Wednesday, August 11, 2010

  1 RAMADHAN

Hari pertama bersahur untuk bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah....mata ini mampu tercelik dengan sendirinya. mungkin semangat hari pertama Ramadhan. kita tengok pada hari seterusnya. huhuhu.....

Tiket raya sudah dibeli. Perhatian kepada sesiapa yang amat bimbang saya tidak pulang beraya di rumah Uncle Bun dan MakPah. nantikan kepulangan saya. wah! macam artis! tapi sedikit tidak berpuasati kerana harga tiket raya itu mahal sehingga boleh dapat 5helai baju raya serta 3helai tudung raya! inilah dea akibat budak degil suka buat tanggapan sendiri! 

Pagi ini kelas adalah pada pukul 9pagi. oleh kerana hari ini adalah hari pertama Ramadhan.....maka saya akan memakai baju kurung. perlu ka tulis dalam blog??? perlu kerana junior rumah ini selalu mengolok saya kerana tidak pernah melihat saya berbaju kurung! ayat ini agak kurang menyenangkan. cis! dan sangat berharap cuaca pada hari ini tidak panas terik seperti selalu.

Terima kaseh kepada sesiapa yang memberikan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan melalui pesanan ringkas. oleh kerana azriyani bunaim amat sibuk tidak sempat mau membalas pesanan ringkas tersebut.....sila paham azriyani amat sibuk dengan aktiviti mengarutnya. apakah???? maka sila terima ucapan ini :


S E L A M A T  B E R P U A S A






nota kaki : berapakah kebarangkalian untuk saya tidak ke kuliah pada pukul 9pagi ini jika saya tidur sekarang? mungkin sedikit kerana makhluk di atas telah digari. yaaa.....akan saya buktikan!

0 kaseh sayang :