Monday, August 23, 2010

  PERHATIAN

Sari Berita Utama.


Hari ini saya ada berita penting. mungkin juga sebuah pengumuman. mungkin juga beberapa pemberitahuan. dan mungkin juga sebuah cerita yang kamu nanti-nantikan.


Sila pastikan kamu baca segala apa yang saya tulis ini dengan teliti kerana selepas ini mungkin tiada lagi penulisan seperti ini. tetapi mungkin juga akan ada lagi.


Jika perlu....sila take note atau reminder perkara-perkara ini dimana-mana yang boleh sama ada di telefon bimbit, di dalam diari, di kalendar yang tergantung di belakang pintu atau di kotak ingatan kamu.


Ehem.....ehem......


Azriyani Bunaim akan pulang ke tanah semenanjung, Johor Bumi Bertuah pada 04 SEPTEMBER 2010 bersamaan 25 RAMADHAN 1431 iaitu pada hari SABTU dengan menaiki belon pada pukul 10.10 pagi waktu sarawak dan seluruh semenanjung. 


Dan Azriyani Bunaim akan pulang semula ke bumi kenyalang pada 21 SEPTEMBER 2010 bersamaan 12 SYAWAL 1431 iaitu pada hari SELASA dengan menaiki belon juga pada pukul 6.05 petang waktu semenanjung dan seluruh negeri sarawak. 


Sekian saja berita penting dari saya, Azriyani Bunaim.



*********************************************************************************************************


Saya juga ingin memberitahu bahawa saya telah dapat makan ayam masak merah pada hari ini. yaaa....ayam yang saya tenung hari tu....akhirnya saya dapat makan manok masak merah! hahahaha....orang sarawak pun tak cakap macam aku cakap. over tau!


Barulah dapat F O K U S pada test midterm setelah dapat makan ayam masak merah....yeah!!!



kosa kata hari ini : manok - ayam
                               belon - kapal terbang



nota kaki : tiada manusia yang layak menilai manusia laen. so, please watch out yourself. jangan berlagak kau manusia yang sempurna dan baek di depan manusia laen.  


0 kaseh sayang :