D U pada MakPah. sesungguhnya hanya beliau insan yang telah membuatkan saya kuat hingga kini....








nota kaki : bila bulan Ramadhan....rasa hari-hari yang dilalui tidak sama seperti hari-hari pada bulan laen. kamu tahu kenapa? kerana bulan Ramadhan memberikan seribu ketenangan dan cahaya kepada sesiapa yang menantikannya. wah!^-^

0 kaseh sayang :