Sunday, November 28, 2010

  kadang kadang

Bila bersendiri akan teringat kisah lalu

Kisah itu

Walaupun hanya sementara

Tetapi penuh kenangan dan meninggalkan kesan

Bukan sengaja mahu teringat

Tidak mahu 

Tidak ingin

Tetapi itulah kehidupan yang pernah dilalui suatu ketika dulu

Sejak dari saat diperlakukan begitu

Hati menjadi sayu

Hati menjadi lemah

Hati menjadi takot

Walaupun ada yang cuba ingin mengisi hati yang sayu , lemah dan takot itu

Tapi diri masih mahu sendiri

Sendiri memulihkan rasa itu

Sendiri menghadapi tohmahan

Sendiri memperbaiki segalanya

Hingga satu masa

Tidur disulami tangisan dalam mimpi

Bila sedar

Mata benar benar mengalirkan airmata

Termangu , termenung , terusik seketika

Walau apa yang diperkatakan orang

Buruk , kutukan , tuduhan

Diam , lupakan , biarkan

Walaupun tahu akan perkara sebenar

Kerana hanya itu yang mampu dilakukan

Apapun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti

Cuba senyum walau hati menahan seribu rasa



 Entah sampai bila . entah kenapa . entah bagaimana . entahhhhhhhh . . . . .



3 kaseh sayang :

aNa HaSaNaH said...

Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu nescaya DIA akan memberikan yang lebih baik daripada apa yang DIA telah ambil darimu & DIA mengampuni kamu"
-8:70-

Azriyani Bunaim said...

mmmm....:) thanks for ur word nurul...

aNa HaSaNaH said...

most welcome..put the memory behind & move 4ward,k..chill beb !!