Saturday, August 28, 2010

  erra fazira cakap kini aku pasrah dengan segalanya...

Hari sabtu menjadi hari yang serius. kecewa dengan statistik. pengsan setengah hari setelah dua hari bersengkang mata. sudah tidak hairan dengan juadah berbuka puasa. tidur itu lebih memberi nikmat pada masa sekarang. 


Keadaan bilik yang huru-hara sudah tidak merimaskan. kain baju yang menimbun sudah tidak menjadi kerisauan. buku-buku dan kertas-kertas yang bergelimpangan sudah tidak dihiraukan. mata yang sudah lebam lebih menjadi keutamaan. mata itu anugerah Ilahi yang perlu dijaga. hehehe..... 


Jika ini yang dikatakan kehidupan seorang pelajar universiti.....aku pasrah. jika ini yang dikatakan kehidupan seorang gadis yang tiada orang penting di kanannya....aku pasrah. kau tidur tak sedarkan diri dalam bilik sorang-sorang pun takde siapa ambil tahu. kau buka puasa tanpa menjamah sebarang makanan pun tiada siapa ambil tahu. eh eh.....ayat apa ni??? jika ini yang dikatakan sebuah pengorbanan.....aku pasrah. bersusah-susah dahulu....bersenang-senang kemudian.(ayat sedapkan hati) 


Mau mengucapkan jutaan terima kaseh kepada seorang sahabat di uthm yang telah bersusah payah berusaha menukarkan pakej babunband saya kepada pakej student walaupun banyak rintangan dan halangan yang kamu terima. insan yang cemerlang....lahir dari akal, minda yang mantap, badan yang cergas. ya...ya....hahahaha.....


Lagi enam hari mau pulang. tetapi feel mau pulang itu tidak seperti raya pada tahun lepas. masih ada kuliah yang perlu dihadiri sehingga tepat jam 5 petang pada hari jumaat ini. JUMAAT ok. semua orang sudah sibuk menarik luggage pergi ke lapangan terbang. dan mungkin ada yang sudah dapat menikmati juadah berbuka puasa yang enak-enak disamping keluarga tersayang. semua insan sedang gembira di hari ini sayang....hari yang mulia marilah bersama.....:p



1 kaseh sayang :

zalin said...

selesaikan keje ko satu persatu wei..