Sunday, November 14, 2010

  Majalah Keluarga

Hari ini hari ahad . entry pada hari ini akan lebih kepada kekeluargaan . hari ahad kan . hari bersama keluarga walaupun keluarga saya nun jaoh di Johor Bumi Bertuah dengan kelahiran saya beberapa tahun dahulu . tehee . . . dan entry ini akan berbaur sedih campur emosi emosi sikit . tapi takde melibatkan hati dan perasaan . sedih . emosi . tapi takde melibatkan perasaan . mungkin melibatkan kepala lutut atau ibu jari kaki . demmm !


Tengahari tadi MakPah telefon . Ada tak penah kamu baca entry saya yang saya bercerita saya menelefon MakPah ? huk . huk . huk . ini tabiat buruk saya . ok . abaikan . hari rabu ini hari raya haji . oh ! saya tidak pernah ingat dan terpikir akan semua itu . tetapi tiba tiba perasaan sedih itu datang tatkala MakPah berkata begini :


Semua orang tak balik . hari raya haji kali ini seperti macam tiada hari raya . tiada siapa di rumah . dulu semua orang balik makan sup tulang yang abang ipar kamu masak . tapi kali ini tiada . abang kamu di KL . akak kamu di Sabah . kamu di Sarawak . mak tempah kek marble dan kek gula hangus di kedai . sebab kamu takde . kalau kamu ada kamu yang buat . mak dah tak larat . sudah tidak larat untuk teliti membuat kek . hanya masak laksa . kalau kamu ada boleh masak nasi impit . lodeh . rendang . sambal goreng . ayam sambal . tapi sebab tiada siapa mahu menolong mak . takpela . kamu kena belajar sehabes baek . walaupun mak tahu kamu belajar semakin susah . tapi setiap hari doa mak akan mengiringi kamu . jangan kecewakan diri kamu sendiri . jangan lagi ingat apa yang pernah kamu sedihkan dahulu . itu cerita hidup kamu . biarkan ia menjadi kenangan dalam hidup kamu .


Huh ! sentap bai bila MakPah meluahkan kata kata seperti itu . perempuan yang kuat tidak akan menanges . maka . saya tidak menanges . sumpah ! aku tak tipu . keh . keh . keh . pertama kali pada hari raya haji tidak berada di rumah Uncle Bun dan MakPah . tiada makanan yang sedap sedap . tidak melihat cerita di tb . tiada kepo kepo mengomen makanan yang orang hantar di rumah Uncle Bun dan MakPah . dan tiada juga mendengar leteran MakPah sebab semua orang bersenang lenang mengadap tb meninggalkan beliau seorang di dapur .


Inilah cerita keluarga . bila jaoh perasaan rindu itu sangat kamu hargai . walaupun rindu itu menyakitkan . tetapi ia satu rasa yang buat kamu lebih menghargai dan menyayangi keluarga kamu . kerana keluarga kamu lebih memahami kamu . walaupun abang kamu garang . suka gaduh dengan kamu . walaupun akak kamu gedik . suka ambil barang kamu yang chantek . walaupun akak kamu pemalas . hanya melihat kamu membuat kerja . tapi kamu tetap sayang keluarga kamu . sebab itu dinamakan keluarga . hanya itu yang dianugerahkan kepada kamu di dunia ini . keluarga . mak . abah . akak . abang . adik . tapi saya takde adik . sebab saya dah cukup comey untuk menjadi adik . hak . hak . hak . haktuih !



Sekian saja cerita keluarga dari saya di petang ahad ini . harap maklum . tiada gambar sebagai hiasan . :p agak panjang juga entry ini . takot saya nak baca . har . har . har .  




4 kaseh sayang :

KaKaKuKuKaKU said...

Bole bg tahu siapa kakak kamu yg suka ambil barang kamu yg chanteq? Cisss!

fendidahada said...

selamat hari raya..be strong k...taklama lagi balik dah..

Azriyani Bunaim said...

eh!pg2 u da bace blog i.tharunye...sambil peluk u kesat hingus kt tudung u.ha3....nsb bek xtermengumpat.ops!u kn bz pack brg nk pindah....lalalala....

fendi : mmmm....:)

bubbLes_7887 said...

haish! sgt t'sentuh dgn kate2 mak kamu ):